Tuesday, October 4, 2011

udah-udah ler...

Selama ni aku cuma mengomel sendiri jek melahirkan rasa meluat, tak puasa hati kat TV3 yang makin macam berpesta tayang cerita-cerita seram, tahyul, karut bagai tiap-tiap malam jumaat... what the........... Tak paham betul aku, ape la yang seronoknya cerita gitu??? Makin menghuru-harakan hidup ade laa... Tapi baru-baru ni aku baca dalam akhbar tempatan, Dr. M pun sependapat dengan aku tentang drama-drama tahyul tu. Ni cuma pendapat peribadi dari pandangan perspektif mata aku la...

Pada aku, drama-drama genre seram macam saka, pontianak, khurafat pemujaan tu semua lebih mendatangkan kesan buruk pada masyarakat sekarang, walaupun mesej asalnya supaya boleh buat ikhtibar.

Kita tau yang Islam sendiri pun tak menafikan kewujudan jin. Jadi, bila dah cerita-cerita camtu ditayang sewenang-wenang, korang yang menonton ni secara tak langsung akan mencipta perasan negatif macam takut, seram, terbayang-bayang gambaran buruk dalam diri korang.. Bila benda-benda tak elok camtu asyikla dok main kat dalam otak tu, ia secara tak langsung akan menarik frekuensi negatif datang kat persekitaran kehidupan korang. Cerita yang asalnya cuma dalam drama, mula terjadi di alam nyata. Bahasa mudahnya, jin-jin yang tengok cerita tu sama-sama kat sebelah korang pun seronok sebab boleh belajar nak buat apa nak bagi korang nampak depa... Pastu depa tiru jahhhh... Huhuhu, serammmmm nehhhh.... Pastu tak pasal-pasal mula lah masyarakat yang kurang sedikit fahaman ilmu agamanya, yang singkat sedikit fikiran warasnya, terpengaruh dengan tindakan-tindakan yang tak sepatutnya, contohnya sembelih ayan hutan la, minum itu lah, puja ini lah... Semua-semua tu senang-senang jek boleh tiru kat drama, step-by-step... sejibik-sejibunbunbun.... Budak-budak hingusan yang berani sikit tengok cerita camtu pun, boleh cepat ingat jalan cerita tu, sekali gus menyebabkan kebarangkalian akidah dorang boleh goyang...

Ha pastu lagi satu, pasal cerita-cerita orang jahat ni... Pasal cerita merompak la, bunuh la... Pastu pulak, buat adegan siap tunjuk cara-cara nak pecah masuk rumah orang la bagai......Tu pun tak pasal-pasal boleh jadi "cikgu tak bertauliah" kat budak-budak sekolah, kat remaja-remaja sekali dengan orang-orang dewasa tak sedar diri yang takde kerja ni belajar nak rompak rumah orang, nak ragut beg, nak bunuh orang......

Lagi satu pasal anak derhaka kat mak ayah.. Siap tunjuk anak tu tonyoh makanan kat muka mak la, pukul kepala mak ayah la, terajang sana sini la... Astaghfirullahal'azimmmmm...... Memang aku tukar channel kalau nampak cerita camtu.. Baik tengok cerita friends ke, cerita pasal technology innovation ke.. cheewah!! poyo.

Semua-semua pun tujuan asalnya memang nak bagi teladan, tapi tak semua orang yang tonton, menafsirkan cerita tu dengan baik, dan nampak sudut positifnya..

Mesti ada yang berpendapat, kalau tak keluar cerita camni, Orang media orang seni tak boleh cari makan sebab orang kita memang suka disuap dengan cerita genre gitu... Ada juga agaknya yang kata, "eh sukati penerbit/pengarah tu la nak buat cerita apa, kalau ko tak tengok pun bukan ada kesan kat bisnes dorang!!" Takpe, ni pendapat peribadi aku jek... Korang tak setuju pun takpe... Kita semua ada hak untuk bersuara...

Sekian... aku dah mula rasa takut nak pi tandas >.<


No comments: