Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua...
Dah lama betul rupanya tak membelog. Kali terakhir Februari 2012. Hehehe... Sebenarnya salah satu sebab ialah aku pernah tukar password blog ni, dan lepas tu bila nak membelog, terlupa password barunya... ni baru la dapat masuk semula..
Mana nak mula yek? Banyak betul cerita baru ni..
Ok, mula-mula sekali aku nak umumkan kat sini yang aku dah pun selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta pada 10 Mac 2012 yang lalu.. haaaa baru ingat.. ni la jugak penyebab aku tak sempat nak membelog! sibuk yang amat buat persediaan majlis...
Gambar? Of course la aku letak yang paling cantik kan.. heheh.. Sekeping ni cukupla yer... :)
Gambar? Of course la aku letak yang paling cantik kan.. heheh.. Sekeping ni cukupla yer... :)
Yang kedua, aku nak umumkan kat sini bahawasanya sekarang ni aku adalah surirumah sepenuh masa.. Sejak Februari 2012... Dah nak masuk 9 bulan dah rupanya... Tapi kalau boleh tu taknak la jadi surirumah selamanya... Penat jer pulun belajar kan... So, bila dah duduk rumah tu, macam-macam la dalam kepala otak ni aku nak buat kan... Tapi belum sepenuhnya terlaksana la.. Sekarang ni aku tengah mengasah skill memasak.. Encik suami la yang setia jadi tukang rasa dan tukang komen. :)
Yang seronoknya, yang selalu keluar dari mulut suami bila makan, "mmm, sedap yang!", "thank you yang sebab masak..", "baru lah rasa makan kat rumah...".. Kata-kata tu la yang selalu buat aku rasa dihargai dan yang selalu beri aku semangat untuk masak lagi untuk dia..
Gambar? Takde amek gambar la... Ade amek satu ni jer. Fruit tart versi gergasi punya.. Sebabnya, kat umah ni takde loyang yang berkenaan.
Yang ketiga, sukacitanya aku nak sampaikan berita gembira kat sini bahawa sekarang ni ada budak comel sedang tendang-menendang dengan aktifnya dalam rahim aku... ^^.. Pengalaman pertama.. memang seronok tau perasaannya bila kita tengok ade pergerakan kat permukaan perut kita, dan kita juga dapat rasakan dengan jelas yang budak comel ni bergerak-gerak ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah...berpusing-punsing... Alhamdulillah sekarang ni kandungan aku baru masuk minggu ke 28. Ada lagi 12 minggu untuk dia keluar dan bergaya dengan baju baru yang abah & ummi sediakan untuk dia... ^^ Ramai yang pesan supaya rajin-rajin berbual dengan bayi dalam kandungan.. Ade banyak kali jugak aku praktiskan.. Tapi biasanya, aku macam rasa malu sendiri sebab macam bercakap sorang-sorang jek.. Pastu pulak, macam janggal sangat rasa sebab dok la membahasakan diri ni ummi.. ummi.. Kikikiki... Sorry baby...
Gambar? Ni gambar terbaru aku.. Perut tak berapa nampak besarnya sebab tertutup dengan jaket... Tapi boleh nampak mukaku yang membulat dan tangan yang penuh isi..uhuk..
Gambar? Ni gambar terbaru aku.. Perut tak berapa nampak besarnya sebab tertutup dengan jaket... Tapi boleh nampak mukaku yang membulat dan tangan yang penuh isi..uhuk..
Seterusnya... hmm, sekarang ni aku dah pun selamat sampai di Denmark.. InsyaAllah akan terus berada di sisi suami di sini sampai dia tamat buat phD. All the best Yang!
Ini gambar aku kat depan Sekolah Senibina di Aalborg Universitet. Universiti tempat suami belajar...
Cerita tentang pengalaman di sini, post akan datang nanti la baru sambung yer... Gambar-gambar pun insyaAllah akan di upload sekali nanti... Khas untuk tatapan bestest friend, Warda.. :) Bak kata encik suami, "jangan risau, panjang lagi masanya nak pusing-pusing kat sini... Amek ler gambar sampai muntah.." Hehehe...
5 comments:
alhamdulillah & tahniah atas kebahagiaan yang melimpah-ruah ceceee hebat tak ayat ila? baca entri kali ni boleh rasa yg k.nina tgh happy.
haip~ semoga ummi & baby sihat di Denmark sana
yeay! yeay! ade orang dah baca! hahaha..desperate je bunyi :P ila, tau la dah men'student'kan diri sekarang ni..hehe.. alhamdulillah happy sgt. ibu mengandung kena kawal emosi. tak bleh sedih2. tak bleh marah2. kikiki... ila, nanti kirim salam kat ain yer.. rindu.. dah lama tak dengar khabar dia...
Finally my dearest nina..ko dpt gak update blog ko..huahhh..lame dh rupenye ko.update..br rini aku bace..sori syg..dok study je..byk assignment dh skang walaupon br 2 kelas.hoho..
Hepi tgk pic.2 ko kat sane..fewitttt..besh..upload eh pic.memanyak...
Take care dear esp.for the baby..haha..
Luv,
Aunty warda..kihkih
Yeay aunty warda gojes dah baca! Hehe.. boleh la nak update sikit-sikit.. A'ah, hari tu dalam email aku memang nak tanya pasal ko punya study, tapi internet mengong waktu tu.. Akhirnya, aku tutup jer komputer. Hehe... Ape-ape hal pun, all the best untuk kehidupan sebagai pelajar semula! ^^
Yeay aunty warda gojes dah baca! Hehe.. boleh la nak update sikit-sikit.. A'ah, hari tu dalam email aku memang nak tanya pasal ko punya study, tapi internet mengong waktu tu.. Akhirnya, aku tutup jer komputer. Hehe... Ape-ape hal pun, all the best untuk kehidupan sebagai pelajar semula! ^^
Post a Comment