Showing posts with label global. Show all posts
Showing posts with label global. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Pinjaman dari Allah




Beberapa hari lepas berbual-bual dengan suami tentang kegilaan orang mengepos macam-macam cerita pasal anak masing-masing di Facebook. Itu cara masing-masing, nak berkongsi dan meluahkan rasa kasih sayang pada anak-anak.

Cuma, aku dan suami rupanya berkongsi perasaan yang sama. Takut untuk bercerita lebih-lebih tentang anak. Tapi kadang-kadang memang tak boleh lari dari menjawab soalan-soalan orang sekeliling yang prihatin pada kami dan anak yang bakal lahir nanti. Lepas panjang lebar meleret-leret kitorang berbual, ada satu perkara yang berkali-kali suami ingatkan kat aku.

"Ingat tau yang... Kita kena sentiasa ingat dan semat dalam hati yang anak ni sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu bila Allah nak mula beri pinjaman, dan sampai bila Allah nak pinjamkan anak tu pada kita. Yang kita boleh buat, cuma berdoa. Perkahwinan kita pun sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu sampai bila Allah nak pinjamkan diri kita dan pasangan kita (suami dan isteri) ni sesama sendiri. Hargai dan jalankan tanggungjawab pada setiap pinjaman yang kita dapat sebaik mungkin. Pesanan ni memang kita sentiasa kena ingat, supaya bila tiba masanya pinjaman-pinjaman tu ditarik balik, kita masih waras, masih mampu mengawal perasaan kita dan redha dengan ketentuanNya."



Memang buat aku terdiam lama.



Pesanan tu sebenarnya rentetan daripada kisah seorang kawannya yang baru kematian anak berumur 3 bulan. Dia di Denmark, isteri dan anaknya di Mesir. Dia terima berita kematian anaknya di hari yang sepatutnya isteri dan anaknya terbang ke Denmark.




Nota kaki:

Teringat kat pinjaman PTPTN aku yang jumlahnya cecah RM33000 agaknya. Wahhh... Bila taktau baru boleh mula bayar semula. Harap-harap tak dipanggil balik Malaysia secara paksa sebab belum mula buat bayaran balik.    =_=



Monday, November 26, 2012

rasa macam tulis diari pulak

  1. Hari ni kandungan aku dah masuk minggu ke 36. Hari rabu ni dah ada temujanji dengan hospital kat sini untuk ultrasound lagi. Minggu depan temujanji dengan midwife. Oh yer... kat sini kalau mengandung, doktor tak berapa nak penting sangat nak dijumpanya. Yang lebih penting, pegi jumpa midwife. Diorang lebih pakar bab-bab mengandung ni...
  2. Setakat hari ni kaki dan tangan aku belum menunjukkan tanda-tanda membengkak / menggemuk / mengembang / memerah macam yang selalu orang mengandung kat Malaysia alami bila masuk 8 ke 9 bulan mengandung... Itu yang aku nampak kat kakak ipar aku, adik aku, sepupu aku, kawan-kawan aku sebelum ni la... Hidung aku pun belum mengembang dan memerah lagi... Harap-harap ini normal kat sini.
  3. Lagi 3 ke 4 minggu jer aku nak jadi mak dah....
  4. Bila jalan-jalan kat sini... Sebenarnya ramai jer lagi orang-orang putih yang pendek... Sebab bila jalan belakang diorang, aku tengok diorang tu tinggi sama jer dengan aku. Tapi ramai jugak yang tinggi melangit, siap kena tunduk bila masuk pintu yang tingginya standard 2100mm. Ko boleh bayangkan? Oh lagi satu... Aku beli diapers saiz newborn, tapi sekali bukak, saiznya macam saiz S kat Malaysia. Kesian kat anak aku nanti....
  5. Ingatkan bila mengandung dapatla aku puasa penuh tahun ni... Tapi sebenarnya sama jer... Aku ponteng 6 hari. Rasa macam nak puasa ganti, memandangkan waktu siang sekarang ni tengah sangat singkat.. Subuh 6.10 pagi, Maghrib 3.52 petang... Hoyeah!
  6. Kitorang tengah buat painting khat untuk digantung kat dinding rumah kami. Seronok! Lepas ni sure ada lagi painting-painting yang akan terhasil lagi... Biarla nampak tak berseni ke, tak cantik ke... Asalkan benda tu hasil tangan sendiri kan?
  7. Rasa sakit hati bila Adobe Photoshop dah expired... Autocad lagi 8 hari nak expired... Sketchup lagi 5 jam nak expired.... Hangin tau tak!!! Tolong la..... Siapa ada crack untuk MAC... Huuuuu.... Aku dah rindu nak buat semua tu.......
  8. Aku dah mula rindu kat hujan lebat, panas terik, keluarga, kawan-kawan... Aku dah mula rindu duduk bandar besar macam KL... Hurmmmmm...
  9. Checklist:
    • Beg nak bawak pegi hospital dah siap pack.
    • Bantal dan sarung tilam baby dah siap jahit.
    • Baju dan kelengkapan baby semua dah siap basuh.
    • Dah cuba masak macam-macam sejak duduk sini... Bihun kungfu, mi hailam, biskut batik, roti, donat, ondeh-ondeh, masak merah, tiga rasa, masak lemak, masak kari, sambal tumis, pancake, lempeng, jemput-jemput, spaghetti, masak halia, masak kicap, tomyam, paprik, goreng berempah, fruit tart, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, puding roti, puteri mandi, kuih sagu... banyak lagi la.... Rasa macam tak percaya jer aku masak semua tu... Terima kasih pada encik google. :)
    • Dalam kepala otak sebelum bersalin ni nak cuba buat cheese cake, carrot cake, cookies ala-ala famous amos, karipap, ketayap, rendang...
Sekian. Diari untuk hari ni.... Menyesal baca? Jangan salahkan aku. Tajuk dah jelas dah...

