Showing posts with label food and beverage. Show all posts
Showing posts with label food and beverage. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Santapan kala perut lapar



Haloooooooo!!!


Tujuan membelog hari ni sebenarnya lebih kepada seronok main kamera... Waktu dulu-dulu pernah jugak terfikir jadi photographer specialised in food and beverage. Hehehe...

Sesambil tu nak bagi korang-korang yang baca ni meleleh air liur tengok gambar-gambar makanan ni... Ni la antara makanan yang sempat aku ambil... Yang lain-lain, tak sempat nak ambil gambar dah habis kena ngap.... (Sebenarnya aku malu nak ambil gambar bila ada orang lain kat rumah ni, walaupun cuma pada suami aku... :p).

Memandangkan adobe photoshop dalam komputer ni dah expired, so tak boleh la nak gabung-gabungkan gambar nak jimat ruang... kena la letak sekeping-sekeping gambarnya...

Ok, papehal pun.... Jemputla tengok gambar :)


Lauk harian jer pun....

Potato gratin.

Wholemeal bread.

Selepas percubaan yang entah ke berapa entah, baru la jadi lembut. Kalau tak... Memanjang keras macam batu.. Huhu... Akhirnya aku dah tau punca, disebabkan oleh yis tu dah mati.. Heh....

Kuih sagu.
Bubur kacang hijau.
Kek lobak merah.



Puding roti.


Mungkin sebab duduk luar negara, menjadikan aku rajin nak cuba masak macam-macam. Ye la.. Kalau tak masak kang, perut lapar la kan. Nak harap makan roti je tiap-tiap hari, muak kot... Roti pulak, mahal sangat... Cecah RM10 sebungkus saiz roti gardenia besar tu.. Mujurla kat sini senang sangat nak dapat makanan mentah yang halal. Hmmm... Mungkin balik Malaysia nanti aku tak serajin ni kot... Semua nak, beli jer... Order jer... Makan luar jer... Hahaha...




Monday, November 26, 2012

rasa macam tulis diari pulak

  1. Hari ni kandungan aku dah masuk minggu ke 36. Hari rabu ni dah ada temujanji dengan hospital kat sini untuk ultrasound lagi. Minggu depan temujanji dengan midwife. Oh yer... kat sini kalau mengandung, doktor tak berapa nak penting sangat nak dijumpanya. Yang lebih penting, pegi jumpa midwife. Diorang lebih pakar bab-bab mengandung ni...
  2. Setakat hari ni kaki dan tangan aku belum menunjukkan tanda-tanda membengkak / menggemuk / mengembang / memerah macam yang selalu orang mengandung kat Malaysia alami bila masuk 8 ke 9 bulan mengandung... Itu yang aku nampak kat kakak ipar aku, adik aku, sepupu aku, kawan-kawan aku sebelum ni la... Hidung aku pun belum mengembang dan memerah lagi... Harap-harap ini normal kat sini.
  3. Lagi 3 ke 4 minggu jer aku nak jadi mak dah....
  4. Bila jalan-jalan kat sini... Sebenarnya ramai jer lagi orang-orang putih yang pendek... Sebab bila jalan belakang diorang, aku tengok diorang tu tinggi sama jer dengan aku. Tapi ramai jugak yang tinggi melangit, siap kena tunduk bila masuk pintu yang tingginya standard 2100mm. Ko boleh bayangkan? Oh lagi satu... Aku beli diapers saiz newborn, tapi sekali bukak, saiznya macam saiz S kat Malaysia. Kesian kat anak aku nanti....
  5. Ingatkan bila mengandung dapatla aku puasa penuh tahun ni... Tapi sebenarnya sama jer... Aku ponteng 6 hari. Rasa macam nak puasa ganti, memandangkan waktu siang sekarang ni tengah sangat singkat.. Subuh 6.10 pagi, Maghrib 3.52 petang... Hoyeah!
  6. Kitorang tengah buat painting khat untuk digantung kat dinding rumah kami. Seronok! Lepas ni sure ada lagi painting-painting yang akan terhasil lagi... Biarla nampak tak berseni ke, tak cantik ke... Asalkan benda tu hasil tangan sendiri kan?
  7. Rasa sakit hati bila Adobe Photoshop dah expired... Autocad lagi 8 hari nak expired... Sketchup lagi 5 jam nak expired.... Hangin tau tak!!! Tolong la..... Siapa ada crack untuk MAC... Huuuuu.... Aku dah rindu nak buat semua tu.......
  8. Aku dah mula rindu kat hujan lebat, panas terik, keluarga, kawan-kawan... Aku dah mula rindu duduk bandar besar macam KL... Hurmmmmm...
  9. Checklist:
    • Beg nak bawak pegi hospital dah siap pack.
    • Bantal dan sarung tilam baby dah siap jahit.
    • Baju dan kelengkapan baby semua dah siap basuh.
    • Dah cuba masak macam-macam sejak duduk sini... Bihun kungfu, mi hailam, biskut batik, roti, donat, ondeh-ondeh, masak merah, tiga rasa, masak lemak, masak kari, sambal tumis, pancake, lempeng, jemput-jemput, spaghetti, masak halia, masak kicap, tomyam, paprik, goreng berempah, fruit tart, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, puding roti, puteri mandi, kuih sagu... banyak lagi la.... Rasa macam tak percaya jer aku masak semua tu... Terima kasih pada encik google. :)
    • Dalam kepala otak sebelum bersalin ni nak cuba buat cheese cake, carrot cake, cookies ala-ala famous amos, karipap, ketayap, rendang...
Sekian. Diari untuk hari ni.... Menyesal baca? Jangan salahkan aku. Tajuk dah jelas dah...

Thursday, November 8, 2012

Aidiladha 2012




Bukan kali pertama aku sambut Aidiladha tanpa keluarga. Jadi tak la rasa sedih sangat... Waktu belajar kat universiti dulu selalu jer beraya sendiri dengan kawan-kawan kat kolej. Balik kampung cuma cuti antara semester, atau lepas siap assignment, habis test or exam. Cuti pertengahan semester pun memang jarang-jarang balik kampung. Tapi ni bukan sebab aku anak derhaka tak ingat kat orang tua yer.... Hmmm... Nasib baik kolej dekat jer dengan masjid, so jalan kaki jer la ramai-ramai dari kolej... Pastu makan sekali kat masjid. Yummy!

Aidiladha tahun ni berbeza sikit sebab pertama kali sambut dengan suami, dan sambut kat negara orang pulak... Mula masak malam raya sebabnya penat sangat petang tu nak memasak. Pagi-pagi dah keluar selesaikan hal residence permit. Nasib baik bukan masak banyak. Aku buat tiga menu jer. Bubur pulut hitam, acar nenas dan ayam masak merah yang pedas giler buat perut semua orang terbakar... Hahaha... Ada sorang tamu tu, kawan kepada Kak Ummie dari Singapura. Dia dari Chechnya, namanya Kherda (tak tau betul ke tak ejaan nama dia ni). Kesian kat dia... Terus sakit perut dan nak pergi klinik. Dia tak la cakap sakit perut sebab makan pedas sangat... Dia kata memang dari pagi perut dia dah meragam. Tapi kitorang faham la tu mesti sebab pedas sangat... Kesian betul kat dia. Sorry Kherda :p Suami pun nak tunjuk skill buat biskut cornflakes... Diakui memang sedap, walaupun ada yang overcooked :p. Pastu dia masak lemang. Chef Mizi pulak masak nasi tomato, rendang daging dan apple pie. Semua sedap!

Menu aidiladha. Gigih Mizi menganyam apple pie di malam raya... Hehe... (Gambar dari Kak Ummie)
Tengah-tengah masak sama-sama kat dapur, tetiba dengar bunyi bising kat luar. Jengah ler sekejap dari tingkap. Nampak macam hujan, tapi apesal bunyinya kuat sangat? Pastu aku pun buka la tingkap sikit. Sekali tu ada ketulan-ketulan ais sebesar kacang hijau jatuh masuk dari tingkap.... Hoooo.... Hujan ais la! Maksudnya kat luar suhunya 0°C dan ke bawah la.... Diorang kata, memang selalu jer ada hujan ais bila nak dekat masuk winter. Aku jer la yang jakun :p....

Pagi esoknya waktu nak bersiap pegi solat, salji turun... Sikit jer... Macam hujan renyai-renyai, cuma bukan air yang turun tapi salji... Macam kapas jer terbang ditiup angin. Cecah jer bumi, dia terus cair jadi air. Sekali lagi aku jakun, sampaikan kena bebel sebab lambat, tak sempat nak amek gambar pagi raya sama-sama.... Huuuu....
Suasana di ruang solat dalam dewan. (Gambar dari Kak Ummie)

Masjid di Aalborg belum ada bangunan sendiri lagi. Cuma ada 2 tingkat 2 lot rumah kedai dijadikan masjid. Kat situ la orang Muslim solat hari-hari, termasuklah solat Jumaat. Masjid ni diusahakan oleh Persatuan Muslim Somalia sebab komuniti mereka memang ramai di Denmark ni. Muslim-muslim dari negara lain pun ikut la sekali menggunakan kemudahan ni. Untuk solat hari raya, biasanya diorang akan sewa mana-mana dewan untuk beberapa jam, sebab nak memuatkan Muslimah dengan anak-anak sekali. Alhamdulillah, untuk Aidiladha tahun ni diorang dapat sewa salah satu dewan di stadium di kawasan kejiranan kami jer... Jalan kaki tak sampai 10 minit pun dah sampai... Hmmm... waktu takbir raya, terngiang-ngiang takbir yang merdu kat Malaysia. Kat sini, diorang bertakbir macam baca buku jer bunyinya... Huhu... Khutbah dalam bahasa Danish. Waktu kami sampai, belum ada ramai orang. Yang aku nampak, semua pakai jubah hitam. Memang berbeza betul dengan Malaysia, putih suci jer bila masuk masjid. Lepas dapatkan saf, aku tertoleh-toleh nak berbual dengan siapa. Sebelah kiri nampak mukanya macam orang dari negara-negara arab gitu. Aku pun konon-konon nak mula berbual dengan bertanyakan kiblat, dengan harapan dia boleh berbahasa Inggeris. Tapi...... Huehhhh. Pastu dah la... Aku senyap jer la, putus harapan nak bercakap. Sebelah kanan pulak takde orang duduk lagi... Tak lama lepas tu sikit-sikit aku nampak orang muka macam orang Asia masuk dewan solat. Ada yang pakai telekung putih, ada yang warna-warni... Hehehe... Aku cari la Kak Ummie yang aku kenal. Orang Singapura tu. Dia la satu-satunya perempuan Asia yang aku kenal waktu tu... Lepas solat, barulah dia perkenalkan aku dengan kawan-kawan dia dari Acheh, dan Kherda dari Chechnya tu. So, kami pun jemput mereka untuk singgah makan dan berbual di rumah kami sebelum balik.

Tetamu yang hadir. Gambar berdua, yang berjubah hitam anak tudung hitam tu la Kak Ummie. Yang anak tudung putih di sebelahnya tu Kherda. Yang berbaju ungu dan merah tu kenalan baru dari Acheh. Pelajar PhD juga di Aalborg Universitet. Lelaki yang berbaju kemeja biru tu Abang Husin, suami Kak Ummie. (Gambar dari Kak Ummie)



Ooohhh... Baru teringat... By the way, inilah ruang tamu rumah kami. Ringkas jer. Tapi pada kami cukup sempurna untuk 3 orang tinggal. Ada ruang tamu yang agak luas, boleh letak set sofa 2+2+1 tempat duduk, meja makan untuk 6 orang, 2 almari perhiasan, 1 meja televisyen. Ada 1 ruang makan yang kitorang dah tukar jadi bilik tidur untuk Mizi, dan 1 bilik tidur utama. Saiz ruang tamu, bilik Mizi dan bilik kitorang semua sama. Memang luas... Ada 1 tandas, 1 dapur masak lengkap, 1 stor makanan dan 1 stor barang. Kitorang ada rancangan nak memasak dan berkumpul ramai-ramai dengan orang-orang Malaysia, Singapura dan Acheh yang kami rapat di Aalborg ni waktu Krismas nanti... Jumlahnya lebih kurang 12 orang. Haaaa... jemput la datang Denmark! Kalau datang winter, boleh tolong jaga aku dan baby dalam pantang sekali... Hehehehe... 
Buffet jer... Nak menghidang tak cukup kerusi. Mak buyung disuruh duduk jer berbual. Tetamu pulak tolong amek alih keluarkan hidangan atas meja.. Hehe... Yang berbaju melayu turquoise lengkap bersampin tu Mizi. Yang berjubah putih tu cinta hati saya... ^^
Kak Ummie pun ada bawak buah tangan dia masak untuk hari raya. Dia masak rendang ayam, nasi himpit, sambal tempe dengan kuah lodeh nangka. Sedap hokeh.... Hmm, secara keseluruhannya, takde la sunyi hari raya Aidiladha kami di Aalborg tahun ni... ^^


Wednesday, October 3, 2012

hai! hai! hai semua!!!






Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua...
Dah lama betul rupanya tak membelog. Kali terakhir Februari 2012. Hehehe... Sebenarnya salah satu sebab ialah aku pernah tukar password blog ni, dan lepas tu bila nak membelog, terlupa password barunya... ni baru la dapat masuk semula..

Mana nak mula yek? Banyak betul cerita baru ni..

Ok, mula-mula sekali aku nak umumkan kat sini yang aku dah pun selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta pada 10 Mac 2012 yang lalu.. haaaa baru ingat.. ni la jugak penyebab aku tak sempat nak membelog! sibuk yang amat buat persediaan majlis...

Gambar? Of course la aku letak yang paling cantik kan.. heheh.. Sekeping ni cukupla yer... :)


Yang kedua, aku nak umumkan kat sini bahawasanya sekarang ni aku adalah surirumah sepenuh masa.. Sejak Februari 2012... Dah nak masuk 9 bulan dah rupanya... Tapi kalau boleh tu taknak la jadi surirumah selamanya... Penat jer pulun belajar kan... So, bila dah duduk rumah tu, macam-macam la dalam kepala otak ni aku nak buat kan... Tapi belum sepenuhnya terlaksana la.. Sekarang ni aku tengah mengasah skill memasak.. Encik suami la yang setia jadi tukang rasa dan tukang komen. :)
Yang seronoknya, yang selalu keluar dari mulut suami bila makan, "mmm, sedap yang!", "thank you yang sebab masak..", "baru lah rasa makan kat rumah...".. Kata-kata tu la yang selalu buat aku rasa dihargai dan yang selalu beri aku semangat untuk masak lagi untuk dia..

Gambar? Takde amek gambar la... Ade amek satu ni jer. Fruit tart versi gergasi punya.. Sebabnya, kat umah ni takde loyang yang berkenaan.


Yang ketiga, sukacitanya aku nak sampaikan berita gembira kat sini bahawa sekarang ni ada budak comel sedang tendang-menendang dengan aktifnya dalam rahim aku... ^^.. Pengalaman pertama.. memang seronok tau perasaannya bila kita tengok ade pergerakan kat permukaan perut kita, dan kita juga dapat rasakan dengan jelas yang budak comel ni bergerak-gerak ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah...berpusing-punsing... Alhamdulillah sekarang ni kandungan aku baru masuk minggu ke 28. Ada lagi 12 minggu untuk dia keluar dan bergaya dengan baju baru yang abah & ummi sediakan untuk dia... ^^ Ramai yang pesan supaya rajin-rajin berbual dengan bayi dalam kandungan.. Ade banyak kali jugak aku praktiskan.. Tapi biasanya, aku macam rasa malu sendiri sebab macam bercakap sorang-sorang jek.. Pastu pulak, macam janggal sangat rasa sebab dok la membahasakan diri ni ummi.. ummi.. Kikikiki... Sorry baby...

Gambar? Ni gambar terbaru aku.. Perut tak berapa nampak besarnya sebab tertutup dengan jaket... Tapi boleh nampak mukaku yang membulat dan tangan yang penuh isi..uhuk..


Seterusnya... hmm, sekarang ni aku dah pun selamat sampai di Denmark.. InsyaAllah akan terus berada di sisi suami di sini sampai dia tamat buat phD. All the best Yang!

Ini gambar aku kat depan Sekolah Senibina di Aalborg Universitet. Universiti tempat suami belajar... 


Cerita tentang pengalaman di sini, post akan datang nanti la baru sambung yer... Gambar-gambar pun insyaAllah akan di upload sekali nanti... Khas untuk tatapan bestest friend, Warda.. :) Bak kata encik suami, "jangan risau, panjang lagi masanya nak pusing-pusing kat sini... Amek ler gambar sampai muntah.." Hehehe...





Saturday, September 3, 2011

cerita masak

Heheheheh...
Dengan bangganya aku nak umumkan kat sini bahawa aku berjaya pecah rekod sendiri untuk tak membeli langsung makanan kat bazar ramadhan untuk tahun ini!!!!!
Hoyeah!!!! Tahniah untuk diri sendiri ^^

Untuk minggu pertama, aku keluar pejabat pukul 5 petang, sampai rumah pukul 7 malam. Ada lebih kurang 29 minit untuk sediakan makanan berbuka. Apa lagi, cabar diri sendiri ler jawabnye..... Tapi, sebab memang dah beringat dan dapat bayangkan kesesakan teruk akan berlaku, jadinya aku memang dah sediakan semua bahan nak masak untuk berbuka, lepas waktu siap sahur subuh-subuh... Tapi jenuh gak la, sebab tak biasa...

Untuk minggu kedua dan seterusnya, ofismet ajar ikut jalan lain, tapi kena bayar tol, tapi boleh sampai rumah dengan pantas!!! Lebih kurang pukul 6 petang aku dah berjaya sampai rumah.... Hahaha, tak perlu la nak kelam kabut lagi...

Yang paling seronok, kos makan untuk bulan ramadhan kali ni memang jauh...jauhhhh...jauhhhhhh... lebih jimat dari tahun-tahun sebelum ni... Cuba bayangkan, kalau sebelum ni sekali pegi Bazar Ramadhan, memang tak sah kalau tak belanja cecah RM8-RM10. Ye la, kalau dah menu utama je RM5, campur air RM1 atau RM2, campur kuih utk sahur RM2... Kalau dah tiap2 hari camtu, seminggu mau cecah RM 70.

Tapi Ramadhan kali ni, aku pergi belanja kat pasar basah seminggu sekali jek, kosnya lebih kurang RM20, dapat ayam, ikan, sayur, udang... siap boleh makan untuk 2 orang untuk sahur dan berbuka. Maknanya, kalau seorang, seminggu cuma RM10... Jauh kan bezanya... Seronok.. Seronok... Makin semangat masak.. Hehehe...

Ni antara gambar yang sempat diambil. Yang lain, dah selamat masuk perut sebelum sempat amek gambar :P







Monday, August 30, 2010

wah ada makananlah!

Kali ni saya nak tolong mempromosikan kedai kek kakak sepupu saya. Blog dia tak siap lagi. Yang ada cuma facebook dia jek... Gambar-gambar ni pun saya grabbed it from her facebook k... Alamak Kak Idah, apa nama kedai kek ek??? hehe... Tapi nama page dia kat facebook ialah

Mahsuri's Touch
(klik lah... klik lah... dan sudi-sudikanlah LIKE ye! dan suggest to others ye!)

bersempena nama her 1st daughter... Tapi hari tu dia ada bagitau dia sewa kedai kat bawah Almaz Architect, Sri Hartamas. Dia pun terima tempahan melalui telefon... dan facebook juga...
Dalam bulan puasa ni dia ada juga buka booth kat Bazaar Ramadhan USJ4, Subang Jaya. Siapa-siapa yang selalu turun sana, boleh la singgah k... Tapi kat bazaar dia jual Pasembor Diraja, Nasi Tomato, Makcik Midah's unforgettable Seri Muka and Talam Keladi, Jump & Stab (hehehe..Lompat Tikam with Pulut...that is), Caramel Custard and EzPz Food2Go much sought after - Lasagna.

