Saturday, August 21, 2010

Badi Murtabak Singapura

Petang tadi pergi Bazar Ramadhan Taman Sri Serdang dengan Yan. Tapi kan, tiap-tiap kali pergi bazar ramadhan sejak akhir-akhir ni, macam ada rasa satu perasaan cuak.. Cuak sebab sekarang ni tiap-tiap petang waktu kat bazar ramadhan mesti hujan. Bila hujan, terus teringat berita pasal bazar ramadhan kat Jasin kena serang puting beliung, 3 orang meninggal... Nauzubillah... Kepada yang tak tau cerita, klik kat sini. Teringat dosa-dosa diri sendiri, bila-bila masa dan kat mana-mana je Allah boleh balas kan?

Dah melalut... Kembali kepada tajuk... Aku beli nasi putih je dengan ayam goreng dan sup sikit.. Sebelum beli nasi putih tu, lalu kat satu gerai makcik ni, jual popia goreng. Nampak sangat menggoda! Ahh, maybe sebab aku memang hantu popia ok! Lepas beli nasi putih dan Yan beli nasi kerabu, kitorang patah balik kat gerai makcik tu nak beli popia. Sekali sampai je kat situ, makcik tu dah kemas-kemas bakul kuih dia! huuwaaaaa cepatnye habis! Sob... Sob... Sob... Terus teringat popia sayur mak yang sedap...Rindu mak...Takpe, esok sampai je mesti terus beli..

So nak sejukkan hati pergi pusing lagi cari kuih lain. Sekali nampak satu gerai ni, dia tulis 'Murtabak Singapura' 2 lapis & 3 lapis. Tapi takde tulis harga.. Tengok murtabak tu sikit punya terpikat... tak tau la kenapa. Pandang kat gerai lain nampak roti jala dengan kuah kari. Pun feveret aku gak ni... haish... Tapi Murtabak Singapura tu lagi kuat menggoda kot! So aku dengan selambanya dan otomatiknya mintak kat kakak tu bungkuskan 1 keping yang 2 lapis.

Lepas bungkus, baru tanya, "Harganya berapa ye?".

Sekali dia sebut, "Lapan ringgit."

Spontan ayat ni keluar dari mulut aku, "Kussssssemangat.. Lapan ringgit..." sambil tengok Yan dan keluarkan duit dari purse...


(source: flyingtoyol.blogspot.com)

Buka puasa kat studio dengan budak-budak Tahun 4 dan 5. Cerita kat diorang pasal murtabak tu..

Ayie kata, "Tu memang harga standard la. Tujuh ke lapan ringgit. Kat Muar ada satu kedai ni dia jual martabak Singapura je. Sedap. Ramai gila orang datang makan..."

Oooo, yeke... Aku siyes tak tau.

Lepas tu Wak pulak kata, "Kat gerai tu ade toyol kot, sebab tu ko laju je rasa nak beli, siap tak tanya harga dulu kan.."

Hah, itu mengarut.. Tak kan nak kena letak toyol kot nak suruh orang datang beli kan...

Dan kitorang rasa murtabak lapan ringgit tu sama-sama. Bila bukak, try bahagi-bahagi nak bajet berapa besar saiz keratan murtabak tu untuk harga 50 sen. Heh, cuma 5cm x 5cm je... Tak habis pun makan. So aku pun bungkus la elok-elok taknak bagi semut masuk. Siap ikat getah kat bahagian plastik yang terkoyak kan... Nak buat makan sahur.

Lepas tu jalan pergi toilet nak ambil air sembahyang sambil tangan pegang plastik dan dengan selambanya campak kat tong sampah. Lepas solat maghrib, tiba-tiba teringat nak ambil murtabak tadi macam tinggalkan kat atas meja makan... Dan dengan tiba-tiba jugak teringat rasa macam ada campak sesuatu kat tong sampah waktu nak pergi toilet tadi...

Alamak!!!! Aaaaaaa tidak!!! Noooooooo!!!!!

Rupa-rupanya yang aku campak tadi adalah murtabak lapan ringgit yang aku bungkus sikit punya elok tadi! Aaaarrrggghhhh.... Tekanan! Kecewa! Apa la malang nasib... Dengan tak dapat makan popia lagi... Dengan terbeli murtabak mahal lagi... Lepas tu boleh senang-senang campak kat tong sampah pulak... Terus cerita kat Yan... Huhuhu emosi sama-sama...

Siyes badi... BADI MURTABAK SINGAPURA.

4 comments:

anOOan said...

tahniah :'(

dilazfamily said...

sian yer ko nina

ederq said...

haha! kelakarla nina. tapi kat JB, mutabak singapore memang dalam rm10 rm12 tapi besar. sedap.

kalau kat singpaore sgd10 kot. tapi memang setap and kena makan ramai2.:)

ninazarina said...

Aan: hehe thanks aan!
Dilah: walah, malang 1 hari...
Ederq: Owh yeke ieda? tapi taste dia sbenanye sama je mcm murtabak biasa jual kat Johor kan? kering sket dari murtabak yg biasa jual kat KL. ni 1st time I dgr pasal murtabak ni sbenanye. sbb tu tak tau harga standard..hehe! btw, Singapore jual SGD10? gila mahal! duit M'sia mau cecah RM25 tu!