Wednesday, May 6, 2015

Resepi pasta super duper senang

Jom cuba korang, resepi yg super senang n sedap ni. Dapat dari my hubby. Hehe.. Dia pulak, diajar oleh kenalan Danish. Lepas cuba resepi ni, memang kitorang dah tak beli dah sos spaghetti prego, kimball ke semua tu bagai... Haaa yang ni memang kompem sedap, sihat, fresh, mudah... 

Bahannya ( untuk 2 orang):
Pasta, apa2 jenis pun yg korang suka
5 biji tomato
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak zaitun untuk menumis
Sedikit air
Oregano flakes
Parsley flakes
Garam

Aku guna flakes ni. Tak silap sebotol dalam rm8 kot? Dah hampir setahun gak beli. Masih banyak, walaupun aku agak kerap masak western. So pada aku, tak mahal la kan. 😁
Cara:
1) rebus pasta, letak sikit minyak supaya tak melekat.
2) tumbuk/cincang bawang putih.
3) tomato dipotong dadu, takyah kecik sangatla.. agak2 saiz 1.5x1.5x1.5cm ok dah.. Nak 2cm pun takpe 😄
4) panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sampai naik bau.

5) masukkan tomato, kacau2 sampai agak2 hancur. Tak perlu hancur sangat la... Boleh masukkan air nak bagi ada kuah sikit kan.
6) masukkan oregano, parsley, garam.

7) masuk pasta

Siap! Haaa camne? Sangat senang kan? 

Nanti aku share resepi pasta lain, yg pun super senang... N aku bagi lagi bonus dengan resepi salmon super duper yummy! 😜

Till then, daaaaaaa!

Friday, March 13, 2015

Johor, negeri ke negara?

Yang aku tau, kenyataan ni timbul semenjak JDT makin mantap persembahan dan pencapaiannya. Pastu, cuti hujung minggu dah tukar jadi Jumaat & Sabtu, which in a way aku setuju la... Cuma yg x seronoknya, bila syarikat swasta x disuruh tukar cuti hari yg sama.. Sangat x seronok hokeh! Hari bersama famili cuma hari Sabtu. 😭

Jadinya, of course la ada macam-macam reaksi bila kerajaan negeri Johor buat perubahan-perubahan drastik macam ni kan.. Ada yang positif, ada juga negatif. One of them that tickle me to the gut is a statement dari seorang kawan kepada kawan ni katanya, "eh, Johor tu negara la, bukan negeri!" 😂😂😂

Dulu, 5 tahun dulu la lebih kurang... Orang Johor ni takde la semangat sangat nak pasang bendera ker, nak tampal sticker "I am Johorean" ker, "I Love Johor" ker hape.. Tapi sekarang ni, macam-macam pulak boleh tengok yang menampakkan semangat kenegerian tu sangat tinggi... Lagi-lagi bila tengah drive, almost all vehicle, ada sticker "Harimau Selatan", "JDT", line biru merah... Kedai-kedai makan berebut-rebut nak warna biru merah. Baju-baju pun banyak kombinasi warna macam ni. Pen, pensel, selipar, kasut, mainan... MasyaAllah.... Biru merah saje!


Ape yang aku rasa sebagai orang Johor? Mmmm... Kadang-kadang tu rasa jengkel jugak. Tapi kadang-kadang tu rasa seronok jugak. Sebab amazing, hanya dengan peningkatan pencapaian team bola sepak, boleh menyatukan seluruh rakyat Johor.. Tapi still... Jangan la sampai kerana terlalu taksub dengan nak tunjuk yang diri tu penyokong setia team bola sepak negeri, bergaduh antara penyokong sampai ada nyawa yang tergadai... That is really frustrating...

Till then. Vi ses.

Thursday, February 26, 2015

Burger Byte dan Bazaar Karat


Assalam.. Ada lagi ke yang singgah dan baca yer? 😋 Ape2 jer la... Saje bosan2 takde buat ape, teringat plak kat blog. Cadang2nya dari sejak setahun lepas kot nak tutup jer blog ni. Tp macam sayang plak. Ni blog ke 2 or ke 3 x ingat laaa yg aku pernah ada. 

Okehhh... Sabtu lepas, my other half ajak pegi dinner kat Burger Byte, somewhere in JB city centre la. Kedainya memang susah nak dapat parking la. Mana taknya, kedai mengadap jalan besar. Sebelah MBJB tu haaa... Area Bank Negara. Memang takde la parking tepi jalan kan... So kitorang parking kat belakang2, celah2 kedai, dan jalan kaki la ke Burger Byte tu. MasyaAllah, baru ku tahu yg banyak la sangat kedai2 yg cantik, sangat attractive dari segi facade treatment dia, n interior dia... Ada yg style ala2 rumah kampung, yg font nama kedai sebesar2 alam, yg konsep kedai kontena, dan Burger Byte pun x terkecuali. Takdak gambar sebab khusyuk makan. Heeeee...

Pastu nak jadi cerita, waktu kitorg jalan kaki kat celah shoplot tu, tengok2 peniaga dah mula buka meja. Aku pun bermulut manis la tny kat salah satu kedai ni. "Ni pasar ape yer? Pasar karat yg disebut2 tu ke?" "Haah, ni la dia Bazaar Karat!" Ooo... Hahahaha... Selama ni dok dengar jer orang cakap2 pasa bazaar ni, siap masuk tv lagi. I have no idea kat mane la bazaar karat tu. Sekali haa, xyah susah2 cari. Dah sampai dah pun walaupun unplanned... Hmmm, ape bestnya bazaar ni? Aku tgk biasa jer... Lebih kurang macam uptown kat Cheras la... Aku beli getah rambut jer RM2 😋

Burger Byte plak, harga memang agak mahal la utk burger. RM20+/- per serving, tak termasuk air. Tapi daging dia, memang mantop! Terasa keenakan homemade dia tu..... Dia punya glamour kedai ni tau tak, sampaikan orang sanggup berdiri kat koridor la, menunggu mana2 meja dah kosong. Dan lagi satu kat sini, konsep dia: bayar dulu sblm makan. Nice one! So tak yah nak panggil waiter suruh kira la bagai.. Siap jer makan, terus boleh balik.

Nah ni aku belanja burger dgn nachos.


Adoyaiiiii, ngantok gilossss.
Jom tido laa yer! 😜😜

Tuesday, August 27, 2013

Corat-coret

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar rupa-rupanya dah 7 bulan aku tak tengok blog ni. Bukan terlupa, bukan terlebih sibuk. Tapi mungkin sebab ada banyaaaaaaak lagi platform lain yang aku sibukkan kot? Hahaha....

Apa - apa pun, dah setahun rupanya aku kat Denmark. Ni la paling lama sekali berpisah dengan mak abah. Tapi ok la, sebab boleh dikatakan kerap juga la aku Skype dengan diorang. Lagipun baru jer bulan lepas kitorang balik Malaysia sekejap. Dapat la sebulan. Tapi tu pun, 2 minggu duduk hotel kat KL, dan 2 minggu duduk rumah mak. Memang tak puas la. Tapi nak buat macam mana kan. Harapkan keluarga faham jer la, yang balik tu sebab utamanya suamiku ada kerja di KL.

Hummmm, angan-angan nak pusing Europe macam tak kesampaian jer. Huaaaaaa! Di kala cuaca elok nak jalan-jalan ni, suamiku sibuk pula dengan writing, sebabnya sasaran dia nak habis PhD on time. Dan..... Dia pun dah tak lalu dah katanya nak pegi tempat-tempat yang aku dok tagih kat dia nak pergi. Macam Itali, France, Spain, Jerman kejadah tu. Kotor katanya. Sedih! Dalam kepala dia nak pegi Bosnia, Serbia, Kosovo. Boleh la yang.... Kematu kot bontot ni duduk Aalborg. Ngeeeeeee! Norway, Sweden, Finland tu you tak nak bawak I and Awza'e pergi jejalan ker? Sian kat kami (dengan harapan suamiku baca post ni... T_T..... atau sesiapa yang baca post ni, kenal dengan suamiku tu, tolong la sampaikan kat dia ek...). Lagi satu, mungkin sebab takdak duit yang banyak kot? Yer la, aku kan duduk goyang kaki jer, tak kerja macam isteri-isteri lain. Hehehe....

Oh, rupanya gambar anak aku yang dah lahir cuma ada dalam satu post jer kat blog ni yer? Ha takpe, takpe. Ni aku bagi ni, yang paling terbaru la ni. Umur dia dah 7 bulan dah. Dia pun dah pandai merangkak, berdiri pegang kerusi/meja/lain-lain... Makan pun dah macam-macam, yang juga menyebabkan bau poo-poo dan pee-pee yang menusuk! Hahaha... Apa-apa pun, Alhamdulillah. Ni la dia bukti kasih sayang kami berdua. Eceh.... :p


Okay tu jer! Lain kali cerita lagi.. :)



Wednesday, January 9, 2013

anak





Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan anak lelaki yang dinanti-nanti selama 41 minggu 3 hari.

'Abdurrahman Awza'e bin Mahyuddin
3.000 kg
Isnin, 31 Disember 2012, 10.58 malam (Denmark)
Selasa, 1 Januari 2013, 5.58 pagi (Malaysia)

Semoga kami berdua sentiasa selamat dan dipermudahkan menjalani 44 hari tempoh berpantang.

Fresh from oven
A day old
4 days old



Wednesday, December 19, 2012

Pinjaman dari Allah




Beberapa hari lepas berbual-bual dengan suami tentang kegilaan orang mengepos macam-macam cerita pasal anak masing-masing di Facebook. Itu cara masing-masing, nak berkongsi dan meluahkan rasa kasih sayang pada anak-anak.

Cuma, aku dan suami rupanya berkongsi perasaan yang sama. Takut untuk bercerita lebih-lebih tentang anak. Tapi kadang-kadang memang tak boleh lari dari menjawab soalan-soalan orang sekeliling yang prihatin pada kami dan anak yang bakal lahir nanti. Lepas panjang lebar meleret-leret kitorang berbual, ada satu perkara yang berkali-kali suami ingatkan kat aku.

"Ingat tau yang... Kita kena sentiasa ingat dan semat dalam hati yang anak ni sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu bila Allah nak mula beri pinjaman, dan sampai bila Allah nak pinjamkan anak tu pada kita. Yang kita boleh buat, cuma berdoa. Perkahwinan kita pun sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu sampai bila Allah nak pinjamkan diri kita dan pasangan kita (suami dan isteri) ni sesama sendiri. Hargai dan jalankan tanggungjawab pada setiap pinjaman yang kita dapat sebaik mungkin. Pesanan ni memang kita sentiasa kena ingat, supaya bila tiba masanya pinjaman-pinjaman tu ditarik balik, kita masih waras, masih mampu mengawal perasaan kita dan redha dengan ketentuanNya."



Memang buat aku terdiam lama.



Pesanan tu sebenarnya rentetan daripada kisah seorang kawannya yang baru kematian anak berumur 3 bulan. Dia di Denmark, isteri dan anaknya di Mesir. Dia terima berita kematian anaknya di hari yang sepatutnya isteri dan anaknya terbang ke Denmark.




Nota kaki:

Teringat kat pinjaman PTPTN aku yang jumlahnya cecah RM33000 agaknya. Wahhh... Bila taktau baru boleh mula bayar semula. Harap-harap tak dipanggil balik Malaysia secara paksa sebab belum mula buat bayaran balik.    =_=



Wednesday, December 12, 2012

I'm on Pinterest!




Pertama sekali, terima kasih Ila sebab perkenalkan akak dengan Pinterest!

Memang syok. Boleh la simpan gambar-gambar sumber inspirasi yang menarik kat sini jer. Setakat ni baru ada 3 board. Tu pun main campak-campak je apa yang rasa menarik. Belum habis explore lagi. Lepas ni nak buat board scarf, blouse/dress, photography, f&b, travel, macam-macam la.


Keduanya, gembira sebab berjaya jugak 'print screen' kat Mac hari ni. Kenapa la selama ni tak terfikir nak google je caranya kat encik Google kan. Mengong.

Ketiganya, usaha mencari crack untuk Mac punya Adobe Photoshop, AutoCAD dan Sketcthup belum berjaya. Pening kepala aku. Huhu. Ni pun cuba google jugak ni.