Monday, October 10, 2011

50 for worth 400!

Yupsss! No bluff....

At first I went just for an eye refreshment after hours of working in the studio. Yet, once I stepped in the hall, I was like... WOW!!!! This is heaven man! I don't know where should I start and what should I grab... I don't know about you guys but excuse me if I tell you that this is the first time I've ever heard about the Big Bad Wolf. <--- click here. I was curious when I read FB shout on Big Bad Wolf here in there. I thought it was the latest movie in town... Deng~~~ It is the biggest book sale in the world lahhhh.. Hahaha.. It's happening here in UPM Serdang.. Rugi laa kalau tak pergi kan... ^_^ Yesterday was a worth 4 hours of 'eye refreshment'. I got 7 books at RM50!!! If it is at normal price it would cost me almost RM400 I guess... Name what you want, from kids books to adults.. ABC, novel, science, art, self help, cooking, gardening... Almost everything! Architecture as well.. Hehe... But the books are not local issue lahhh... So definitely no religious book available. If I grabbed 7, bare with me others brought home boxes of books!! Haishhhhh... Jeles... Jeles....




The expo is until this Sunday, 16th October 2011 at MAEPS, Serdang. So enjoy shopping!



Tuesday, October 4, 2011

udah-udah ler...

Selama ni aku cuma mengomel sendiri jek melahirkan rasa meluat, tak puasa hati kat TV3 yang makin macam berpesta tayang cerita-cerita seram, tahyul, karut bagai tiap-tiap malam jumaat... what the........... Tak paham betul aku, ape la yang seronoknya cerita gitu??? Makin menghuru-harakan hidup ade laa... Tapi baru-baru ni aku baca dalam akhbar tempatan, Dr. M pun sependapat dengan aku tentang drama-drama tahyul tu. Ni cuma pendapat peribadi dari pandangan perspektif mata aku la...

Pada aku, drama-drama genre seram macam saka, pontianak, khurafat pemujaan tu semua lebih mendatangkan kesan buruk pada masyarakat sekarang, walaupun mesej asalnya supaya boleh buat ikhtibar.

