Thursday, September 29, 2011

HIJJAS....dan saya

Pertama kali bertentangan mata dengan Hijjas Kasturi...
Wahhhhhhh.....
Teruja!!!!

Hari ni Hijjas bagi talk kat fakulti.

Satu persamaan antara aku dan Hijjas:
Abah adalah sumber inspirasi aku menceburkan diri dalam bidang seni & senibina.
Puncanya, kecik-kecik dulu aku selalu tolong abah buat rumah.
Rumah sendiri, rumah jiran.
Hijjas pun sama....
Eheeeeee
.
^_^

Tapi bezanya,
Hijjas dari kecik-kecik dah kenal arkitek, dah teruja dengan Frank Lloyd Wright, dah ada perasaan dan cita-cita nak bina bangunan cantik-cantik.
Aku tak.
>_<

Bila agaknya dapat peluang pergi Rimbun Dahan?
Kesiannya.
T____T

Monday, September 12, 2011

encik ken masuk hospital



selepas 4 tahun bersama, encik ken kesayangan saya telah mula menzahirkan kemanjaannya.. uhukkk.. di hari saya huru-hara masuk sekolah semula, dia pun dengan tiba-tiba menambah huru-hara hari saya minta dibelai sama.. saya yang kosong tentang kereta terpaksalah menggunakan kuasa abang saya dari jauh untuk bercakap dengan foreman.. pertama kali tengok encik ken diangkat ke sana, dipindah ke mari, dibuka di sana, diganti di sini... sobsss~~~

tapi, hari ni juga saya dah berjaya menambah kosa kata dalam kamus kereta saya... hehe ^^ ... (erppppp, betul ke penggunaan 'kosa kata' tu?). saya dah dengar perkataan 'absorber', 'chambering screw', 'alignment & balancing', 'sport rim', 'tubeless tyre'... ahhhhh whatever... dan saya juga baru tahu yang di tepi tayar ada tercatat tarikh tayar tersebut dibuat! jadi, sebelum membeli tayar, sila pastikan tayar tersebut adalah tayar baru!

pesanan untuk diri saya ---> sila jangan langgar lampu kecil-kecil di sepanjang garisan tengah jalanraya ye.. kalau tak, nanti anda akan terpaksa melabur untuk dua tayar lagi ><... pesanan ni juga untuk perempuan-perempuan yang tak tahu tentang kereta seperti saya :p

sekian, selamat belajar tentang kereta, dan selamat memandu dengan betul juga... jangan cuma pandai 'memandu' ^^

Sunday, September 11, 2011

balik ke sekolah

lepas 4 bulan cuti, esok balik ke sekolah semula.. sekolah senibina. bila cakap pasal balik ke sekolah, terus teringat zaman sekolah betul-betul dulu.. lagi-lagi zaman sekolah rendah. eheeeee...

waktu masuk tadika, sekolah kat tadika kemas dalam tempat kerja abah aku. bila abis kelas, terus lari letak beg kat surau kilang pastu masuk tempat kerja abah. hari-hari macam tu. bila tengahari, barulah ikut abah balik rumah.

masuk darjah 1, tak ingat pulak aku nangis ke tak waktu hari pertama.. tapi yang aku ingat, abah & mak tunggu sampai tengahari kat tepi kelas.. hehe.. mesti bukan aku sorang je ada pengalaman macam tu kan? waktu tu pakai pinafore, sampai darjah 2. masuk darjah 3, dah mula belajar pakai baju kurung, selang-seli dengan pinafore. tapi tak pakai tudung... aku mula pakai baju kurung & tudung terus waktu darjah 4..

pergi sekolah naik bas apek pendek, campur sekali dengan budak-budak sekolah Yu Ming. kalau tak silap, darjah 6 barulah mengada-ngada pergi sekolah naik basikal... kalau naik basikal waktu hujan, abah atau mak akan tolong ikatkan kasut aku dengan plastik supaya kasut tak kotor & tak basah...

aku masuk sekolah agama waktu umur 9 tahun. kalau cakap pasal puasa, memang teruk sangat aku ni Ya Allah.... selalu sangat tengahari nak balik rumah.. bila jiran tanya kenapa balik tengahari, aku cakap nak minum... lepas tu baru pergi sekolah agama.. haha.. kesian kat mak abah jenuh pujuk tak bagi buka puasa.. tak senonoh... yang paling aku ingat, pernah sekali tu, mak nak ajar puasa penuh tapi aku gila-gila punya tak tahan sampai nangis guling-guling bawah meja.. pastu agaknya mak kesian mak bagi la minum akhirnya.. tapi yang terkilannya, tepat-tepat aku telan air tegukan pertama, dengar azan dari masjid... huhuhu...

bila basuh kasut, keringkan bawah peti ais.. ehee... bila lepas kapur kasut pun mesti letak bawah peti ais.. pastu pemadam 20 sen yang ada line hijau atasnya tu selalu jadi mangsa potong dua sebab nak buat main.. mengong... kalau ada subjek lukisan, abah selalu tolong lukiskan untuk aku, terutama kalau kena lukis orang.. hehe...

buku matematik pulak jadi mangsa main conquer.. alaaaa permainan yang sambung-sambungkan titik tu... bila titik bertemu, kita dapat tawan pihak lawan.. kalau tak pun, main lukis-lukis pelan, sebab dulu pernah ada cita-cita konon-konon nak jadi arkitek.. kalau tak silap waktu tu darjah 4.. ehehe... ni kalau encik tunang baca ni, mesti dia gelak.. tak tau la dia ingat lagi ke tak, ada satu masa tu, kononnya dia la yang anjurkan pertandingan lukis pelan rumah, sebab dia punya cita-cita nak jadi arkitek waktu tu sangatla kuat... hadiahnya pasu bunga perhiasan meja dari sarawak... aku ler yang menang hadiah tu ;) tak sangka pulak sekarang ni, kami berdua bertukar cita-cita.. aku meneruskan cita-cita dia, dia masuk ke bidang yang aku suka.. hahaha...


tapi sebenarnya cita-cita budak sekolah rendah ni memang berubah-ubah tiap-tiap kali ditanya.. aku pernah ada cita-cita nak jadi jurutera, akauntan, doktor pakar mata, arkitek, cikgu, surirumah pun pernah!! tapi dulu-dulu main sebut jek.. bila cikgu tanya, jurutera tu kerjanya macammana, aku ternganga...

waktu darjah 1, aku ada abang darjah 6.. bunyi loceng waktu rehat je, aku terus pergi tunggu abang kat tepi kelas dia, sebab nak ikut dia makan kat kantin dengan kawan-kawan dia... kesian kat abang kan, mesti dulu dia malu jek sebab aku selalu je ikut dia.. haha, nasib kau la abang ;)

zaman sekolah rendah dulu, aku pun selalu pergi sekolah bawak kerepek ubi pedas jiran buat, tolong jualkan untuk dia kat sekolah.. upahnya, sebungkus kerepek.. walaupun cuma sebungkus, tapi dulu aku anggap lumayan, sebab kerepek pedas dia memang sedap!! 20sen je harganya... kalau sekarang, saiz tu mungkin harganya 50sen... tapi kalau 50sen pun, isinya tak sepadat harga 20sen zaman dulu...

esok, nak masuk sekolah semula ni... kalau sekolah rendah dulu, mesti baju sekolah mak dah gosokkan, kasut sekolah mak kapurkan, beg sekolah abah dah kemaskan... tapi sekarang, aku belum kemas apa-apa pun nak bawak...

hmmm, betul-betul teringat zaman tu..............

Friday, September 9, 2011

I H4V3 57R0NG M1ND...D0 Y0U?