Keempatnya, tengah seronok tengok encik suami menggila main game CitiesXL. Dah hampir setahun dia bina bandar New York nya virtually. Belum siap lagi tu. Sekarang ni tengah bina bandar Queen. Aku pulak, seronok bukan apa. Sebab rupa-rupanya, semua bangunan dalam game tu buat pakai Sketchup je weiiii. Tak sabar rasa aku nak share kan bangunan-bangunan yang pernah aku buat kat dalam 3D Warehouse. Pastu siapa yang main game tu pulak, boleh letak bangunan aku tu dalam game dia. Tak ke seronok tu? :)

Hokeh, till then... Bye!




Tuesday, December 11, 2012

nak panggil apa?




Abah... Memang dah pasti.



Pasangannya ni...




Mak?

Ummi?

Ibu?

Mama?

Mommy?

Bonda?




Lahirkan 6 orang anak. Setiap seorang panggil lain-lain. Boleh?






Monday, December 10, 2012

main salji la pulak




Bangun subuh semalam terus jenguk kat tingkap. Tak kira bumbung ke, kereta ke, basikal ke, jalan raya ke, pokok ke, putih je. Ni baru la "snow wash" namanya. Bayangkan la macam snow wash yang kita nampak kat car wash tu selalu yek. Waktu tu,salji masih turun lagi. Makin siang makin besar saiz saljinya yang turun.  Makin tergedik-gedik la hati ni rasa nak turun berhujan salji. Suami pulak macam dengar je aku bisik kat hati ni. Tiba-tiba dia tanya "nak turun jalan-jalan tak?" Mizi pun sama, tiba-tiba kata nak keluar sekejap beli barang. Hah.... Apa lagi, sekali jalan la kan. Hihi.



Jalan raya yang subuh-subuh tadi putih, dah mula mencoklat kena lenyek dek tayar. 

























Tahun ni insyaAllah tahun akhir Mizi bersalji di Denmark. Tahun depan sebelum masuk winter dia dah habis PhD dah. Semoga urusan pembelajaran dia dipermudahkan sampai akhir la. So, dia pun bersungguh-sunguh nak berkenangan main salji buat penguin man... Katanya.


Kitorang pun tak nak kalah, nak lawan Mizi punya penguin man. Tapi kitorang buat snow bear. Waktu ni tak la sejuk sangat. Aku boleh lagi melutut atas saljisebab kaki tak kuat nak bertinggung menampung berat badan macam lori 8 tan. Seronok punya pasal, sampaikan tak sedar yang seluar dan sarung tangan dah basah.

Kawasan ni sebenarnya adalah padang bola. Waktu kitorang bergembira main salji, ada juga matsaleh yang bergembira buat snowman. Tapi snowman diorang punya la besar! Kalau matsaleh pun tergedik-gedik keluar rumah main salji, kitorang ni orang Malaysia apatah lagi kan?


 Cantik kan pemandangan dalam gambar yang akhir ni? Macam yang kita tengok selalu dalam cerita-cerita fantasi matsaleh yek?

Thursday, December 6, 2012

Winter pertama... Hiks!




Ko ado? Kehkehkeh...

Baru beberapa hari salji mula turun di Denmark. Sama jugak kat negara - negara Eropah lain kot... Kawan kat Holland pun katanya baru turun salji. Hmmm... Hari ni suhu -7°C. Esok mungkin lagi sejuk... Jakun? Of course la aku jakun kan... Pertama kali tu... Aircond kat Malaysia pun paling rendah 16°C. Tu pun aku dah membebel kat siapa yang kulit tebal mengatal letak suhu tu kat 20°C. Dah sejuk sangat dah tu sampai biru kuku aku. Tapi kat sini, memula dulu memang sangat tak tahan. Tapi lama - lama Alhamdulillah... Dah boleh adapt dengan suhunya. Amazing kan manusia ni?

Hmmm... Dapat ucapan tahniah dari suami dan kawan-kawannya sebab dah dapat rasa winter pertama macam ntahapehapentah kan... Tapi suke juge! Hahah...


