Saturday, April 2, 2011

Bila Yan, Liya, Ain bercakap pasal Kaspersky


Berikut adalah perbualan antara 3 orang pelajar di dalam sebuah kereta. Perbualan tersebut bermula selepas salah seorang daripada mereka ternampak poster Kaspersky dengan Lee Chong Wei (LCW) dan Jackie Chan (JC) sebagai duta/model. Mereka berjaya membuat kesimpulan daripada poster tersebut mengikut idea mereka sendiri.

Nota: Jalan cerita berikut mungkin kurang sama dengan cerita on the spot, sebab mereka sendiri pun tidak mampu untuk menceritakan semula kisah perbualan mereka seperti perbualan on the spot mereka, kerana cerita kedua telah menjadi tonggang terbalik, macam ayat ni jugak...So, buat-buat paham sudah...

"Erm, kenapa tetiba je ada LCW dengan JC kat poster Kaspersky ek? Ape kaitannya? Kan ke sebelum ni cuma ada JC je? Pastu plak, si founder Kaspersky tu nape pilih JC jadi duta ek? Dorang tu mana ada kaitan dengan komputer-komputer pun..."

"Sebab JC kan terer kung fu.. So nanti boleh la dia guna kung fu dia nak bunuh virus tu.."

"Ooo ye la..tapi ape lak kaitannya dengan LCW?"

"LCW kan terer main badminton. So dia boleh la pukul virus tu dengan raket dia.."

"Taaaaaakkkkk!!"

"Habis tu?"

"Erm...sebab power!~"

"Power?"

"Ye la.. sebab dua-dua kan power.. Dorang bergabung la.."

"A'ah, dorang bergabung.. LCW pukul virus tu bagi kat JC. Pastu JC bunuh virus tu guna kung fu dia..Pastu virus tu mati la.."

"A'ah...betul! Betul! Sebab tu la Kaspersky tu pilih JC dengan LCW jadi duta dia...ok that's it..."

"Hahahaha... Tetiba terbayang LCW dengan clon-clon dia saiz kecik-kecik bertungkus lumus smash virus-virus tu nak bagi kat JC! :p"

"So kesimpulannya, Kaspersky pilih JC & LCW jadi duta sebab dorang dua-dua ada power..."

"Hurm, ntah ape-ape la budak-budak ni.. Dari sekeping poster pun boleh jadi 1 topik research."

Perbualan sebegini biasanya berlaku selepas masing-masing tak cukup tidur kerana baru selesai memenatkan otak pulun siapkan presentation. Segala perkataan dan idea yang keluar adalah JUJUR, tanpa filter....

Watak utama: Yan, Liya, Ain.
Lokasi kejadian: Dalam encik ken yang putih lagi suci, depan Star Mart 20 hours open, sambil tunggu Ain beli stok malam.
Pemandu dan penggelak: Nina.

No comments: