Monday, June 27, 2011

kisah kasih

1 Syawal 1430 H

Seperti tahun-tahun yang sudah, raya tahun ini tidak banyak bezanya. Masih lagi juadah yang sama disediakan bersama-sama. Yang berbeza hanyalah cara masakan, sama ada dimasak rendang, masak kicap, masak kari, masak merah, asam pedas dan pelbagai lagi. Juga yang ketara bezanya, raut wajah ayah dan ibu yang semakin ketara kedutannya, dan kudrat mereka yang jelas kian sirna. Namun, ibu masih lagi gagah bertanya pada setiap anak akan makanan raya yang ingin dinikmati kali ini. Ibu tidak pernah jemu untuk memasak yang terenak, biarpun ada ketika anak-anak seperti dibutakan mata tidak melihat pengorbanan dan kesungguhan ibu demi mencetus gembira mereka.

Ayah tidak pernah jemu membantu ibu. Dengan pergerakan yang terhad ekoran tenaga yang dipinjamkan untuk menggerakkan anggota badan seakan ditarik sedikit demi sedikit, ayah cekalkan hati menerjah arus kesibukan bandar mencari yang dikirim oleh ibu. Ayah tidak pernah merungut, malah terus cekal menyelinap hatta ke kedai kecil dan jauh sekalipun demi memenuhi hasrat ibu mengukir senyum dibibir permata hati.

1 Syawal, seusai solat sunat Aidil Fitri, majlis kesyukuran diadakan bermula dari rumah Allah, terus bergilir-gilir ke rumah-rumah tetangga yang ingin menurut serta. Hanya sesudah selesai tanggungjawab kepada masyarakat, ayah pulang mengetuai majlis yang satu ini. Namun kali ini, agenda ayah sedikit berubah. Agenda yang benar-benar meruntun jiwa si anak. Sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan ibu ayah, diikuti anak-anak.

Kakak hatinya kental. Kata ayah, hati kakak saling tak tumpah seperti hati ibu. Acapkali hatinya terluka dek kata-kata kesat berbaur cemburu yang entahkan dia sendiri tidak jelas bahagian mana silapnya. Untuk setiap yang dikurniakan oleh-NYA, dia hanya mampu bersyukur dan terus berdoa. Acapkali juga dia beralah demi menggembirakan hati mereka. Ibulah yang tidak pernah penat menenangkan hati kakak agar terus redha dan terus beralah demi darah yang suci itu. Kakak tidak mudah redup matanya berkaca hanya kerana sentuhan jiwa, cacian nista mereka. Namun mudah saja air jernih itu menampakkan kesetiaannya yang teguh di sebalik tembok besi, ekoran kisah melibatkan ayah ibu walau sebesar zarah.

Dalam ketenangan, kakak bersimpuh hormat lalu bersalaman mengucup tangan ayah, menyusun kata melafaz maaf dan doa buat ayah, satu persatu. Namun di pagi yang suci itu hati kakak benar-benar tersentuh. Tidak pernah terlintas dibenaknya mendengar rayuan maaf dari seseorang yang paling dihormati dan dikagumi. Kata pohonan maaf dari seorang ayah kepada si anak. Sungguh, hatinya terlalu hiba, terlalu tersentuh.


“Kakak, ayah minta maaf sebab ayah tak jaga kakak baik-baik.”


Mendengarkan sahaja ayat ayah yang pertama itu, mata kakak kabur, dipenuhi permata jernih yang kian lama bersembunyi. Esakan dan sedu-sedan kakak terus memecah sunyi.

Ayah turut menangis, namun tetapkan hati meneruskan kata. Sepatah demi sepatah.


“Ayah minta maaf sebab ayah biarkan kakak membesar sendiri. Ayah betul-betul minta maaf sebab ayah tak nampak kakak dewasa. Ayah menyesal sangat sebab ayah tak dapat besarkan kakak dengan tangan ayah sendiri. Kakak tinggal jauh dari ayah sejak kakak umur 13 tahun. Kakak belajar jadi anak yang baik dari cikgu-cikgu dan kawan-kawan, bukan dari ayah. Kakak belajar berdikari, belajar basuh baju sendiri dari kawan-kawan, dari pengalaman. Kakak jarang mengadu masalah yang berat, kakak belajar selesaikan masalah-masalah kecil sendiri. Ayah tak nampak kakak belajar dan berubah dari kanak-kanak kepada gadis. Kakak beli biskut sendiri, beli baju sendiri, beli sabun sendiri. Maafkan ayah, kakak."


"Bila masuk universiti, kakak semakin duduk jauh dari ayah ibu. Bila mula kerja, kakak dapat tempat yang jauh dari ayah ibu. Nanti bila kakak habis belajar, satu ayah minta, kalau kakak masih belum kahwin dan ayah masih ada, kakak baliklah, duduk dengan ayah ibu. Ayah nak tengok kakak membesar depan mata ayah. Ayah nak rasa nikmat jaga kakak hari-hari.”


.
.
.
.
.



Esakan berantai ke arah ibu, abang adik.



Hingga saat kini, kata-kata ayah masih jelas bermain-main di pendengaran kakak. Tiap kali itu jugalah, air mata kakak pasti tidak malu membasahi pipi kakak.


. . .


Selamat Hari Bapa, Abah.


