Sunday, September 12, 2010

raya lagi lah!

Wah! Wah! Tahun ni ramai yang sedondon ungu. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tema warna keluarga aku tahun ni 'colourful'.

Waktu raya macam ni, perkara paling seronok sekali pada aku ialah saat nak dapatkan momen terbaik mimik muka anak-anak buah aku. Tahun ni dah tambah lagi sorang.

Syahmi baru 2 tahun...Kalau sebelum raya benda comel diorang ialah,Aimi dan Syahmi tunjuk sayang dia kat kitorang dengan cium pipi kanan kiri & mulut, waktu raya tahun ni benda paling comel ostat gendut ni memang tak lekang dari songkok dia, walaupun nak pegi mandi, nak tido, duduk kat meja makan, bangun tido...Semua la... Ayat favourite dia "Syontop adek ane?"


Aimi pulak tengah seronok nak belajar solat...Dia dah hafal doa makan, tapi pelat lagi la hihi...



Thursday, September 9, 2010

Dem! Dem! Dum! Esok Raya!

Esok 1 Syawal.

Owh, esok juga hari lahir Along!
Kalau ikut kalendar Islam la hihihi...
Selamat hari lahir Along!
Sob...Sob...Sob...Tahun ni takde duit raya dari Along :(

Cari-cari gambar raya.
Jumpa gambar ni.
Credit to Lei Aziz for the photos.

Bersama Bos No. 4...Owh aku bukan bos. Aku duduk sebab aku sorang perempuan.
Dan kesengalan bermula tanpa bos...


Ni gambar raya tahun lepas.
Design Department & Production Department of
Arkitek Rekacipta Sdn. Bhd. Headquarters.
Kecil je kami kan?
We used to be big. We shrinked after the recession back in 1998.
Sebab tu la ARSB siap ada branch kat JB.
Still standing until now.

Kalau ada rezeki, aku nak tanya kat bos no. 3 camni lagi:

"Mr. XXX, when are you going to transfer me to JB Branch? It has been stated in my offer letter though..."

Nak tuntut janji bos no. 3 itu lagi... Ngehehe...

Dulu sebelum sambung belajar dah pernah tanya camtu.
Dan sambil sengih-sengih dia bagi alasannya.
Dan aku pun rasa alasannya boleh diterima pakai.
Katanya, aku belum cukup 'berisi' nak dilepaskan ke JB.
Ok bos! Cepatla isi saya...Lalalala~

Nanti lepas habis Part 2, nak tanya sekali lagi. Tapi nak tambah sikit kasi ugut sikit...hahaha!

"Mr. XXX, when are you going to transfer me to JB Branch? It has been stated in my offer letter though...Saya ada cable keje dengan opis lain kat JB tau!...
ha takut tak? takut tak?"

Mesti dia jawab camni:

"Pergilah... Jika tidak, kau akan menyesal..."

Atau pun camni:

"Owh please don't Nina! We still need you here! I double up your sallary starting this month!"

Dan kemudian aku pun menjawab dengan nada yang gembira camni:

"WOW! Thank you so much Mr. XXX! I'll stay!"

Ok... Itu tipu dan angan-angan.
Siapa nak kau!

T_T


Berbalik kepada cerita gambar.
Waktu ni kami pakat ramai-ramai pakai baju tona warna biru...Hehehe...
Tapi ade yang degil jugak tak nak pakai.

Ape-ape hal pun...
Di kesempatan ni saya nak mintak maaf pada semua.
Atas segala salah silap selama kita saling mengenali.
Semoga kita semua sama-sama dirahmati oleh-NYA
Sepanjang bulan Syawal ni.
Hingga bulan Syawal akan datang
Dan disambung ke Syawal seterusnya

Dan seterusnya

Dan lagi

Lagi

Lagi

Lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Infiniti

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


Rindu nak dapat kad raya dari kawan-kawan yang macam ni:


Monday, September 6, 2010

saya ada ramai kawan rupa-rupanya!

Sebelum tu, nak umumkan ni...ini adalah entri rojak... (manglish la)

Fuhhhhh!!! Seksa pin-up 03 dah lepas! tapi 20 Sept ni (Isnin) betul-betul naik cuti sem dan cuti raya ade pin-up 04! 30% pulak tu!!! Adeeiiiiiiii.....Alamat cuti raya serupa tak cuti la...sob...sob...sob...