Moist Chocolate Cake 1kg with chocolate curls

Yang ni saya dah rasa... Memang sedap!!! Terbaik wok!!

Cheese Cake


Cheese Cupcakes with strawberry, raspberry or blueberry toppings

sampler order 10 pcs for RM30.00. or
minimum order 20 pcs for RM50.00

Peach Cream Pie

yang ni sedap jugak!

Tiramisu Slice and Cup

minimum order for cup: 20 pcs for RM50.00

Oreo Cake and Cup

yang ni pun sedap!

Fruit Tartlets - Fruit Topping depending on availablity

ini pun sama sedap!
sampler set - a box of 8 pcs tartlets RM 8.00
Order - 30 pcs for RM 27.00

Chocolate Fudge with Oreo cheesecake and chocolate sauce


More and more and more cup cake!


Juga ada Local as well as Western Cuisine!

Laksam


Kuey Tiaw Sup


Soto


Baked Spaghetti - Ground Meat, Tomato Sauce, Herbs & Spices and loaded with Cheese and Bechamel sauce.



Moussaka savory and tasty


Ok cukup!!! I'm melt....

Terliur tak? hihihiiii...sudi-sudikanlah order okay!

Namanya Puan Hamidah
Nombor telefonnya 017-277 6233
E-mailnya mahsuri.jewa@gmail.com
Hari operasinya Isnin hingga Ahad
Waktu operasinya 8:00 am - 9:00 pm
Facebooknya Mahsuri's Touch (sila klik)

Rumahnya di Subang Jaya
Kedainya di Sri Hartamas (akan dipastikan kemudian)

Saturday, August 21, 2010

Badi Murtabak Singapura

Petang tadi pergi Bazar Ramadhan Taman Sri Serdang dengan Yan. Tapi kan, tiap-tiap kali pergi bazar ramadhan sejak akhir-akhir ni, macam ada rasa satu perasaan cuak.. Cuak sebab sekarang ni tiap-tiap petang waktu kat bazar ramadhan mesti hujan. Bila hujan, terus teringat berita pasal bazar ramadhan kat Jasin kena serang puting beliung, 3 orang meninggal... Nauzubillah... Kepada yang tak tau cerita, klik kat sini. Teringat dosa-dosa diri sendiri, bila-bila masa dan kat mana-mana je Allah boleh balas kan?

Dah melalut... Kembali kepada tajuk... Aku beli nasi putih je dengan ayam goreng dan sup sikit.. Sebelum beli nasi putih tu, lalu kat satu gerai makcik ni, jual popia goreng. Nampak sangat menggoda! Ahh, maybe sebab aku memang hantu popia ok! Lepas beli nasi putih dan Yan beli nasi kerabu, kitorang patah balik kat gerai makcik tu nak beli popia. Sekali sampai je kat situ, makcik tu dah kemas-kemas bakul kuih dia! huuwaaaaa cepatnye habis! Sob... Sob... Sob... Terus teringat popia sayur mak yang sedap...Rindu mak...Takpe, esok sampai je mesti terus beli..

So nak sejukkan hati pergi pusing lagi cari kuih lain. Sekali nampak satu gerai ni, dia tulis 'Murtabak Singapura' 2 lapis & 3 lapis. Tapi takde tulis harga.. Tengok murtabak tu sikit punya terpikat... tak tau la kenapa. Pandang kat gerai lain nampak roti jala dengan kuah kari. Pun feveret aku gak ni... haish... Tapi Murtabak Singapura tu lagi kuat menggoda kot! So aku dengan selambanya dan otomatiknya mintak kat kakak tu bungkuskan 1 keping yang 2 lapis.

Lepas bungkus, baru tanya, "Harganya berapa ye?".

Sekali dia sebut, "Lapan ringgit."

