Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Pinjaman dari Allah




Beberapa hari lepas berbual-bual dengan suami tentang kegilaan orang mengepos macam-macam cerita pasal anak masing-masing di Facebook. Itu cara masing-masing, nak berkongsi dan meluahkan rasa kasih sayang pada anak-anak.

Cuma, aku dan suami rupanya berkongsi perasaan yang sama. Takut untuk bercerita lebih-lebih tentang anak. Tapi kadang-kadang memang tak boleh lari dari menjawab soalan-soalan orang sekeliling yang prihatin pada kami dan anak yang bakal lahir nanti. Lepas panjang lebar meleret-leret kitorang berbual, ada satu perkara yang berkali-kali suami ingatkan kat aku.

"Ingat tau yang... Kita kena sentiasa ingat dan semat dalam hati yang anak ni sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu bila Allah nak mula beri pinjaman, dan sampai bila Allah nak pinjamkan anak tu pada kita. Yang kita boleh buat, cuma berdoa. Perkahwinan kita pun sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu sampai bila Allah nak pinjamkan diri kita dan pasangan kita (suami dan isteri) ni sesama sendiri. Hargai dan jalankan tanggungjawab pada setiap pinjaman yang kita dapat sebaik mungkin. Pesanan ni memang kita sentiasa kena ingat, supaya bila tiba masanya pinjaman-pinjaman tu ditarik balik, kita masih waras, masih mampu mengawal perasaan kita dan redha dengan ketentuanNya."



Memang buat aku terdiam lama.



Pesanan tu sebenarnya rentetan daripada kisah seorang kawannya yang baru kematian anak berumur 3 bulan. Dia di Denmark, isteri dan anaknya di Mesir. Dia terima berita kematian anaknya di hari yang sepatutnya isteri dan anaknya terbang ke Denmark.




Nota kaki:

Teringat kat pinjaman PTPTN aku yang jumlahnya cecah RM33000 agaknya. Wahhh... Bila taktau baru boleh mula bayar semula. Harap-harap tak dipanggil balik Malaysia secara paksa sebab belum mula buat bayaran balik.    =_=



Monday, November 19, 2012

haji dan hajah baru

Alhamdulillah.... Mak dan abah aku dah selesai menunaikan fardhu haji baru-baru ni, dan dah pun selamat pulang ke tanah air hari Selasa lepas. Sekarang ni diorang tengah sibuk ler bungkus-bungkus hadiah dari Mekah untuk tetamu. Dengar cerita, tetamunya tak putus-putus tiap-tiap hari... Alhamdulillah, tetamu bawak rezeki kan? Hmmm... Baru semalam dapat skype dengan diorang. Ceria jer tengok, seronok sangat agaknya impian dah tercapai, lepas macam-macam dugaan diorang dapat dalam usaha nak dapatkan tempat dengan Tabung Haji dulu. Semoga ibadah mereka diterima Allah dan dapat haji yang mabrur...


Seronok agaknya kalau dapat sama-sama jemput diorang kat KLIA yek....

Aku daftar haji dulu tahun 2008, dapat giliran tahun 2024. Muda lagi la kalau ikut tahun tu kan... Lagi 12 tahun jer nak sampai giliran.... Tapi malangnya tahun lepas aku dah TERbatalkan permohonan tu atas sebab-sebab peribadi, dan aku tak tau pulak yang tindakan aku tu menyebabkan permohonan aku tu terbatal... Sedihnya la sangat.... Aku memang betul-betul tak tau... Lepas tu bulan Februari tahun ni aku mohon lagi sekali, dan nak tau bila pulak giliran aku? 2046... Bueyoooooo (Sebut macam orang Korea cakap dalam Running Man yer).... Umoq ceq waktu tu dah 63 tahun. Suami aku daftar cuma 6 bulan lewat dari aku, bulan September. Pastu nak tau bila pulak giliran dia? 2052... Umur dia waktu tu 69 tahun... Mendaftarnya cuma beza 6 bulan, giliran mengerjakan hajinya beza 6 tahun.... Sobsobsob..... Korang nampak tak kat sini, yang betapa ramainya umat Islam kat Malaysia ni yang berkemampuan dan dah pasang niat nak mengerjakan haji?

Jadinya.... Kat sini aku nak ambil kesempatan untuk nasihatkan pada korang yang umat Islam yang aku yakin insyaAllah ada kemampuan untuk melengkapkan rukun Islam kita nanti, daftarlah cepat-cepat... Pasangkan niat, pun dah dapat pahala... Bila kita mendaftar, insyaAllah kita dah dapat pahala mengerjakan kewajipan sebagai hamba Allah yang mampu. Lepas tu, cuma tunggu giliran macam yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Tak susah nak mendaftar. Kalau yang dah pernah ada pengalaman bekerja, cuma perlu bawak salinan penyata akaun KWSP yang terbaru ke Tabung Haji, dan mempunyai akaun Tabung Haji, dah pun boleh mendaftar.... Tak perlu pun nak bawak cash banyak-banyak... Dulu waktu aku mendaftar tahun 2008 tu, kena ada sekurang-kurangnya RM1350 dalam akaun tabung haji barulah boleh mendaftar haji. Sekarang tak lagi. Cuma perlu ada akaun KWSP. Tapi bagi yang tak pernah ada akaun KWSP tu, kena la sediakan tunai sekurang-kurangnya RM1350 tu baru boleh mendaftar.... By the time tiba giliran kita nanti, insyaAllah dah cukup dah duit kat dalam tabung haji kita tu... Pastu pulak aku dengar cerita kalau duit dalam akaun kita dah cukup sebelum tiba giliran, insyaAllah kita boleh buat rayuan untuk mempercepatkan giliran.... Kosnya untuk tahun ni kalau tak silap RM9880 untuk yang kali pertama mengerjakan haji melalui Tabung Haji. Bagi yang kali pertama, biasanya ada subsidi RM4000 dari Tabung Haji.... Jom la cepat-cepat mendaftar. Makin lewat mendaftar, mungkin makin lama la nak menunggu gilirannya. Kalau aku kena tunggu lagi 34 tahun, suami aku kena tunggu lagi 40 tahun, mungkin korang kena tunggu lagi 68 tahun???? Dengan izin Allah.....



Sunday, February 5, 2012

perempuan...

Saja nak kongsi nasihat ni untuk sang lelaki sekalian... Copy & paste dari Facebook.

Jangan bersama perempuan kalau kau tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat perempuan jatuh cinta kalau kau tak cintakan dia.
Jangan beri perempuan harapan kalau kau tak pasti akan perasaanmu padanya.
Jangan sakiti hati perempuan kalau kau tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan perempuan kalau kau tiada perasaan untuknya.
BERDOSA jika jadikan perempuan itu kekasih tapi tiada niat dijadikan isteri.



Saturday, November 12, 2011

pengorbanan



"Pengorbanan itu adalah,
apabila sesuatu korban yang kita lakukan,
hati kita tersentap dengan tindakan berkorban tersebut."

-ikim fm-




sempena aidiladha. satu ayat yang ringkas dengan makna yang luas.



nota kaki:
berebut-rebut pasangan nak nikah/register of marriage pada tarikh semalam.

Monday, September 12, 2011

encik ken masuk hospital



selepas 4 tahun bersama, encik ken kesayangan saya telah mula menzahirkan kemanjaannya.. uhukkk.. di hari saya huru-hara masuk sekolah semula, dia pun dengan tiba-tiba menambah huru-hara hari saya minta dibelai sama.. saya yang kosong tentang kereta terpaksalah menggunakan kuasa abang saya dari jauh untuk bercakap dengan foreman.. pertama kali tengok encik ken diangkat ke sana, dipindah ke mari, dibuka di sana, diganti di sini... sobsss~~~

tapi, hari ni juga saya dah berjaya menambah kosa kata dalam kamus kereta saya... hehe ^^ ... (erppppp, betul ke penggunaan 'kosa kata' tu?). saya dah dengar perkataan 'absorber', 'chambering screw', 'alignment & balancing', 'sport rim', 'tubeless tyre'... ahhhhh whatever... dan saya juga baru tahu yang di tepi tayar ada tercatat tarikh tayar tersebut dibuat! jadi, sebelum membeli tayar, sila pastikan tayar tersebut adalah tayar baru!

pesanan untuk diri saya ---> sila jangan langgar lampu kecil-kecil di sepanjang garisan tengah jalanraya ye.. kalau tak, nanti anda akan terpaksa melabur untuk dua tayar lagi ><... pesanan ni juga untuk perempuan-perempuan yang tak tahu tentang kereta seperti saya :p

sekian, selamat belajar tentang kereta, dan selamat memandu dengan betul juga... jangan cuma pandai 'memandu' ^^

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan bersama Raihan


Salam Ramadhan...

Monday, June 27, 2011

kisah kasih

1 Syawal 1430 H

Seperti tahun-tahun yang sudah, raya tahun ini tidak banyak bezanya. Masih lagi juadah yang sama disediakan bersama-sama. Yang berbeza hanyalah cara masakan, sama ada dimasak rendang, masak kicap, masak kari, masak merah, asam pedas dan pelbagai lagi. Juga yang ketara bezanya, raut wajah ayah dan ibu yang semakin ketara kedutannya, dan kudrat mereka yang jelas kian sirna. Namun, ibu masih lagi gagah bertanya pada setiap anak akan makanan raya yang ingin dinikmati kali ini. Ibu tidak pernah jemu untuk memasak yang terenak, biarpun ada ketika anak-anak seperti dibutakan mata tidak melihat pengorbanan dan kesungguhan ibu demi mencetus gembira mereka.

Ayah tidak pernah jemu membantu ibu. Dengan pergerakan yang terhad ekoran tenaga yang dipinjamkan untuk menggerakkan anggota badan seakan ditarik sedikit demi sedikit, ayah cekalkan hati menerjah arus kesibukan bandar mencari yang dikirim oleh ibu. Ayah tidak pernah merungut, malah terus cekal menyelinap hatta ke kedai kecil dan jauh sekalipun demi memenuhi hasrat ibu mengukir senyum dibibir permata hati.

1 Syawal, seusai solat sunat Aidil Fitri, majlis kesyukuran diadakan bermula dari rumah Allah, terus bergilir-gilir ke rumah-rumah tetangga yang ingin menurut serta. Hanya sesudah selesai tanggungjawab kepada masyarakat, ayah pulang mengetuai majlis yang satu ini. Namun kali ini, agenda ayah sedikit berubah. Agenda yang benar-benar meruntun jiwa si anak. Sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan ibu ayah, diikuti anak-anak.

Kakak hatinya kental. Kata ayah, hati kakak saling tak tumpah seperti hati ibu. Acapkali hatinya terluka dek kata-kata kesat berbaur cemburu yang entahkan dia sendiri tidak jelas bahagian mana silapnya. Untuk setiap yang dikurniakan oleh-NYA, dia hanya mampu bersyukur dan terus berdoa. Acapkali juga dia beralah demi menggembirakan hati mereka. Ibulah yang tidak pernah penat menenangkan hati kakak agar terus redha dan terus beralah demi darah yang suci itu. Kakak tidak mudah redup matanya berkaca hanya kerana sentuhan jiwa, cacian nista mereka. Namun mudah saja air jernih itu menampakkan kesetiaannya yang teguh di sebalik tembok besi, ekoran kisah melibatkan ayah ibu walau sebesar zarah.

Dalam ketenangan, kakak bersimpuh hormat lalu bersalaman mengucup tangan ayah, menyusun kata melafaz maaf dan doa buat ayah, satu persatu. Namun di pagi yang suci itu hati kakak benar-benar tersentuh. Tidak pernah terlintas dibenaknya mendengar rayuan maaf dari seseorang yang paling dihormati dan dikagumi. Kata pohonan maaf dari seorang ayah kepada si anak. Sungguh, hatinya terlalu hiba, terlalu tersentuh.


“Kakak, ayah minta maaf sebab ayah tak jaga kakak baik-baik.”


Mendengarkan sahaja ayat ayah yang pertama itu, mata kakak kabur, dipenuhi permata jernih yang kian lama bersembunyi. Esakan dan sedu-sedan kakak terus memecah sunyi.

Ayah turut menangis, namun tetapkan hati meneruskan kata. Sepatah demi sepatah.


“Ayah minta maaf sebab ayah biarkan kakak membesar sendiri. Ayah betul-betul minta maaf sebab ayah tak nampak kakak dewasa. Ayah menyesal sangat sebab ayah tak dapat besarkan kakak dengan tangan ayah sendiri. Kakak tinggal jauh dari ayah sejak kakak umur 13 tahun. Kakak belajar jadi anak yang baik dari cikgu-cikgu dan kawan-kawan, bukan dari ayah. Kakak belajar berdikari, belajar basuh baju sendiri dari kawan-kawan, dari pengalaman. Kakak jarang mengadu masalah yang berat, kakak belajar selesaikan masalah-masalah kecil sendiri. Ayah tak nampak kakak belajar dan berubah dari kanak-kanak kepada gadis. Kakak beli biskut sendiri, beli baju sendiri, beli sabun sendiri. Maafkan ayah, kakak."


