Saturday, August 14, 2010

Halal JAKIM n Adibah Nor

Ingat tak entry ni? tentang kopitiam..

Aku kalau bab-bab makanan ni memang sensitip sket... lantak la korang nak kate aku cerewet ke hape. tapi tak salah kan kalau kita memilih sket tempat makan, sbb nak pastikan benda yg masuk dlm badan kite ni benda yg elok-elok...

cakap pasal halal ni, ekceli daging halal bukan hanya untuk Muslim, tapi bagus untuk semua orang tak kira bangsa dan agama sebab cara penyembelihannya.

aku yakin semua agama kat dunia ni tak pernah ajar penganutnya untuk buat benda2 yang tak elok kan... semua agama tak ajar penganutnya mencuri, membunuh, mengejek, bergaduh, merogol, melakukan seks bebas, berzina dan buat anak tak halal, macam-macam la...

mungkin kalau tgk short video adibah nor untuk 15Malaysia ni, korang lebih enjoy dan lebih faham...hihi...

ni plak emel dari seorang teman, aku dah compress jadi camni. dapat dari JAKIM katenye...wallahu'alam.

dapat Halal JAKIM:
1. Mc Donald
2. Secret Receipe
3. A&W
4. minuman ringan keluaran F&N seperti Coke & 100 Plus
5. kuih bulan & kuih bakul keluaran KG Pastry atau Noraini's Cookies
6. ayam segar jenama FARMBEST keluaran Syarikat Sin Mah S/B
7. supplement keluaran Upha
8. Coffee Bean
9. produk jenama Ramly
10. produk jenama Ayamas
11. Baker's Cottage (dapat halal dari JAIS)
12. King's Confectionery
13. sebahagian makanan yang disediakan di GIANT dan TESCO

bagi JUSCO, perlu rujuk logo halal pada produk, sebab JUSCO tak pernah dapat status halal secara khusus.

yang tak pernah mohon, tak dapat, dan ditarik balik sijil pengesahan halal JAKIM ekceli banyak, tapi tak boleh letak sini kot, sebab tak dapat nak dipastikan kesahihannye. kang tak pasal-pasal aku kene saman or else, masuk penjara sampai tua huhu tidak!!!

Nota kaki:
owh...aku juga sensitip kalau jumpa rambut dalam makanan!

No comments: