Showing posts with label health care. Show all posts
Showing posts with label health care. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

nak kurus???




heh... aku baru balik dari jumpa kawan lama satu sekolah... dalam proses mengedar kad kahwin... ceritala perkembangan terbaru masing-masing... dia sekarang jadi pegawai agama di JAKIM... fuhhhh terbaik!!! terus terngiang-ngiang suara merdu dia azan tiap-tiap hari waktu kat asrama dulu... kalau dengar dia azan, terus bersidai kat koridor asrama sebab nak layan suara dia..hik...... topik cerita kitorang tadi, dari senibina masjid (pakcik ni pejabat dia kat masjid, sebab tu cakap pasal masjid), masuk ke Ustaz MAZA, tembus kat jodoh, menyelit ke yang gemuk jadi kurus, yang kurus dah makin sihat, terusla cite pasal diet, sebabnya aku pun diet gak mula dari lepas raya hari tu... tu pun sebab ramai pulak orang tegur badan makin naik... tapinya, aku takde la diet yang melampau sampai makan kena tapis... target aku cuma nak turun 5 kg jek... sekarang ni taktau la dah tercapai ke belum turun 5 kg tu, tapi nampaknya macam berhasil.. sebab ramai dah tegur aku makin slim... makcik gembira ^^ apa-apa pun, aku cuma skip dinner je tiap-tiap hari... yang lain-lain aku amek macam biasa...

ok...ok... dah lari tajuk dah... jadi, bila cakap pasal diet ni, kawan aku ni bagi la satu blog ni, katanya bagus untuk mereka-mereka yang nak kurus... diet yang dia ajar sangat mudah dan senang... 'carb. diet' katanya... mengikut testimoni yang kawan aku ceritakan, kawan-kawan dia ada ramai yang ikut cara yang blogger ni ajarkan, lepas dengar cerita dari kawan aku ni, dan hasilnya memang cepat dan berkesan... tapi si kawan aku ni, idok ler dia amalkan pun... tak tertahan nafsu tengok makanan sedap-sedap katanya... hehehe... apa-apa hal pun, pada siapa-siapa yg berminat, ni blognya.... selamat berdiet!!!




taknakgemuk.com







Monday, April 18, 2011

seluar longgar!!

Pencapaian terbaik hari ni

Erppp..... Seluar longgar!!!

sebab
.
.
.
.
.
.
Berjaya turun 2kg!!!


Hehehhhhh...

Status ni tak bleh post kat Facebook, nanti orang kata POYO ><

Blog sudeyyyy ^__^





Nak muntah?
Lantak kome leeeee.... Blog aku....





(sumber - http://mohdmurdin.blogspot.com)

agak2 ada ke pempuan body camni?



Nota kaki:

Encik Tunang : Ina nanti lepas kawin Ina jangan gemuk camtu tau...
Cik Tunang : Ok!! Hantar Ina pegi spa tiap-tiap bulan yek! heheh...




Friday, October 29, 2010

and i'm 55 today!

Early this morning after shower, as usual
I weight with empty tummy
And guess what?

YES!!!
Finally for the first time ever

I reach 55kg today!

Hikhik...
Gembira Mak Neng weihhh...
Nak lompat boleh tak? :)

Sunday, October 10, 2010

penyelesaian kepada sakit pinggang

Bulan Julai lepas pernah buat entri pasal sakit kepala dan telinga berdengung kan? Dan kali ni nak cerita pasal penyelesaian kepada sengal-sengal kat pinggang lak..

This is based on my personal experience k...Rasanya punca saya jadi sakit pinggang ni sebab dah beberapa minggu sangat sibuk duduk mengadap laptop buat keje sebab presentation is around the corner...Jalan pun macam tak jejak tanah..Tapi update blog masih sempat ok! ahaks... Ye la, kalau lelaki, kebanyakannya kan gi merokok sebagai cara nak relaks jap dari jenuh penat mengadap kerja... So sebagai pempuan, saya pulak google la blog-blog feveret baca2 artikel & cerita-cerita best, sambil update blog sendiri kalau rasa nak update...

Okeh...

Malam tadi punya la rasa sengal kat pinggang ni, sampai nak teruskan duduk nak sambung buat keje pun rasa sangat2 tak selesa. Memandangkan skrg ni saya kat kampung, so saya punya famili la jadi mangsa tolong pijak kat pinggang ni.. Saya pun mintak la adik tolong pijak kat pinggang...Belum sempat adik pijak, mak abah dah menjerit dah tak bagi adik pijak..Haha...Nak suruh pinggang tu patah ke? Kata mereka...huhu...

Erm...Tapi rupa-rupanya pijak & urut pinggang sebagai penyelesaian kepada masalah sakit pinggang adalah MITOS semata-mata...Itu salah ye!

Yang sebenarnya bila sakit pinggang, tempat yang patut diurut adalah di bahagian belakang dan sisi peha.



Mak siap volunteer tolong pijak kat belakang & sisi peha saya..Kena dia pijak kat tempat yang betul, menjerit saya! Huhu...Tapi seriously, memang berkesan! Lepas je dia pijak, sengal-sengal pinggang saya terus hilang sekelip mata! Subhanallah...Sambung mengadap laptop :) Thanks mak!

Mak kata, sakit pinggang tu disebabkan urat tegang kat bahagian peha tu. Dia pun dapat tahu tentang ni dari tukang urut tempat dia selalu pergi urut.. Lagi satu, dia urut kat bahagian tapak kaki.

So, kalau rasa sakit pinggang, cuba la minta orang urut/pijak kat bahagian peha k!
Selamat mencuba!

Thursday, September 30, 2010

tolong bagi pendapat? nak pakai braces ke tak ye?

Saya dalam dilema.

Semuanya gara-gara gigi geraham hadapan saya telah berlubang dengan dasyat!

Ceritanya begini...

Gigi taring sebelah kanan saya tumbuh ke atas sikit dari gigi-gigi lain. Maknanya tak selari dengan gigi-gigi lain la. Waktu kecik-kecik dulu saya pernah cakap kat doktor, nak cabut gigi tu. Tapi doktor tak bagi... Lepas tu, bila dah dewasa, pergi buat rawatan gigi beberapa tahun sekali.. Haha patutnya 6 bulan sekali kan? Dan tiap-tiap kali buat rawatan, soalan yang sama saya tanya kat doktor gigi.

"Doktor, boleh tak saya nak cabut gigi taring saya yang ternaik ni? Ada kesan buruk tak?"

Jawapan doktor gigi adalah tipikal...

"Gigi tu mengganggu awak tak? Gigi tu elok kan? (maknanya tak rosak la) Kalau elok, saya cadangkan biar je gigi tu... Awak masih muda... Akar gigi masih kuat... Risiko cabut gigi ni ada kaitan dengan hidung, telinga dan mata... Lagi pun, gigi tu pemanis bila awak senyum... Tak semua orang ada gigi macam tu..."

Erm... Ramai orang cakap camtu, dan ramai juga yang cakap sebaliknya... Dan gigi taring tu masih ada sampai sekarang...

Tapi lebih kurang 3-4 tahun lepas, gigi geraham hadapan saya berlubang. Gigi geraham ni pulak letaknya betul-betul bawah gigi taring saya... Saya rasa, punca gigi geraham tu berlubang sebab susah nak gosok sebab terlindung kat belakang gigi taring yang degil tumbuh tak nak 'geng' dengan gigi-gigi lain...

Saya pun jumpa doktor lagi dengan harapan nak cabut je gigi tu... Mana la tau kot-kot ada peluang nak bawak turun gigi taring saya tu, ganti tempat gigi yang dah berlubang tu kan? Tapi doktor tetap jawap benda yang sama... Dia cadangkan tampal je gigi yang berlubang tu... Ok, saya pun ikut je la...