"Bila masuk universiti, kakak semakin duduk jauh dari ayah ibu. Bila mula kerja, kakak dapat tempat yang jauh dari ayah ibu. Nanti bila kakak habis belajar, satu ayah minta, kalau kakak masih belum kahwin dan ayah masih ada, kakak baliklah, duduk dengan ayah ibu. Ayah nak tengok kakak membesar depan mata ayah. Ayah nak rasa nikmat jaga kakak hari-hari.”


.
.
.
.
.



Esakan berantai ke arah ibu, abang adik.



Hingga saat kini, kata-kata ayah masih jelas bermain-main di pendengaran kakak. Tiap kali itu jugalah, air mata kakak pasti tidak malu membasahi pipi kakak.


. . .


Selamat Hari Bapa, Abah.


Wednesday, April 27, 2011

hanyut


(sumber gambar: http://puecorgxret.blogspot.com)

Allah...
Ampunkan aku...
Aku yang semakin hanyut...
Hanyut dengan dunia rekaan itu...
Hanyut dengan nikmat yang hanya fana...
Hanyut dengan pujian yang hanya mengundang noda jiwa...
Ampunkan aku Allah...
Tetapkan iman aku Allah...
Lindungi aku Allah...
Kuatkan semangatku Allah...
Amin...


emosi semasa: muhasabah diri T__T

semoga esok dipermudahkan jawab exam...

Saturday, March 19, 2011

love

"Love often fails because people instinctively give what they want."

-John Gray-





The truth about primary love that we as human being have to know is:


Woman needs to be CARED for

while

Man needs to be TRUSTED to





Lets spread love . . . . . . .




foot note:

bercinta dengan studio T______T

Sunday, February 6, 2011

trust



trust yourself

and you will never get hurt






Monday, January 3, 2011

twenty ten to twenty eleven

Don't bluff we were never been tested by HIM back in twenty ten...
And don't think that we will not in this twenty eleven...

"Azab Allah Ta'ala itu jauh lebih besar apabila kau mengetahui."

Manusia diuji dengan:
1) dirinya
2) kesihatannya
3) anaknya
4) harta bendanya

sehingga dia bertemu dengan Allah, tidak ada dosa pada dirinya kerana dia diuji...

"Allah mengangkat kedudukan (status) hambanya dengan diberikan ujian kerana menguji kesabaran."

-sumber: usrah DBKL-

Semoga kita semua semakin tabah menghadapi ujian 2011.

Tuesday, October 26, 2010

nasihat 2

Lagi nasihat nak dikongsi...

"Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.
Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini."

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar.
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi."


sumber: www.iluvislam.com

Tuesday, October 19, 2010

deng~

semua orang sebut 'deng~'
sebenarnya 'deng~' tu apa?

tapi macam best jadi tajuk entri ni



bila marah dan sakit hati
ubat paling mujarab boleh didapati 'on the spot' adalah
S E N Y A P
senyap tak semestinya kalah
senyap adalah bijak
bercakap dengan picisan
boleh buat diri sendiri jadi macam picisan
jadi
sila angkat kaki

"stop arguing with a donkey
or else, you will start thinking like a donkey"
-pinjam ayat warda dan baba kesayangannya-



ada pengunjung dari Ipoh
maaf Jaja, ke'bz'an melanda sehingga 10/11/10
gambar openhouse akan diupload selepas itu k!

Monday, July 26, 2010

nasihat

hari ni nak berkongsi nasihat.
nasihat yang disampaikan oleh seorang teman yang dihormati.
nasihat yang betul-betul menyedarkan.

"jangan salahkan kebaikan itu, kerana kebaikan itulah yang dituntut.
jangan disebabkan kebaikan yang tidak dihargai itu, kita kehilangan nilai kebaikan itu."

renungkan.

mungkin kalau letak di sini, boleh diingat sampai bila-bila.
dan kalau terbaca semula, akan cepat tersedar semula.