Wednesday, December 12, 2012
I'm on Pinterest!
Friday, November 23, 2012
konvo kali kedua
Monday, October 15, 2012
1 jam 1 hari
The other part of Aalborg River.
Tuesday, October 9, 2012
1 jam 1 hari
Ya.. Misi yang perlu aku buat hampir setiap hari... Tapi setakat ni aku berjalan bergantung pada cuaca. Kadang-kadang tu tak sampai sejam pun aku berjalan. Sambil exercise sambil amek gambar... Ramai yang pesan, masuk 7 bulan kena banyak berjalan supaya senang bersalin nanti. So... ni la hasilnya. Aku baru buat aktiviti ni mulai minggu ni jer...
![]() |
| Sebahagian bangunan yang Aalborg Universitet sewa. |
![]() |
| Nama tempat ni Aalborg Nørresundby. Lokasinya cuma 5 minit berjalan dari rumah aku. Tempat private yacht parking. Tak tau la macam mana punya kaya owner yacht-yacht ni... |
Monday, October 8, 2012
Aalborg In A Glance
Chewah.. Letak tajuk macam kau dah hebat sangat jer tau pasal Aalborg kan.. Pertama kali menjejakkan kaki ke Benua Eropah, waktu tu transit kat Copenhagen. Langit cerah, tapi anginnya sejuk, mencucuk-cucuk kena kat kulit muka. Sepanjang berjalan kaki dalam lapangan terbang Copenhagen, tengok bangunannya, terus terbayang gambar-gambar bangunan yang aku selalu rujuk kat buku-buku dan majalah-majalah dulu. Bangunan berkotak, panjang, steel fabrication, dengan dinding metal clad, tingkap jenis ribbon window, banyak guna elemen pengulangan (repetition), courtyard.. One word.. Teruja! Memang impian aku nak datang Copenhagen. Dapat pulak, suami sambung belajar di Denmark, negara yang sangat terkenal dgn sustainable architecture. Alhamdulillah rezeki Allah beri.
OkOk.. Dah hampir sebulan aku berada di Denmark.. To be specific, Aalborg. Nak specific lagi? Schleppegrellsgade.. Hah hamek kau berbelit lidah nak menyebutnya.. Ejaannya pun baru-baru ni je aku hafal :) Aalborg tu nama bandar tempat kami tinggal, bandar yang mempunyai populasi keempat tertinggi di Denmark. Schleppegrellsgade pulak nama jalan, boleh kata dalam bandar jugak la.. Denmark merupakan salah satu daripada negara-negara Eropah yang termasuk dalam rantau Scandinavia, atau orang panggil Nordic Country. Nak tau lebih lanjut, boleh KLIK SINI.
![]() |
| Ni jalan kat depan IKEA. |
![]() |
| Salah satu daripada shopping street yang ada di bandar Aalborg. |
![]() |
| Salah satu daripada taman (pocket garden) yang ada di bandar Aalborg. Daun emas dah mula luruh. Bangunan yang kanan tu hotel. |
![]() |
| Ladang kuda.. Sebenarnya aku nak ambil gambar wind turbine tu. Nampak? Tapi jauh sangat. |
Thursday, December 22, 2011
lovely day...
wake up for subuh pray ---> facebook-ing ---> continue with the sweetness of sleeping while it was a little rain outside ---> wake again ---> had 'brunch' ---> facebook-ing again ---> blog walking ---> chatting ---> munching ---> messaging ---> sleeping again ---> eating ....
it was a sleep-eat-sleep-eat day today!
what a relief.... after 2 weeks of stress!! with diarrhea, nausea, crying, 2 hours of sleeping a day, irregular eating, horrible face, messing table and floor... fuhhhhh... seriously stress... i can't imagine how this one prof. lady told me that she was awarded as the best student back then when she did her Part 2, and at that time she was a mother with 2 months old baby! I bluff if she bluff me :p
ahhh..... whatever.
yesterday was our final presentation day... even though I still have another month to graduate, but who cares... coz I'm DONE yesterday! hahahaha....
owh... wait... an appreciation goes to Leya & Izyan n Sarah for helping me with model and the 3Ds. thank you so much!!! thank you for every second of your precious sleeping and resting time... thank you.... thank you... thank you....
photo credit to Izyan.

photo credit to Han Luong
Wednesday, November 23, 2011
few steps to the finale
Sometimes big
The step I took at a time
I know I am already in a tiny red ball alone
When I start getting dreams about my works in my sleep
The tiny red ball with only one niche on its endless wall
Yet it is the goal
The only egress
To escape and breath out
After the accomplishment
Of finishing the start
One month to final
May Allah bless me
May the victory be mine
Amin
Wednesday, October 5, 2011
fakta.auta
aku lagi suka fakta.
tindakan yang diambil mesti bersebab, perkara yang dibuat mesti berbukti dan jelas laluannya, tak perlu dipertikai, tak perlu belok sana cilok sini.
bagi aku nombor, memang mata buntang nak buat.
walaupun tak dapat selesaikan sampai mata juling, tapi semangat nak siapkan bagi selesai sangat tinggi.
bagi aku kertas kosong, luahkan dengan lakaran, sokong dengan hujah.
sori. itu bukan aku.
mmmmmm... salah bidang ke aku ni???
tak.
tak semestinya seorang arkitek tu mesti buat design seumur hidup.
choose...
design..... then u go for a Design Architect.
or manage..... then u go for a Project Architect.
i think i choose the second.
but to go to the second, one must first experience the first.
Good Luck.
Thursday, September 29, 2011
HIJJAS....dan saya
Wahhhhhhh.....
Teruja!!!!
Hari ni Hijjas bagi talk kat fakulti.
Satu persamaan antara aku dan Hijjas:
Abah adalah sumber inspirasi aku menceburkan diri dalam bidang seni & senibina.
Puncanya, kecik-kecik dulu aku selalu tolong abah buat rumah.
Rumah sendiri, rumah jiran.
Hijjas pun sama....
Eheeeeee.
^_^
Tapi bezanya,
Hijjas dari kecik-kecik dah kenal arkitek, dah teruja dengan Frank Lloyd Wright, dah ada perasaan dan cita-cita nak bina bangunan cantik-cantik.
Aku tak.
>_<
Bila agaknya dapat peluang pergi Rimbun Dahan?
Kesiannya.
T____T
Saturday, April 30, 2011
TBS ---> mini airport


Hah... kepada sape-sape yang tak tau TBS tu ape.. Ialah TERMINAL BERSEPADU SELATAN, berhubung dgn KLIA ERL, STAR LRT, KOMUTER, tak pasti plak ada bas pegi LCCT ke tak... Tapi yang paling aku nak bagitau sangat-sangat, terminal ni untuk bas ekspres hala selatan je... SELATAN jek ye...kehkehkeh...

Respon pertama aku waktu pandu masuk tempat letak kereta TBS ni “Wow, feel dia macam masuk parking kat EXPO Shanghai la ain!”.. Ain pun setuju dengan aku.. Lepas letak kereta, kitorang pun bejalan kaki naik tingkat atas, ikut arah papan tanda jek…

Sampai tingkat atas kat pintu masuk utama, kitorang disambut dengan papan tanda “DEPARTURE-ARRIVAL”.. hah lagi sekali aku kata “wow!”… macam masuk airport! Tapi gambar kat papan tanda tu gambar bas la, bukan gambar kapal terbang..tapi cool….


Perancangan ruang dalam TBS ni pun memang macam airport.. Kaunter tiket bukan lagi ikut syarikat bas macam kat Pudu.. Semua kaunter atas nama TBS, jual tiket ke semua tempat arah selatan semenanjung.. Waktu beli tiket, cakap je nak pergi mana, pastu nanti dia senaraikan bas-bas yang ada. Tak payah dah nak risau ulat-ulat tiket dok sibuk kejar kita suruh beli tiket bas dengan dia macam kat Pudu tu…