Tapi lepas beberapa tahun, baru-baru ni tampalan gigi tu dah tercabut... Saya pun pergi lagi jumpa doktor... Saya tanya lagi kalau-kalau gigi tu boleh dicabut, ada tak kebarangkalian supaya gigi taring saya dibawa ke bawah?

Doktor tu kata, gigi geraham yang berlubang tu gigi depan, dan merupakan antara gigi yang aktif mengunyah makanan... So tampalan gigi tu akan mudah tercabut dalam masa 2 tahun. Lagi pun, lubang gigi tu dah melebihi separuh dari gigi yang ada. Dia tanya umur saya... Umur 27 dah agak lewat untuk pakai braces. Tapi lepas tu dia terangkan lagi sekali apa pendapat dia dari sudut pakar gigi. Dia kata kes gigi saya ni tak rumit. Dia cadangkan supaya gigi yang berlubang tu dicabut, dan gigi taring dibawa turun ke bawah, selari dengan gigi-gigi yang ada...

Disebabkan kes gigi saya tak rumit, dia cadangkan saya pakai braces yang jenis boleh cabut (bukan permanent la utk 2 tahun). Bentuknya macam retainer ni:


Bukan pakai yang permanent untuk 2 tahun macam ni:


Tapi yang saya tahu, risiko untuk pemakai braces ni, dia kena maintain gigi dia supaya tetap sama rata... Caranya, dia kena pakai 'retainer' macam kat gambar atas tu, tiap-tiap malam waktu nak tidur... Doktor tu kata, retainer tu perlu, sebab motif pakai braces ni sebenarnya gigi-gigi ditarik atau ditolak. Jadi sebenarnya, akar gigi tetap kekal tak berubah kat kedudukan asal. So, kalau orang yang pernah pakai braces tu malas nak maintain, malas pakai retainer tu, lama-lama nanti gigi dia akan kembali ke tempat asal... Yang jongang akan jadi jongang semula, Yang gigi renggang akan renggang semula... Itu yang saya faham la...

Ni pula artikel yang berkaitan dengan tempoh memakai retainer tu:

"You are the person in charge of keeping your teeth straight. Teeth are not set in concrete, they are in bone. Because the bone around your teeth is continually changing (breaking down and rebuilding), your teeth may shift after your braces are removed. Scientific articles published in the "American Journal of Orthodontics and Dentofacial Orthopedics" (AJO) from 1988 to the present, indicate that orthodontic researchers don't know how long you need to wear your retainer(s). These articles indicate that there is no way to predict how your teeth will react when retainer(s) are removed. About half of the undesired tooth movement takes place in the first two years after you stop wearing your retainer(s). Some crowding of the lower front teeth may be part of the aging process similar to gray hair and wrinkled skin. The only way to ensure continued satisfactory alignment is by the use of retainers to some degree, perhaps for life. They help keep everything straight. The amount of wear will vary from patient to patient. Orthodontists know from experience that you, the patient, actually decide when you think the retainer is unimportant and stop wearing it or ask to have it removed. The references below will give you more information that will allow you to make an informed decision when you are contemplating stopping your retainer. You must be willing to accept the fact and the risk that the degree of tooth position stability in your mouth is unknown. We expect changes in our bodies as we grow older, and teeth are no exception."

So lepas tu tadi, saya tanya doktor tu camni:

"So doktor, saya pun nanti kena pakai retainer tu seumur hidup ke??" Adeh... Sanggup ke saya?

Hahaha...Saya dah berjaya buat doktor tu terdiam dan tergelak dan tak tahu nak cakap apa untuk menjawab soalan saya yang sebenarnya adalah hakikat sebenar yang akan berlaku...

Jadi, keputusannya adalah....

Gigi geraham saya yang berlubang telah ditampal... Tentang braces, doktor tu mengalu-alukan kedatangan saya di Pusat Kesihatan UPM dalam masa 1-2 minggu lagi...

Mak abah dah bagi green light...

Kawan-kawan pulak? Tolong saya! Nak pakai braces ke tak yek????

Thursday, September 16, 2010

go away...please!!

Mr. Cough

Mr. Flu

Mr. Fever

Mr. Sore Eye

Pleaseeeeeeeeeeeeeee go away...

Mr. Design is waiting for me...

huk...huk...

Wednesday, July 28, 2010

sakit kepala & telinga berdengung

12/7/2010 - 28/7/2010
maknanya dah 17 hari masalah sakit kepala & telinga berdengung saya ni berulang-ulang...

ok...doktor kate takde ape-ape masalah serius.
cuma mungkin tekanan.
minum banyak air, cukupkan tidur.

warda pun kata benda yg sama.
tekanan...stress...
dan dia ajar, kalau sakit kepala lg, dia suruh picit tapak tangan yg kat bahagian ibu jari.
lagi satu, urut cuping telinga.
so saya praktikkan, n GREAT! it works!! really!! :)

ada yang kata, sebab kurang darah masuk ke jantung, menyebabkan dengungan kat telinga.

tapi bila asik berulang je, mula lah cari-cari artikel yg berkaitan.
dan jumpa info ni..dapat dari sini.

"Ketika saya berjalan bersama teman-teman, salah satu teman saya bertanya kepada saya kenapa telinganya kadang-kadang sering berdengung. Lalu saya jawab dengan syarah yang ada, yaitu sesungguhnya suara "nging" (berdengung) dalam telinga itu karena Rasulullah SAW menyebut orang yang telinganya bersuara itu dalam perkumpulan yang tertinggi (al malail a'la) dan supaya ia ingat kepada Rasulullah SAW dan membaca shalawat kepada beliau."

Dalam kitab al 'Azizi 'ala Jami'ish Shaghir dikatakan, "Jika telinga salah seorang kalian berdengung,
hendaknya ia mengingat aku (Rasulullah SAW) dan membaca shalawat kepadaku serta mengucapkan Dzakarallahu man dzakarani bikhayr (Allah menyebut yang menyebutku dengan kebaikan). "

Imam Al Manawi berkata,
"Sesungguhnya telinga itu berdengung ketika datang berita baik ke ruh, yaitu Rasulullah SAW telah menyebut orang tersebut (pemilik telinga yang berdengung) dengan kebaikan di al malail a'la (perkumpulan atau majelis tertinggi) di alam ruh."

kebanyakan artikel sebut benda yg sama. kalau yang itu betul, Alhamdulillah :)

tapi korang mesti pernah dengar cerita orang-orang tua camni kan?

"setiap nama kita tercatat pada sehelai daun pada sebatang pokok. kat mana? saya tak ingatla...hhuuhu...Luh Mahfuz kot? kalau nyawa kita diambil, daun tu akan gugur. dan kalau ada daun yang gugur tu terkena daun kita, telinga kita akan berdengung. ada yang kata, daun yang gugur tu adalah orang terdekat kita.."

wallahu'alam...

lepas tu nak dijadikan cerita, (mungkin kebetulan la) minggu lepas seorang sepupu saya telah meninggal dunia. Innalillah...

dan semalam bunyi dengung tu jadi lagi...
risau...tipula kalau tak risau kan..huhu...
tapi takpela, doakan semoga semuanya selamat.
just, selawat banyak-banyak pada Rasulullah S.A.W.

kalau ikut artikel perubatan moden pulak, katanya adalah tinnitus.
tinnitus tu ape? klik sini dan sini juga.

tapi lepas baca tentang tinnitus tu, rasanya kes saya ni bukan tinnitus la...

rasanya kena jumpa pakar ENT kot lepas ni...
melombong, kasi buang segala emas yang dah tepu dalam telinga...hahaha :P