Kita tau yang Islam sendiri pun tak menafikan kewujudan jin. Jadi, bila dah cerita-cerita camtu ditayang sewenang-wenang, korang yang menonton ni secara tak langsung akan mencipta perasan negatif macam takut, seram, terbayang-bayang gambaran buruk dalam diri korang.. Bila benda-benda tak elok camtu asyikla dok main kat dalam otak tu, ia secara tak langsung akan menarik frekuensi negatif datang kat persekitaran kehidupan korang. Cerita yang asalnya cuma dalam drama, mula terjadi di alam nyata. Bahasa mudahnya, jin-jin yang tengok cerita tu sama-sama kat sebelah korang pun seronok sebab boleh belajar nak buat apa nak bagi korang nampak depa... Pastu depa tiru jahhhh... Huhuhu, serammmmm nehhhh.... Pastu tak pasal-pasal mula lah masyarakat yang kurang sedikit fahaman ilmu agamanya, yang singkat sedikit fikiran warasnya, terpengaruh dengan tindakan-tindakan yang tak sepatutnya, contohnya sembelih ayan hutan la, minum itu lah, puja ini lah... Semua-semua tu senang-senang jek boleh tiru kat drama, step-by-step... sejibik-sejibunbunbun.... Budak-budak hingusan yang berani sikit tengok cerita camtu pun, boleh cepat ingat jalan cerita tu, sekali gus menyebabkan kebarangkalian akidah dorang boleh goyang...

Ha pastu lagi satu, pasal cerita-cerita orang jahat ni... Pasal cerita merompak la, bunuh la... Pastu pulak, buat adegan siap tunjuk cara-cara nak pecah masuk rumah orang la bagai......Tu pun tak pasal-pasal boleh jadi "cikgu tak bertauliah" kat budak-budak sekolah, kat remaja-remaja sekali dengan orang-orang dewasa tak sedar diri yang takde kerja ni belajar nak rompak rumah orang, nak ragut beg, nak bunuh orang......

Lagi satu pasal anak derhaka kat mak ayah.. Siap tunjuk anak tu tonyoh makanan kat muka mak la, pukul kepala mak ayah la, terajang sana sini la... Astaghfirullahal'azimmmmm...... Memang aku tukar channel kalau nampak cerita camtu.. Baik tengok cerita friends ke, cerita pasal technology innovation ke.. cheewah!! poyo.

Semua-semua pun tujuan asalnya memang nak bagi teladan, tapi tak semua orang yang tonton, menafsirkan cerita tu dengan baik, dan nampak sudut positifnya..

Mesti ada yang berpendapat, kalau tak keluar cerita camni, Orang media orang seni tak boleh cari makan sebab orang kita memang suka disuap dengan cerita genre gitu... Ada juga agaknya yang kata, "eh sukati penerbit/pengarah tu la nak buat cerita apa, kalau ko tak tengok pun bukan ada kesan kat bisnes dorang!!" Takpe, ni pendapat peribadi aku jek... Korang tak setuju pun takpe... Kita semua ada hak untuk bersuara...

Sekian... aku dah mula rasa takut nak pi tandas >.<


Wednesday, February 9, 2011

111

Jumpa info ini kat facebook member
Rasa macam menarik & nak share kat semua orang
Enjoy!

Tahun ini mempunyai 4 tarikh aneh:

1/1/11
11/1/11
1//11/11
11/11/11


Sekarang cuba ini:

Ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini.

Hasilnya pasti = 111

Subhanallah !!!



nota kaki:

hari ni hari lahir adik.
happy birthday didi!

Monday, January 24, 2011

tiba-tiba ber'Twitter'ing

ye
.
tiba-tiba je
.
google twitter
.
klik http://twitter.com
.
dan Sign Up
.
pastu tak reti guna
.
dan keseorangan juga
.
apakah....

Saturday, August 14, 2010

Halal JAKIM n Adibah Nor

Ingat tak entry ni? tentang kopitiam..