Btw, tolak tepi la study things and so on ni...Dahla semalam was my birthday but unfortunately i don't really enjoy the joyfulness of being a birthday girl because of this crazy pin-up! huhuhu... Lepas tu pulak, a day before my birthday i was envied by cough, sore throat and fever...Time-time busy ni la benda-benda tu semua nak cemburu-cemburu kat kesihatan i yang tengah baik ni...cis! cis! I was not in the mood until yesterday evening when cekma called me for birthday wishes and invite me to have a break fasting at her place! she cook laksa utara! Yeaaa!!I yang was slept during that time underneath my blanket terus bulat mata dengar perkataan laksa...hihihi...

I also would like to thank to my whole family for sanggup bersengkang mata sampai pukul 12 malam sebab nak wish me a happy birthday! Hihihi...saya sangat sayangkan kamu semua! Abah, Mak, Abang, Kak Ros, Iza, Didi...Also my niece and nephews, Aimi, Syahmi and baby Syamil eventhough they don't understand it...

Okay, sedih sebab masih berada di KL T_T

Also gazillion of thanks to all friends, relatives, lecturers, bosses for your wishes through facebook wall, facebook private message, sms, call, including the belated wishes... kalian memang terbaikla....ye la, kat facebook je ada 36 wishes (jumlah yg agak besar bagi orang yang tak femes macam aku :P)...belum masuk sms n call lagi...Ingatan kalian memang tak terbalas dengan kata-kata la...Juga kepada yang sudi belanja I makan sebagai hadiah hari lahir, thanks a lot dear...Touching ni...sob...sob...sob...

So with that, I wish every single wishes for me, goes back to each one of you kay!

Dan sekarang saya sedar yang saya dikelilingi oleh teman-teman hidup yang baik-baik dan mulia-mulia belaka, dari pelbagai usia, berbeza jantina, pelbagai golongan...Semoga hubungan baik kita semua terus mendapat rahmat dari-NYA...



Okay babai! nak layan touching :P

Sunday, September 5, 2010

kek hari jadi RM0.00


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan

nina, zarina, ninazarina, uda, na, lina, rina, cekna, ninin, nin, ninot, nat

Allah selamatkan kamu

saya sedang seboooooooookkkkk sebab esok ada pin-up! T_T

Saturday, September 4, 2010

ninot dan designworks

Takde cerita best pun sebenarnya
Cuma
Resign dari Designworks ni dah 3 tahun
Dan dalam masa 3 tahun tu, macam-macam hapdet rupenye

Siti dah kawin dan ade anak 1, dagu masih mantain bulat! hehe
Abg Mie rambut dah panjang sampai pinggang
Siap sanggul lagi! Owh, dah ada uban gak...
Lan dah kawin, dorang kata muka bini dia macam muka aku
Wan & Nani dah kawin, Nani tengah pregnant 6 bulan
Alip camtu le jugak, tapi makin stylo!
Encik Razip dah quit?! macam tak caye jek...
Yang lain-lain, aku dah tak kenal dah...

Wak? Ehem...Wak maintain macho..hehe
Macho sebab dia belanja aku makan beb!
Terima kasih Wak!
Wak ni tokan besar! Stakat belanja aku makan tu, celah gigi dia jek kan wak?
( aircond 30 horse power! ^_^ )
Ko tau 'tokan' tu apa Wak??

Tapi Wak, aku ikhlas ni
Ko memang maintain, tak berubah la...
Dan maintain suka 'bahan' aku jugak hukhuk

Tapi ada satu yang buat aku ingat kat diorang ni
Takde orang lain yang panggil aku

' N I N O T '

Selain dari diorang

Dan malam tadi

"Not, ko dah makin membesar la!"
"Ala Not, lama tak gonjeng-gonjeng ngan ko..."
"Wei Not! Apsal muka ko dah lain?"
"Ni Ninot ke?"

Hurm...
Teringat bila Puan Bos pun akan jerit "Ninoooootttttttt!!!" hanya bila dia marah aku...
Tak boleh belah...

Masuk Arkitek Rekacipta
Ninot dah takde
Bertukar jadi

' N A T '

Apa-apa hal pun
Malam tadi sangat happy la
Iftar dengan Designworks
Iftar ke-5 aku untuk Ramadhan tahun ni
Terima kasih kerana sudi menjemput aku


Okay babai! nak sambung design... Isnin ada pin-up!