Spontan ayat ni keluar dari mulut aku, "Kussssssemangat.. Lapan ringgit..." sambil tengok Yan dan keluarkan duit dari purse...


(source: flyingtoyol.blogspot.com)

Buka puasa kat studio dengan budak-budak Tahun 4 dan 5. Cerita kat diorang pasal murtabak tu..

Ayie kata, "Tu memang harga standard la. Tujuh ke lapan ringgit. Kat Muar ada satu kedai ni dia jual martabak Singapura je. Sedap. Ramai gila orang datang makan..."

Oooo, yeke... Aku siyes tak tau.

Lepas tu Wak pulak kata, "Kat gerai tu ade toyol kot, sebab tu ko laju je rasa nak beli, siap tak tanya harga dulu kan.."

Hah, itu mengarut.. Tak kan nak kena letak toyol kot nak suruh orang datang beli kan...

Dan kitorang rasa murtabak lapan ringgit tu sama-sama. Bila bukak, try bahagi-bahagi nak bajet berapa besar saiz keratan murtabak tu untuk harga 50 sen. Heh, cuma 5cm x 5cm je... Tak habis pun makan. So aku pun bungkus la elok-elok taknak bagi semut masuk. Siap ikat getah kat bahagian plastik yang terkoyak kan... Nak buat makan sahur.

Lepas tu jalan pergi toilet nak ambil air sembahyang sambil tangan pegang plastik dan dengan selambanya campak kat tong sampah. Lepas solat maghrib, tiba-tiba teringat nak ambil murtabak tadi macam tinggalkan kat atas meja makan... Dan dengan tiba-tiba jugak teringat rasa macam ada campak sesuatu kat tong sampah waktu nak pergi toilet tadi...

Alamak!!!! Aaaaaaa tidak!!! Noooooooo!!!!!

Rupa-rupanya yang aku campak tadi adalah murtabak lapan ringgit yang aku bungkus sikit punya elok tadi! Aaaarrrggghhhh.... Tekanan! Kecewa! Apa la malang nasib... Dengan tak dapat makan popia lagi... Dengan terbeli murtabak mahal lagi... Lepas tu boleh senang-senang campak kat tong sampah pulak... Terus cerita kat Yan... Huhuhu emosi sama-sama...

Siyes badi... BADI MURTABAK SINGAPURA.

Sunday, August 15, 2010

aku memasak hari ini! yes!

ye...itulah hakikatnye...

selama aku sambung blaja dan duduk rumah sewa baru ni dalam tempoh 3 bulan lebih...
eh baru 3 bulan lebih je ke?? laaaa takde la lame sangat pun :P haha

tapi tak kira, nak crita jugak..

dalam tempoh 3 bulan lebih tu, hari ni buat pertama kalinya aku memporak-perandakan dapur rumah sewa kami...ngehehe...dan budak-budak rumah aku jadi bahan eksperimen menelan ape juga yang dah dimasak oleh senior dorang ni sebagai santapan berbuka puasa hari ini...ala 1 menu je pun! :P time kaseh ye adek-adek, sudi tolong makan menu buka puasa ni...

ok..dengan ini dipersembahkan....jeng! jeng! jeng!

.......LAKSA SARAWAK.......yeahhhhh :)




amacam warda, jadi tak laksa aku?? ngeh...ngeh...ngeh...

mekaseh ye sebab perkenalkan aku kat laksa sarawak!
lepas ni kelas laksa penang pulak ye cikgu warda! hehehe...

rindu la nak memasak dgn warda n sarah.. teringat waktu bulan puasa duduk Cheras dulu, selalu shopping grocery sama-sama, masak n buka puasa sama-sama.. kalau sahur, mesti sahur yg betul-betul sahur.. i mean, makan berat la.. at least goreng bihun... jarang-jarang sahur makan nestum, kecuali dah dekat akhir puasa..hehe

erm, warda expert kat laksa n lontong.. sarah pulak expert kat nasi lemak sambal special n kuih ijau tradisional orang pekan.. aku... er... aku expert kat ape ek? heee takde kot? :P