Aku kalau bab-bab makanan ni memang sensitip sket... lantak la korang nak kate aku cerewet ke hape. tapi tak salah kan kalau kita memilih sket tempat makan, sbb nak pastikan benda yg masuk dlm badan kite ni benda yg elok-elok...

cakap pasal halal ni, ekceli daging halal bukan hanya untuk Muslim, tapi bagus untuk semua orang tak kira bangsa dan agama sebab cara penyembelihannya.

aku yakin semua agama kat dunia ni tak pernah ajar penganutnya untuk buat benda2 yang tak elok kan... semua agama tak ajar penganutnya mencuri, membunuh, mengejek, bergaduh, merogol, melakukan seks bebas, berzina dan buat anak tak halal, macam-macam la...

mungkin kalau tgk short video adibah nor untuk 15Malaysia ni, korang lebih enjoy dan lebih faham...hihi...

ni plak emel dari seorang teman, aku dah compress jadi camni. dapat dari JAKIM katenye...wallahu'alam.

dapat Halal JAKIM:
1. Mc Donald
2. Secret Receipe
3. A&W
4. minuman ringan keluaran F&N seperti Coke & 100 Plus
5. kuih bulan & kuih bakul keluaran KG Pastry atau Noraini's Cookies
6. ayam segar jenama FARMBEST keluaran Syarikat Sin Mah S/B
7. supplement keluaran Upha
8. Coffee Bean
9. produk jenama Ramly
10. produk jenama Ayamas
11. Baker's Cottage (dapat halal dari JAIS)
12. King's Confectionery
13. sebahagian makanan yang disediakan di GIANT dan TESCO

bagi JUSCO, perlu rujuk logo halal pada produk, sebab JUSCO tak pernah dapat status halal secara khusus.

yang tak pernah mohon, tak dapat, dan ditarik balik sijil pengesahan halal JAKIM ekceli banyak, tapi tak boleh letak sini kot, sebab tak dapat nak dipastikan kesahihannye. kang tak pasal-pasal aku kene saman or else, masuk penjara sampai tua huhu tidak!!!

Nota kaki:
owh...aku juga sensitip kalau jumpa rambut dalam makanan!

Sunday, July 25, 2010

kopitiam > halal atau?


berita macam kat atas ni rasanya macam pernah dengar banyak kali, tapi tak pasti sama ada pernah masuk secara rasmi kat surat khabar atau tak.

yang pastinya, pernah dihebahkan di internet.

dan bagi penggemar kopitiam, termasuk aku..huhu...terutamanya Old Town White Coffee, berita yang orang hantar kat email ni memang kadang-kadang susah nak caye! ye tak??

ahahaha tapi sbenanya sebab nafsu makan tu menguasai segalanya...

tapi bila dah rasmi masuk kat surat khabar ni, pada pendapat aku memang patutla kita berwaspada kan..

dah jelas-jelas kat berita tu kata permohonan halal cuma dibuat melalui telefon?? hah boleh tak camtu?? sah-sah la macam sijil halal tu dibeli kan??

pada pendapat aku, jujurnya, kalau kita masuk restoran yang kita tengok ade jual minuman beralkohol (arak la), lebih baik kita tak oder apa-apa makanan dan minuman yang memerlukan kita menggunakan cawan atau pinggan la.

lebih baik kita oder minuman dalam tin ke...tapi masalahnya, ade ke restoran-restoran camtu yang jual minuman-minuman dalam tin kan?? ntahla... aku pun tak perasan...

so lebih baik tak masuk langsung n tukar g kedai lain ye tak?

lagi satu pasal halal tak halal ni, makan kat kedai mamak...

mamak pun kita kena tengok gak, jangan tertipu dengan kedai mamak yang sbenanya adalah kedai india yang berselindung disebalik kedai mamak... apakah??

ada banyak kedai india yang camtu, kat depan dia tetiba je ada gajah kan... pastu ada daun pisang kan... apakah itu?? pada aku, kalau dah camtu, mestilah kehalalannya pun diragui...

kadang-kadang sedih gak tengok ade yang bertudung, bersongkok masuk kat kedai-kedai camtu..kat area opis aku kat Bangsar, ade kedai camtu...bau kedai tu pun dah tau dah, yang ownernya adalah bukan india muslim k.... :(

so better not...banyak lagi kedai mamak yang sbenanya adalah india muslim k... korang pun aku tau memang kaki minum kat mamak kan?? so sure la tau nak pilih kedai mana satu yang patut kita pegi kan??

buatlah pilihan dengan tepat... makanan ni akan menjadi darah daging kita...
dari makanan lah akan membentuk siapa kita...renungkan...