Dalam sarat - sarat memboyot 37 minggu ni aku gagahkan jugak nak ikut keluar berjalan sebab nak rasa camne la agaknya sejuknya kat luar tu bila salji dah turun ni... Waktu ni hari pertama salji turun. Baju winter yang aku ada semua memang camtu la gayanya aku pakai. Perut tersembul. Tapi lantak la. Yang penting angin tak masuk. Papehal pun, yang berjaket ungu dan yang berdiri sebelah aku tu pengantin baru. Baru sebulan kahwin. Namanya Rohaya dan Ismawar. Rohaya duduk Malaysia, datang sini honeymoon sebulan, takde masalah sebab Ismawar memang duduk sini. So diorang ni 'PJJ' la nanti... Dengarnya minggu depan diorang nak ke Paris. Wahhhh... Jealous! @.@ Aku dulu tak sempat nak honeymoon ke mana. Honeymoon ulang alik rumah mak dan mak mertua jer ada... Ni datang Denmark kira honeymoon la ni.. Hihih...

Balik dari jumpa midwife, aku ajak suami pergi amek gambar kat padang bola kat kawasan rumah kitorang. Sebabnya bila lagi kan... Suami layankan ajer, mungkin agaknya dia pun terfikir tak lama lagi aku dah nak meletup. Tak boleh dah nak pergi mana - mana. Lagipun jealous tengok gambar diorang tahun lepas cantik - cantik belaka berkubang atas salji. Tapi aku tak boleh la sampai nak baring macam diorang. Ada pulak kang yang tak boleh nak bangun nanti. Waktu ni tak sejuk sangat, berbanding waktu hari pertama keluar kat dalam gambar atas tu. Kalau tengok muka secara live, pipi tu dah macam terlebih pakai blusher... Ada bulat merah kat pipi... Hidung pulak, memang tiap - tiap pagi keluar darah la... 
























Beginilah rupanya pemandangan sekeliling kejiranan kami. Salji turun macam hujan jugak. Cuma bentuk dia macam kapas. Lembut je bila jatuh atas permukaan. Kalau berjalan atas salji, memang kaki tenggelam sebab lembut. Perasaannya pegang salji ni, macam pegang air batu campur (abc).

Bila turun salji, bandar jadi kotor, sebab adakalanya salji mencair. Bila bercampur dengan kotor bekas tayar, bekas tapak kasut, salji yang putih jadi hitam... Nampak cantik bila awal pagi, putih suci bersih je... Bila mula jer hari, mula la dia kotor... Jalan pun licin.. So aktiviti berjalan 1 jam 1 hari aku pun dihentikan serta - merta. Takut tergelincir. Gambar ni diambil antara pukul 8 - 9 pagi. 


Hari pertama salji turun, sempat jugak la kami berjimba - jimba ke Jule Expo (ekspo krismas). Sebutnya Yul Expo. Sebenarnya diorang panggil tempat ni lain. Apa ntah. Takde apa sangat pun. Macam funfair kat Malaysia je. Ada la mary go around, eye of Aalborg, train, stall jual christmas souvenir, christmas ginger cookies... Haaa tapi ada satu benda sedap yang diorang jual khas cuma untuk waktu krismas ni. Diorang jual badam digoreng bersalut gula. Memang sedap!!!

Christmas decoration kat sekitar Aalborg ni pun biasa je... Diorang kata tiap - tiap tahun macam ni la jugak. Takde perubahan! Hahah... Berjimat - cermat betul... Rasanya kat Malaysia dekor nya lagi mantap kan? Katanya, dah beberapa tahun sebelum ni, Denmark sambut krismas 25 Disember tu tanpa salji. (maknanya salji belum turun la...). Salji turun cuma mula bulan Januari gitu. Tapi tahun ni, salji turun seawal 29 November! Memang dia nak sambut aku pertama kali datang Europe kot... Hahah... So Danes semua bergembiralah depa, dapat white christmas tahun ni...

Wednesday, December 5, 2012

Ultrasound




Ni mungkin ultrasound terakhir, mungkin juga kedua terakhir.. Sebabnya, next appoinment for ultrasound was set to be on 20th of December 2012 which is two days before the EDD. Kalau budak comel ni nak keluar lebih awal, so takde la ultrasound lagi kan... Minggu ni minggu ke 37. Berat baby is approximately 2.6 - 2.7 kg, as predicted by the midwife. Hebat tau midwife ni... Minggu lepas, dia estimate berat baby 2.4 kg. Caranya, dia cuma pegang-pegang perut aku je... Selang beberapa hari pastu, pergi ultrasound kat hospital... Bacaan berat baby sama dengan yang midwife anggarkan... Hebat kan...