1 700K 7H15 FR0M FR13ND'5 W4LL 1N F4C3B00K...H3H3H3333...


"if you can read this, you have a strong mind!


7H15 M3554G3 53RV35 70 PR0V3 H0W 0UR M1ND C4N D0 4M4Z1NG 7H1NG... 1MPR3551V3 7H1NGS!!! 1N 7H3 B3G1NN1NG 17 W45 H4RD BU7 N0W, 0N 7H15 L1N3 Y0UR M1ND 15 R34D1NG 17 4UT0M4T1C4LLY W17H0U7 3V3N 7H1NK1NG 4B0U7 17... B3 PR0UD!! 0NLY C3RT4IN P30PL3 C4N R34D 7H15..."


7H15 15 50000 FUN!! R34LLY M4D3 MY D4Y B3C4U53 1 C4N R34D 7H47!!! 1 C4N 3V3N R3-7YP3 7H3 WH0L3 53N73NC35 3451LY... MY M1ND 4UT0M4T1C4LLY R3PL4C1NG 7H3 L3773R5 W17H 4PPR0PR1473 NUMB3R5!! 4M4Z1NG!! KU454 4LL4H.... 5UBH4N4LL4H....

C0M3 0N... G1V3 17 4 7RY!!! ^_^

Wednesday, September 7, 2011

budak-budak raya

Cerita pasal raya, semua orang pun ada cerita masing-masing kan. Ni aku nak cerita pasal budak-budak datang raya rumah mak abah aku kat kampung...

Biasanya setiap tahun, raya kedua & ketiga rumah mak abah aku memang tak sunyi dari tetamu... Dari pukul 10 pagi membawak ke pukul 1 pagi, memang nak lelap mata sekejap pun tak sempat... Kalau dengar jiran dok kata laman rumah kitorang tu keretanya dah macam buat kenduri kahwin, tu dah biasa dah kitorang dapat.. Kalau rezeki orang lain pada duitnya, rezeki kitorang pulak pada keramaian tetamunya menziarah... Hehehe... Syukur Alhamdulillah...

Wokeh, tetengah aku & akak ipar aku berehat jap kat depan tv sementara rumah kosong sekejap, tetiba dengar ada orang beri salam...

"Assalamualaikummm~~~ kami datang nak beraya..."

"Assalamualaikummmmmm~~~~ kami datang nak beraya..."

Kitorang jengah kat sliding door, tak kenal pun rupa budak tu... Entah dari kampung mana ntah... Tapi sebab teringat zaman kanak-kanak kita pun camtu gak kan, cumanya, elok sikit la dari budak-budak ni sbb takdela main terjah je rumah orang yang tak dikenali semata-mata nak kutip duit raya. Jadinya, bukak jugakla pintu tu jemput diorang masuk...

Masuk-masuk je pintu rumah, seorang dari budak-budak tu tetiba cakap cenggini...

"Kak, kitorang tak nak minum tak nak makan tau..."

Aku & akak ipar aku punya la terkejut... Wah-wah, berani betul diorang ni...

"Ehhh?? Kenapa???"

"Dah sakit perut la kak..."

Hahaha, lawak la budak-budak ni... Pastu diorang mula-mula duduk kat sofa, pastu tetiba jek boleh pulak yang sorang lagi datang duduk ikut kitorang melepak depan tv. Ternganga la jugak aku & akak ipar aku tengok budak-budak ni... Berani sungguh... Berbeza dengan budak-budak zaman dulu... Haish.... Tu belum cerita pasal nak balik tunggu duit raya lagi tu... Haiiiii... Budak... Budak....

Monday, September 5, 2011

cerita hari kejadian

Selamat hari lahir Nina! Ahaksssss....

Cerita tentang hari lahir ni, teringat dulu zaman belajar kat Matrik Kuantan. Kalau siapa yang sebaya aku, zaman kita dulu kan kita diagih-agihkan pergi matrik mana ikut tarikh lahir kita kan? Yang aku tau, Londang untuk bulan 1 dan 2, Penang untuk bulan 7 kot... Tempat aku belajar, Kuantan, untuk yang lahir pada bulan 9.

Ingat lagi, aku ada 8 orang kembar kat matrik dulu... Amy & Nella la yang paling aku ingat... Ceritanya, waktu kitorang peperiksaan akhir kat matrik dulu jatuh sepanjang bulan 9.. So setiap hari bila masuk je dewan peperiksaan, mula-mula sekali lepas baca doa, pegawai pemeriksa akan umumkan dulu nama-nama yang lahir pada hari tu dengan ucapan hari lahir sekali... Hehe... Lepas tu baru la mula jawab soalan... Waktu hari lahir aku dulu, terkena kertas Kimia... Haish... subjek paling tak digemari! Nasib baik result keluar tak berapa mengecewakan... Berkat sempena hari lahir kot. Hahaha... Apa pun, yang pasti, sambutan hari lahir kat matrik tu la yang paling unik aku ingat sampai sekarang... Hehe...

Hari ni, subuh-subuh dapat hadiah istimewa dari mak abah.. Hadiah ciuman di pipi ^^ ... Dapat subuh-subuh sebab aku bertolak balik ke KL lepas subuh hari ni... ILU mak abah!!

Untuk semua kenalan, keluarga, saudara-mara, kawan-kawan yang mengingati, beri ucapan dan doa, terima kasih banyak-banyak... Semoga kalian pun akan sama-sama mendapat keberkatan doa-doa kalian untuk aku, Amin...

Selamat Hari Lahir Nina!!! ^^

Saturday, September 3, 2011

cerita masak

Heheheheh...
Dengan bangganya aku nak umumkan kat sini bahawa aku berjaya pecah rekod sendiri untuk tak membeli langsung makanan kat bazar ramadhan untuk tahun ini!!!!!
Hoyeah!!!! Tahniah untuk diri sendiri ^^

Untuk minggu pertama, aku keluar pejabat pukul 5 petang, sampai rumah pukul 7 malam. Ada lebih kurang 29 minit untuk sediakan makanan berbuka. Apa lagi, cabar diri sendiri ler jawabnye..... Tapi, sebab memang dah beringat dan dapat bayangkan kesesakan teruk akan berlaku, jadinya aku memang dah sediakan semua bahan nak masak untuk berbuka, lepas waktu siap sahur subuh-subuh... Tapi jenuh gak la, sebab tak biasa...

Untuk minggu kedua dan seterusnya, ofismet ajar ikut jalan lain, tapi kena bayar tol, tapi boleh sampai rumah dengan pantas!!! Lebih kurang pukul 6 petang aku dah berjaya sampai rumah.... Hahaha, tak perlu la nak kelam kabut lagi...

Yang paling seronok, kos makan untuk bulan ramadhan kali ni memang jauh...jauhhhh...jauhhhhhh... lebih jimat dari tahun-tahun sebelum ni... Cuba bayangkan, kalau sebelum ni sekali pegi Bazar Ramadhan, memang tak sah kalau tak belanja cecah RM8-RM10. Ye la, kalau dah menu utama je RM5, campur air RM1 atau RM2, campur kuih utk sahur RM2... Kalau dah tiap2 hari camtu, seminggu mau cecah RM 70.

Tapi Ramadhan kali ni, aku pergi belanja kat pasar basah seminggu sekali jek, kosnya lebih kurang RM20, dapat ayam, ikan, sayur, udang... siap boleh makan untuk 2 orang untuk sahur dan berbuka. Maknanya, kalau seorang, seminggu cuma RM10... Jauh kan bezanya... Seronok.. Seronok... Makin semangat masak.. Hehehe...

Ni antara gambar yang sempat diambil. Yang lain, dah selamat masuk perut sebelum sempat amek gambar :P