Thursday, January 6, 2011

home made popia

Presenting...

My favourite, home made POPIA GORENG!

hehehe....









nota kaki:
pengisian masa terluang di awal semester sementara belum sibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuk...

Tuesday, January 4, 2011

tv zaman jepun

Saat-saat perkhidmatan tv percuma oleh pemilik tv kat umah sewa ditarik balik, maka waktu ni la tv ala-ala zaman jepun ni amat-amat dihargai..Hehehe

B&W...Siap ada radio & tv tuning tu! Tapi manual la...Kena pusing slow-slow nak tune channel...Hehehe...Tapi ok ape! Daripada tak dapat tengok tv langsung kan...Tapi tengok bola final Malaysia-Indonesia hari tu pakai tv besar ye...

Amacam...Korang ade ke tv ni lagik?? :)


Tengah Ain syok-syok layan drama His Beautiful sambil kenyit mata sebab tak nampak subtitle halus sangat, dan sambil-sambil aku membelog entri ni, tetiba je black out! Hampeh!

So kami satu rumah pun melepak kat ruang tamu sambil makan nugget ditemani 2 batang lilin...Thanks Isz sebab rajin gorengkan nugget walaupun dalam gelap! Hehehe

Monday, January 3, 2011

twenty ten to twenty eleven

Don't bluff we were never been tested by HIM back in twenty ten...
And don't think that we will not in this twenty eleven...

"Azab Allah Ta'ala itu jauh lebih besar apabila kau mengetahui."

Manusia diuji dengan:
1) dirinya
2) kesihatannya
3) anaknya
4) harta bendanya

sehingga dia bertemu dengan Allah, tidak ada dosa pada dirinya kerana dia diuji...

"Allah mengangkat kedudukan (status) hambanya dengan diberikan ujian kerana menguji kesabaran."

-sumber: usrah DBKL-

Semoga kita semua semakin tabah menghadapi ujian 2011.

Wednesday, December 29, 2010

cantik...ape kes?

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

-tak tau quote dari siapa-

tapi....



mata putih aku KUNING!! ape kes??

Monday, December 13, 2010

My E-Day

11 Disember 2010
5 Muharam 1432

Alhamdulillah...
Majlis pertunangan saya bersama encik tunang telah selamat diadakan dengan serba sederhana tetapi meriah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat, yang sama-sama bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada yang sudi hadir, ahli keluarga, saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan, yang dekat dan yang sanggup datang dari jauh untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.

Sebagai menghormati permintaan encik tunang, gambar-gambar tidak akan dimuatnaik ke Facebook. Hanya beberapa keping gambar dimuatnaik di blog. Maaf banyak-banyak... InsyaAllah, cerita dan gambar-gambar untuk majlis besar akan datang akan dikongsi bersama.






Kepada encik tunang:

Saya yakin dengan awak... Jaga saya elok-elok naaaaaaaa ;)

Btw, sirih junjung awak buat tu cantik, tapi saya buat ni lagi cantik kan??? Hehehe...