Saturday, March 19, 2011

love

"Love often fails because people instinctively give what they want."

-John Gray-





The truth about primary love that we as human being have to know is:


Woman needs to be CARED for

while

Man needs to be TRUSTED to





Lets spread love . . . . . . .




foot note:

bercinta dengan studio T______T

Monday, March 14, 2011

Benci!

B E N C I !

usaha selama hampir 9 minggu selama ni sia-sia!!!

huhuhuhhhuuuuu.....

sangat kecewa.....

saya perlukan bahu untuk dibasahkan....

siapa sudi?

sobs~~~~~


"...kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..."

(Al-Insyirah : 5-6)

Sunday, March 6, 2011

ketika cinta bertasbih


sumber: http://www.flixster.com/movie/ketika-cinta-bertasbih-2009

"Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta"


Tu petikan satu rangkap dari lirik lagu Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslaw ft. Amee

Cerita ni kuar tahun 2009, ada Part 1 & Part 2. Tapi aku baru tengok malam tadi copy dari housemate huhu... Memang mantap! Aku suka! Watak utama seorang pelajar Indonesia, Khaerul Azzam yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar.

Pada pendapat aku, dalam cerita ni ada 2 kisah yang paling menarik, yang menyebabkan aku rasa macam nak tengok berulang-ulang, walaupun bahasa yang ditutur banyak bahasa melayu + jawa indonesia dan sedikit-sedikit bahasa arab... Heheh, bonus la kat aku sebab ada darah jawa, faham la jugak apa diorang cakap... bahasa arab pulak, pernah belajar waktu sekolah rendah, tapi banyak dah lupa...

Ok, kisah pertama...tentang dia berkorban untuk melewatkan pengajiannya di Mesir menjadi 9 tahun semata-mata untuk berlajar sambil bekerja menjual tempe dan bakso bagi menyara ibu dan adik-adik perempuannya di kampung. Bila dah 9 tahun tu, faham-faham je la.. Mesti la dia jadi senior yang glamour di kalangan pelajar-pelajar Indonesia junior kat Al-Azhar tu sebab lama sangat belajar tak lulus-lulus... Pastu pulak, rupa dia aduhai... Sejuk je tengok ;)

Kisah kedua yang menarik, tentang cara dia mencari bakal isteri tanpa mengetepikan moral dan nilai-nilai agama... Yang menarik sebenarnya tentang bagaimana pengarahnya kreatif menyampaikan mesej melalui detail cerita ni... Kena tengok sendiri la kot baru boleh nilai... Cinta pandang pertama Khaerul Azzam kat Al-Azhar dulu namanya Anna Althafunnisa, tapi dia tak sempat luahkan perasaan dia... Anna berkahwin dengan juniornya, lepas tu macam-macam dugaan dia dapat. Dugaan cari kerja, dugaan dikutuk orang kampung sebab menganggur, dugaan lamaran ditolak banyak kali...

Anna Althafunnisa ni mula-mula aku tengok biasa-biasa je.. Siap terfikir, nape la ramai sangat orang cakap anna ni cantik. Pakai tudung pun macam serba tak kena... Tapi ada satu scene tu, waktu tu Anna ni baru pertama kali berkenalan dengan Azzam. Kat scene tu, Anna ni memang nampak sangat-sangat la cantiknya... Perfect! Seorang yang cantik + watak yang tegas + lembut... mmmm... Lepas je dari scene tu, memang la asyik senyum jek tengok dia huhuhu... Kedudukan aku kalau banding dengan dia, urmmmm... jauh.... sangat jauh....

Dari sudut senibina pulak, mmmmm... Penggambaran Part 1 banyak di buat di Bandar Alexandia. Sungai Nil, Piramid, Laut Mediterranean, lanskap-lanskap sekitar Mesir... Part 2 pulak kat Indonesia sendiri.

Kesimpulannya, mmm... silalah tonton ;)


Nota kaki:
Aku pergi tengok movie Angry Driver lakonan Nicholas Cage kat Kuantan kelmarin. Kenapa tengok kat Kuantan? Sebab kononnya nak berehat sebentar lepas penat berjalan buat urban analysis kat Bandar Kuantan.
Tapi malangnya, movie tu buat aku makin sakit otak! Bahasa dia sangat teruk! f***, s*** terselit sana sini... Ceritanya pun, kejam! Sangat buat sakit mata... Waktu beli tiket tu, tak perasan kategori dia tulis ape... huhu padan muka... Kesimpulannya, sila jangan tonton! :(