Friday, October 7, 2011

@.@

ah.

tetapan belogsepot gilor lagi.

sama macam tetapan CDP a.k.a. tesis aku.

@.@

rasa seronok pula beremosi dan bermonolog di belogsepot berbanding di pacebuk.
sebut ia 'pa'-'ce'-'buk' hokeh.

kenapa?
sebab inferior >.<
malu nak kongsi emosi dengan orang yang kenal aku di pacebuk.
baik beremosi di sini walaupun ada pembaca belog ni yang kenal aku tapi sekurang-kurangnya aku kadang-kadang macam buat-buat tak tahu yang mereka-mereka itu baca belog ini.
label-label lain pun tidak pernah berjaya mengatasi kedudukan pertama label 'self talk'.
tahniah.


tajuk lain.

hmmm... betul la.. jadi pelajar memang buat seseorang kadangkala jadi kurang matang. bekerja memang buat seseorang jadi matang. kadang-kadang, aku pun terasa yang pembawakan diri aku sekarang macam kurang rasional berbanding bekerja sepenuh masa dulu. cara bercakap, cara berfikir, cara bertindak, cara bergaul, cara berfesyen...

bila fikirkan balik perubahan benda-benda tu, sebenarnya ada buruk baiknya. bila bergaul dengan orang muda ni, kita jarang berfikir hal-hal serius. topik perbualan pun menjurus kepada belajar, fesyen ala-ala idol, pensyarah yang selalu jadi bahan, exam. topik memang tak pernah serius...dalam kes aku ni, merujuk kepada junior-junior aku la. tapi yang bagusnya, kawan dengan orang muda ni buat diri kita pun jadi muda.. atau perasan muda. kehkehkeh...tapi dah namanya fikiran muda, badan pun mesti la jadi muda kan? hehe...

bila kerja, kita bergaul dengan macam-macam peringkat umur, macam-macam peringkat pemikiran, macam-macam jawatan... dari tukang cuci sampaila ke tukang bagi gaji.. dari mulut macam longkang, sampaila mulut wangi macam bau syurga.. bila kerja, kita belajar tentang tanggungjawab dan bertanggungjawab. benda tu la sebenarnya yang secara tak langsung mengajar kita untuk jadi lebih matang, lebih rasional. sebabnya, bila kita bekerja, kita bekerja bukan semata-mata untuk nak duit. bila kita ada rasa bertanggungjawab pada tugas, pada majikan, kita sebenarnya dah meletakkan kredit pada diri kita sendiri. sebab apa? bila kita tahu tanggungjawab kita, secara automatik, kita akan berfikir tentang ayat yang kita patut guna, pakaian yang kita patut pakai, tindakan yang kita patut ambil, kesan-kesan yang akan berlaku akibat bahasa yang diguna, pakaian yang dipakai, tindakan yang diambil tu. sebab benda tu semua sebenarnya mencerminkan siapa diri kita, bukan setakat cuma bawa nama majikan je... sebab pergaulan tu la, kita dapat belajar dari pengalaman hidup macam-macam peringkat orang. sebab tu la orang selalu kata, pengalaman mendewasakan... pengalaman adalah guru terbaik... kompleksnyaaaaa....... tak payah ironis la yek...terima kasih sebab baca. sekian.

2 comments:

NebuloSerene said...

kakdenina. saya kehilangan diri diantara kematangan dan ketidakmatangan. tanggungjawab dan kepuasan. perempuan atau lelaki. ok. yang last tu tipu. pfft.

ninazarina said...

err...cepat cari! dia cuma hilang sekejap jek. kebarangkalian boleh jumpa semula ada lagi. ;)