Tuesday, October 9, 2012

1 jam 1 hari




Ya.. Misi yang perlu aku buat hampir setiap hari... Tapi setakat ni aku berjalan bergantung pada cuaca. Kadang-kadang tu tak sampai sejam pun aku berjalan. Sambil exercise sambil amek gambar... Ramai yang pesan, masuk 7 bulan kena banyak berjalan supaya senang bersalin nanti. So... ni la hasilnya. Aku baru buat aktiviti ni mulai minggu ni jer...

L-R: [1] & [2] Bangunan ni menempatkan cafe, pejabat, kedai. Tingkat bawah kaki lima tu columnless. Aku suka kat tangga tu. [3] Pandangan harbour daripada bangunan tadi. Ni Sungai Aalborg. Sangat lebar.

Ada banyak lagi lanskap yang cantik sepanjang sungai ni. Lain kali aku jalan lagi.


Sebahagian bangunan yang Aalborg Universitet sewa. 

Di sekitar Aalborg Universitet ni ada banyak juga lanskap yang cantik.  Lain kali aku jalan lagi. Heehhhhhh :P

Nama tempat ni Aalborg Nørresundby. Lokasinya cuma 5 minit berjalan dari rumah aku.  Tempat private yacht parking. Tak tau la macam mana punya kaya owner yacht-yacht ni...

L-R: [1] Rasanya bangunan ni bangunan pejabat pengurusan yang menjaga kapal-kapal kat gambar atas tu kot... Sebab kat tingkat bawah ada banyak la life-jacket bergantung, dan ada macam ruang rehat dengan sofa. [2] Taman yang terdapat di kejiranan kami.

Hari ni tak keluar sebab tengok pokok bergoyang kat bawah tu kuat betul.. Maknanya angin tengah kuat dan suhu 8ºC.



No comments: