Wednesday, December 29, 2010

cantik...ape kes?

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

-tak tau quote dari siapa-

tapi....



mata putih aku KUNING!! ape kes??

Monday, December 13, 2010

My E-Day

11 Disember 2010
5 Muharam 1432

Alhamdulillah...
Majlis pertunangan saya bersama encik tunang telah selamat diadakan dengan serba sederhana tetapi meriah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat, yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada yang sudi hadir, ahli keluarga, saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan, yang dekat dan yang sanggup datang dari jauh untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.

Sebagai menghormati permintaan encik tunang, gambar-gambar tidak akan dimuatnaik ke Facebook. Hanya beberapa keping gambar dimuatnaik di blog. Maaf banyak-banyak... InsyaAllah, cerita dan gambar-gambar untuk majlis besar akan datang akan dikongsi bersama.






Kepada encik tunang:

Saya yakin dengan awak... Jaga saya elok-elok naaaaaaaa ;)

Btw, sirih junjung awak buat tu cantik, tapi saya buat ni lagi cantik kan??? Hehehe...