Bukan kali pertama aku sambut Aidiladha tanpa keluarga. Jadi tak la rasa sedih sangat... Waktu belajar kat universiti dulu selalu jer beraya sendiri dengan kawan-kawan kat kolej. Balik kampung cuma cuti antara semester, atau lepas siap assignment, habis test or exam. Cuti pertengahan semester pun memang jarang-jarang balik kampung. Tapi ni bukan sebab aku anak derhaka tak ingat kat orang tua yer.... Hmmm... Nasib baik kolej dekat jer dengan masjid, so jalan kaki jer la ramai-ramai dari kolej... Pastu makan sekali kat masjid. Yummy!
Aidiladha tahun ni berbeza sikit sebab pertama kali sambut dengan suami, dan sambut kat negara orang pulak... Mula masak malam raya sebabnya penat sangat petang tu nak memasak. Pagi-pagi dah keluar selesaikan hal residence permit. Nasib baik bukan masak banyak. Aku buat tiga menu jer. Bubur pulut hitam, acar nenas dan ayam masak merah yang pedas giler buat perut semua orang terbakar... Hahaha... Ada sorang tamu tu, kawan kepada Kak Ummie dari Singapura. Dia dari Chechnya, namanya Kherda (tak tau betul ke tak ejaan nama dia ni). Kesian kat dia... Terus sakit perut dan nak pergi klinik. Dia tak la cakap sakit perut sebab makan pedas sangat... Dia kata memang dari pagi perut dia dah meragam. Tapi kitorang faham la tu mesti sebab pedas sangat... Kesian betul kat dia. Sorry Kherda :p Suami pun nak tunjuk skill buat biskut cornflakes... Diakui memang sedap, walaupun ada yang overcooked :p. Pastu dia masak lemang. Chef Mizi pulak masak nasi tomato, rendang daging dan apple pie. Semua sedap!
Menu aidiladha. Gigih Mizi menganyam apple pie di malam raya... Hehe... (Gambar dari Kak Ummie) |
Pagi esoknya waktu nak bersiap pegi solat, salji turun... Sikit jer... Macam hujan renyai-renyai, cuma bukan air yang turun tapi salji... Macam kapas jer terbang ditiup angin. Cecah jer bumi, dia terus cair jadi air. Sekali lagi aku jakun, sampaikan kena bebel sebab lambat, tak sempat nak amek gambar pagi raya sama-sama.... Huuuu....
Suasana di ruang solat dalam dewan. (Gambar dari Kak Ummie) |
Masjid di Aalborg belum ada bangunan sendiri lagi. Cuma ada 2 tingkat 2 lot rumah kedai dijadikan masjid. Kat situ la orang Muslim solat hari-hari, termasuklah solat Jumaat. Masjid ni diusahakan oleh Persatuan Muslim Somalia sebab komuniti mereka memang ramai di Denmark ni. Muslim-muslim dari negara lain pun ikut la sekali menggunakan kemudahan ni. Untuk solat hari raya, biasanya diorang akan sewa mana-mana dewan untuk beberapa jam, sebab nak memuatkan Muslimah dengan anak-anak sekali. Alhamdulillah, untuk Aidiladha tahun ni diorang dapat sewa salah satu dewan di stadium di kawasan kejiranan kami jer... Jalan kaki tak sampai 10 minit pun dah sampai... Hmmm... waktu takbir raya, terngiang-ngiang takbir yang merdu kat Malaysia. Kat sini, diorang bertakbir macam baca buku jer bunyinya... Huhu... Khutbah dalam bahasa Danish. Waktu kami sampai, belum ada ramai orang. Yang aku nampak, semua pakai jubah hitam. Memang berbeza betul dengan Malaysia, putih suci jer bila masuk masjid. Lepas dapatkan saf, aku tertoleh-toleh nak berbual dengan siapa. Sebelah kiri nampak mukanya macam orang dari negara-negara arab gitu. Aku pun konon-konon nak mula berbual dengan bertanyakan kiblat, dengan harapan dia boleh berbahasa Inggeris. Tapi...... Huehhhh. Pastu dah la... Aku senyap jer la, putus harapan nak bercakap. Sebelah kanan pulak takde orang duduk lagi... Tak lama lepas tu sikit-sikit aku nampak orang muka macam orang Asia masuk dewan solat. Ada yang pakai telekung putih, ada yang warna-warni... Hehehe... Aku cari la Kak Ummie yang aku kenal. Orang Singapura tu. Dia la satu-satunya perempuan Asia yang aku kenal waktu tu... Lepas solat, barulah dia perkenalkan aku dengan kawan-kawan dia dari Acheh, dan Kherda dari Chechnya tu. So, kami pun jemput mereka untuk singgah makan dan berbual di rumah kami sebelum balik.
Kak Ummie pun ada bawak buah tangan dia masak untuk hari raya. Dia masak rendang ayam, nasi himpit, sambal tempe dengan kuah lodeh nangka. Sedap hokeh.... Hmm, secara keseluruhannya, takde la sunyi hari raya Aidiladha kami di Aalborg tahun ni... ^^
3 comments:
comelnya rumah!!! sangat fresh nampknya. btw siapkh watak mizi di dalam cerita? ila tertinggal tren haha. selamt hr raya kak nina!
Ila, Mizi tu housemate kami. Sama-sama buat PhD dengan suami akak. Dia orang Perak. Nak jimat kos sewa rumah, so kitorang duduk 3 orang serumah. hehe...
Ila, cepat-cepat post cerita Korea trip! Tak sabar nak baca ni :)
Ila, Mizi tu housemate kami. Sama-sama buat PhD dengan suami akak. Dia orang Perak. Nak jimat kos sewa rumah, so kitorang duduk 3 orang serumah. hehe...
Ila, cepat-cepat post cerita Korea trip! Tak sabar nak baca ni :)
Post a Comment