Waktu aku beli tiket, aku dengan selambanya cakap kat kakak kaunter tu camni;
“Kak, saya pertama kali datang sini ni! Ape saya nak kene buat ni?”.
Jadi dia dengan baik hati bagitau aku cara-cara beli tiket..Ada 2 skrin computer, 1 menghadap penjual tiket, 1 lagi menghadap pembeli. Pembeli boleh pilih tempat duduk dalam bas. Lagi satu, skarang dah boleh beli tiket pergi-balik! Yeayyy!...Pastu tiba-tiba je…
Kakak kat kaunter tu cakap “Dik, mintak kad pengenalan?”.
Aku pun “Wah, nak buat ape kak?”.
Dia kata “Hehe…kata mini airport!”
Aku pun “Ooo ye gak kan…hehe”.
Naaaa...ni le dia tiket bas ghope baru, aku beli return ticket... Hah hamek, kat tiket siap ada nama aku beb! Nasib baik no. kad pengenalan dia tak print skali! Jap jap, ada lagi satu… Kat TBS ni bukan saja ada kaunter tiket bas gaya macam kaunter check-in kat airport tu, tapi siap ada kaunter pas berlepas tu! (boarding pass)…
Sementara tunggu nak masuk Balai Perlepasan (ni bukan aku saja-saja panggil ek..memang tulis kat situ Departure Hall...), aku pegi le jejalan pusing tengok kedai ape yang ada.. ada restoran-restoran macam Kenny Rogers, kopitiam, 7e, kedai kasut, kedai kosmetik... Tapi aku tak jumpa kedai jual coklat macam kat airport... Masuk 7e, aku jumpa nasi lemak bungkus ala-ala dalam kapal terbang.. hehehe...nak feel punya pasal, beli la satu kononnya nak makan dalam bas.. Tapi pikir-pikir balik, kang tak pasal-pasal satu bas bau! so makan la kat situ jek.. Ada gaya kan?
Ni kat Lobi Perlepasan, nak turun ke Balai Perlepasan.. Siap ada polis cek tiket kita sama ada betul ke tak nak masuk ke pintu mana...
Haaa ni la rupe Balai Perlepasan tu, macam gaya tunggu nak naik flight kan? hehe.... Ada banyak gate, tak silap ada 26 pintu kot! Ada paparan jadual perlepasan skali... Kalau ikut pengalaman pertama aku ni, Alhamdulillah, bas memang on time..
Ok... tibalah giliran aku nak nak 'flight'... flight Mayang Sari... hehehe... kena queue beb, nak kene punch tiket dulu... Waktu ni aku dah terbayang bas yang cantik dan selesa dengan cabin crew skali walaupun untuk menyedapkan hati jek.. huhu...
Tapi tu la, yang tak best nye, aku dah biasa amek bas VIP (yang ada single seat), tetiba jek masa naik bas aku tengok tempat duduk dia yang couple-couple tu pulak... haish... terus hilang perasan gembira tadik! Rupa-rupanya bas yang selalu tu rosak, ganti dengan bas ni.. hmmmm.... hampeh jek...
Tapi takpe la... Yang pentingnya...
Dah takde lagi rasa sesak terpaksa hidu bau asap bas kat bawah Stesen Pudu tu...
Dah takde lagi kene kejar dengan ulat-ulat tiket...
Dah takde lagi kena follow oleh stranger sambil mintak duit buat-buat macam kenal aku... Ni pengalaman ngeri aku kat Pudu, 2 kali kena dalam waktu yang lain tapi oleh orang yang sama... Tobat!
Dah takde lagi kena tunggu bas lama sebab bas tak ikut jadual (yang ni tak brapa nak pasti sebab ni ikut pada disiplin driver memandu sbenanye, ye dak?)...
Dah takde lagi bersesak-sesak, berpanas-panas, berpeluh-peluh kat Pudu...
Dan dah takde lagi risau kena seluk poket...
Maka kesimpulannya, dalam usaha kerajaan nak jadikan Malaysia ni sebuah negara maju dan rakyat bertamadun macam rakyat Jepun yang masih boleh sabar beratur ikut giliran ambil makanan selepas mala petaka baru-baru ni, tak semua yang kerajaan buat untuk rakyat tu salah... Hahaha... Undilah aku :P
(Maaf, seumur hidup aku tak pernah turun mengundi lagi... Bukan sebab tak bertanggungjawab... Tapi atas sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan... Mengundi calon universiti aku tak pernah ketinggalan :)
Tapi dari segi senibinanya, aku nak komen satu ni, jambatan utama menghubungkan terminal ni dengan LRT goyang! perasaan waktu berjalan kat jambatan ni sama macam perasaan aku waktu pertama kali merasai kesan gempa bumi waktu tsunami kat Banda Acheh dulu...
Lagi, masih belum boleh mengalahkan Shanghai South Railway Station ni....
Gambar Shanghai South Railway Station ni aku download dari internet jek, ape ntah website dia.. Maaf! Cheers!
Saturday, April 2, 2011
Legoland Malaysia
This is the link, i received it from Nusajaya e-newsletter ---> Legoland Malaysia
I bet it definitely will catch the enthusiast all over Malaysia to walk down their childhood memories back then. Yupsss, I am looking forward to be among the first visitor for Legoland Malaysia.
For those who have no idea of what is Legoland, these are 4 other Legoland all over the world. Legoland Malaysia will be the first Legoland Park in Asia. (but I heard there is a new Legoland built in Dubai! tapi malas nak google..cek la sendiri kalau rajin k :p)
Legoland Carlifornia, USA (http://california.legoland.com/)



Legoland Windsor, UK (http://www.legoland.co.uk/)

Legoland Deutschland, Germany (http://www.legoland.de/)

Legoland Billund, Denmark (http://www.legoland.dk/)

Excited?? So do I!!! :)
Foot note: teruja sampai terlupa sudah benda nak buat untuk studio :P



