Yang seronoknya, ultrasound kali ni kami dapat tengok budak comel ni dengan jelas! Alhamdulillah... Dia dah sempurna. Tinggal tunggu masa yang sesuai je untuk dia jumpa kami... :)


Tak sangka dah 9 bulan aku bawa ke sana ke mari makhluk Allah yang membesar dalam rahim aku. Terbayang waktu mak aku mengandungkan aku dulu. Macam ni la agaknya perasaannya. Lepas ni, InsyaAllah aku dapat rasa macam mana pula mak aku melahirkan aku dulu... Semoga Allah permudahkan kelahirannya nanti... Amin.




Saturday, December 1, 2012

Santapan kala perut lapar



Haloooooooo!!!


Tujuan membelog hari ni sebenarnya lebih kepada seronok main kamera... Waktu dulu-dulu pernah jugak terfikir jadi photographer specialised in food and beverage. Hehehe...

Sesambil tu nak bagi korang-korang yang baca ni meleleh air liur tengok gambar-gambar makanan ni... Ni la antara makanan yang sempat aku ambil... Yang lain-lain, tak sempat nak ambil gambar dah habis kena ngap.... (Sebenarnya aku malu nak ambil gambar bila ada orang lain kat rumah ni, walaupun cuma pada suami aku... :p).

Memandangkan adobe photoshop dalam komputer ni dah expired, so tak boleh la nak gabung-gabungkan gambar nak jimat ruang... kena la letak sekeping-sekeping gambarnya...

Ok, papehal pun.... Jemputla tengok gambar :)


Lauk harian jer pun....

Potato gratin.

Wholemeal bread.

Selepas percubaan yang entah ke berapa entah, baru la jadi lembut. Kalau tak... Memanjang keras macam batu.. Huhu... Akhirnya aku dah tau punca, disebabkan oleh yis tu dah mati.. Heh....

Kuih sagu.
Bubur kacang hijau.
Kek lobak merah.



Puding roti.


Mungkin sebab duduk luar negara, menjadikan aku rajin nak cuba masak macam-macam. Ye la.. Kalau tak masak kang, perut lapar la kan. Nak harap makan roti je tiap-tiap hari, muak kot... Roti pulak, mahal sangat... Cecah RM10 sebungkus saiz roti gardenia besar tu.. Mujurla kat sini senang sangat nak dapat makanan mentah yang halal. Hmmm... Mungkin balik Malaysia nanti aku tak serajin ni kot... Semua nak, beli jer... Order jer... Makan luar jer... Hahaha...




