Monday, December 13, 2010

My E-Day

11 Disember 2010
5 Muharam 1432

Alhamdulillah...
Majlis pertunangan saya bersama encik tunang telah selamat diadakan dengan serba sederhana tetapi meriah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat, yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada yang sudi hadir, ahli keluarga, saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan, yang dekat dan yang sanggup datang dari jauh untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.

Sebagai menghormati permintaan encik tunang, gambar-gambar tidak akan dimuatnaik ke Facebook. Hanya beberapa keping gambar dimuatnaik di blog. Maaf banyak-banyak... InsyaAllah, cerita dan gambar-gambar untuk majlis besar akan datang akan dikongsi bersama.






Kepada encik tunang:

Saya yakin dengan awak... Jaga saya elok-elok naaaaaaaa ;)

Btw, sirih junjung awak buat tu cantik, tapi saya buat ni lagi cantik kan??? Hehehe...