Monday, November 26, 2012

rasa macam tulis diari pulak

  1. Hari ni kandungan aku dah masuk minggu ke 36. Hari rabu ni dah ada temujanji dengan hospital kat sini untuk ultrasound lagi. Minggu depan temujanji dengan midwife. Oh yer... kat sini kalau mengandung, doktor tak berapa nak penting sangat nak dijumpanya. Yang lebih penting, pegi jumpa midwife. Diorang lebih pakar bab-bab mengandung ni...
  2. Setakat hari ni kaki dan tangan aku belum menunjukkan tanda-tanda membengkak / menggemuk / mengembang / memerah macam yang selalu orang mengandung kat Malaysia alami bila masuk 8 ke 9 bulan mengandung... Itu yang aku nampak kat kakak ipar aku, adik aku, sepupu aku, kawan-kawan aku sebelum ni la... Hidung aku pun belum mengembang dan memerah lagi... Harap-harap ini normal kat sini.
  3. Lagi 3 ke 4 minggu jer aku nak jadi mak dah....
  4. Bila jalan-jalan kat sini... Sebenarnya ramai jer lagi orang-orang putih yang pendek... Sebab bila jalan belakang diorang, aku tengok diorang tu tinggi sama jer dengan aku. Tapi ramai jugak yang tinggi melangit, siap kena tunduk bila masuk pintu yang tingginya standard 2100mm. Ko boleh bayangkan? Oh lagi satu... Aku beli diapers saiz newborn, tapi sekali bukak, saiznya macam saiz S kat Malaysia. Kesian kat anak aku nanti....
  5. Ingatkan bila mengandung dapatla aku puasa penuh tahun ni... Tapi sebenarnya sama jer... Aku ponteng 6 hari. Rasa macam nak puasa ganti, memandangkan waktu siang sekarang ni tengah sangat singkat.. Subuh 6.10 pagi, Maghrib 3.52 petang... Hoyeah!
  6. Kitorang tengah buat painting khat untuk digantung kat dinding rumah kami. Seronok! Lepas ni sure ada lagi painting-painting yang akan terhasil lagi... Biarla nampak tak berseni ke, tak cantik ke... Asalkan benda tu hasil tangan sendiri kan?
  7. Rasa sakit hati bila Adobe Photoshop dah expired... Autocad lagi 8 hari nak expired... Sketchup lagi 5 jam nak expired.... Hangin tau tak!!! Tolong la..... Siapa ada crack untuk MAC... Huuuuu.... Aku dah rindu nak buat semua tu.......
  8. Aku dah mula rindu kat hujan lebat, panas terik, keluarga, kawan-kawan... Aku dah mula rindu duduk bandar besar macam KL... Hurmmmmm...
  9. Checklist:
    • Beg nak bawak pegi hospital dah siap pack.
    • Bantal dan sarung tilam baby dah siap jahit.
    • Baju dan kelengkapan baby semua dah siap basuh.
    • Dah cuba masak macam-macam sejak duduk sini... Bihun kungfu, mi hailam, biskut batik, roti, donat, ondeh-ondeh, masak merah, tiga rasa, masak lemak, masak kari, sambal tumis, pancake, lempeng, jemput-jemput, spaghetti, masak halia, masak kicap, tomyam, paprik, goreng berempah, fruit tart, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, puding roti, puteri mandi, kuih sagu... banyak lagi la.... Rasa macam tak percaya jer aku masak semua tu... Terima kasih pada encik google. :)
    • Dalam kepala otak sebelum bersalin ni nak cuba buat cheese cake, carrot cake, cookies ala-ala famous amos, karipap, ketayap, rendang...
Sekian. Diari untuk hari ni.... Menyesal baca? Jangan salahkan aku. Tajuk dah jelas dah...

Friday, November 23, 2012

konvo kali kedua




Patutnya aku naik pentas konvo lagi pada 15 Oktober yang lepas. Tapi aku perlu membuat pilihan terbaik, antara naik pentas konvo lagi, atau terbang ke Denmark. Kalau aku pilih untuk berkonvo, aku memang kena bersalin sendiri kat Malaysia sebab lepas tu aku dah tak boleh naik flight, dan terbang sendiri ke Denmark dengan baby. Kalau aku pilih terbang ke Denmark, maka sebaliknya la.... Aku pilih yang kedua, sebabnya hati aku ni rasa kecik jer nak terbang sendiri nanti... Jauh tu... Pastu pulak, aku tak tahan dah nak bermabuk-mabuk sendiri kat rumah mak dan mak mertua bergilir-gilir... Penat... Kesian pulak tu tengok mak abah aku dan mak abah mertua berpening kepala layan mabuk aku, sakin badan aku... Takpela... Lagipun, aku memang dah bersedia dengan kemungkinan ni sejak sebelum aku habis belajar tahun lepas lagi... Nak tau ape aku buat? Haaaaaa.... Aku dah pinjam jubah dan scroll senior yang berkonvo tahun lepas, dan pergi berfotografi sorang-sorang kat studio kat Sri Serdang. Hehehehe... Bijak kan? Walaupun cuma amek gambar sorang-sorang, tapi sekurang-kurangnya aku ada gambar konvo baru... Aku suke! :D

Tapi gambarnya kat rumah mak abah aku pulak. Lupa nak copy. Ni jer la yang ada. Gambar yang kawan-kawan aku tag kat facebook. Tahniah korang... Selamat jadi Arkitek Part II... Owh yer... Ada seorang kawan sekelas aku waktu Part I dulu dah jadi Arkitek Part III la... Daebak!! Tahniah untuk dia... Aku bila ntah...