Saturday, June 25, 2011

tudung oh tudung

Berbekalkan semangat yg ntah tak tau datang dari mana, hari ni aku berjaya menapak kat Jalan TAR...Hamek ko! Sakit tak hengat punye kaki makcik ni haaaa... Taktau la bape kalori berjaya dibakar hari ni... Heheh... Bagus!

Okeh, misi utama sbenanya nak cari tudung. Dah lama teringin nak pakai tudung style Hana Tajima. Korang kenal Hana Tajima? Lama dah aku folo cerita dia. Nah amek link... Minah ni kiut betul la haiiii... letak la pesen ape pun kat badan dia, santek je jadiknye hahhh... Tapi semenjak dua menjak ni, sume orang tengah demam Hana Tajima... lagi-lagi yang anak-anak cicak ni.. Pada pendapat aku, yang anak-anak cicak ni pakai tudung agak mengarut & sarat & berat la nak banding dengan yang dah dewasa. Okeh dewasa kat sini aku define as yang dah grad la.. Yang dewasa ni dah pandai nak "mix-n-match", buat jadi santek...

Tapi hari ni yang buat aku terkejut sangat-sangat, demam Hana Tajima ni bukan stakat kat orang-orang muda je weh... Sampai kat orang-orang tua pun ada! omaigod... Memang tergamam la jugak bila nampak makcik pakai camtu kat Jalan TAR tu tadi.. Haishhh... Takmo komen bebanyak, bayangkan sendiri la yek...

Adios.

Ahaks... I've got a very cute name I could say! And I'm gonna make it as my signature here..Hiksss. I took it as a compliment from my juniors... Who cares! Hahaha

Yang benar,
Kak Dede

Thursday, June 16, 2011

sesi menyah-bukti..hehehe

Punye la lama tak tulis apa-apa kat sini..hihi...

Hari tu kemas-kemas storage box kat kampung halaman, buang apa-apa yg patut dibuang... Kemas punya kemas, sekali terjumpa se-bundle surat-surat jiwang zaman bercinta dulu kala... Hahaha, bila baca balik, punye la lawak... Anak cicak baru menetas betul!!! Hehehe...

Petang tadi, sesi menyah-bukti diadakan, ni la hasilnya, ada separuh lagi dah selamat masuk bakul sampah...


For the two,
I'm sorry but I don't want to be friend of yours... Revert back your request.

For the other one,
Thank you for being nice, sincere, loyal. Thank you for the thought, but I'm just not into you. You are such a very good friend that I shouldn't ignore and hurt at. By the way, congratulations! She suit you the best!

For the fairy tale,
I've found mine ^_^... So, good luck in searching for the soul ;)



If people always say "let the memories remain", I don't.
I don't want to live with that memories.

All I want is to live in the real world,
a tranquil mock heaven created by us as a stepping stone to the real one,
where there is a sweet honey living her life lovingly with the bee,
blessed by The Creator,
scented with gardens of herbs,
encircled with flourish colourful blossoms,
lungful with His unsullied air...

The honey is me, the bee is him, the herbs and the blossoms are our children...
InsyaAllah...
Only then I will say,
"let this memory remain..."

^^

Thursday, May 5, 2011

hakmilik

Buah fikiran... Kadangkala nampak macam remeh untuk diletak label 'hakmilik'.
Tapi kalau pinjam dari orang lain, patutnya perlu letak 'diambil daripada' kan?

Oleh itu...

Pemilik tak salah kalau tak letak 'hakmilik' terhadap buah fikirannya.
Pemilik juga tak salah kalau rasa macam 'darahnya berhenti mengalir' bila buah fikirannya yang tak berlabel 'hakmilik' terpampang dalam penulisan orang lain.







Aku bukan Mies Van der Rohe atau Le Corbusier atau Frank Lloyd Wright, tapi...
ni nak kena label '-nina-'
ke ni?

Saturday, April 30, 2011

TBS ---> mini airport


Waktu kat berita kecoh pasal pengusaha-pengusaha bas ekspres tak nak pindah ke TBS ni, memang aku tak amek peduli pun. Pastu malam semalam pertama kali nak pegi, baru la menjajar-jajar cari jalan nak pegi sana nak beli tiket balik kampung. Nasib baik ada kawan-kawan yang nak teman, sebab diorang pun tak pernah sampai ke TBS ni.. Kehkeh…

Hah... kepada sape-sape yang tak tau TBS tu ape.. Ialah TERMINAL BERSEPADU SELATAN, berhubung dgn KLIA ERL, STAR LRT, KOMUTER, tak pasti plak ada bas pegi LCCT ke tak... Tapi yang paling aku nak bagitau sangat-sangat, terminal ni untuk bas ekspres hala selatan je... SELATAN jek ye...kehkehkeh...

Respon pertama aku waktu pandu masuk tempat letak kereta TBS ni “Wow, feel dia macam masuk parking kat EXPO Shanghai la ain!”.. Ain pun setuju dengan aku.. Lepas letak kereta, kitorang pun bejalan kaki naik tingkat atas, ikut arah papan tanda jek…

Sampai tingkat atas kat pintu masuk utama, kitorang disambut dengan papan tanda “DEPARTURE-ARRIVAL”.. hah lagi sekali aku kata “wow!”… macam masuk airport! Tapi gambar kat papan tanda tu gambar bas la, bukan gambar kapal terbang..tapi cool….


Perancangan ruang dalam TBS ni pun memang macam airport.. Kaunter tiket bukan lagi ikut syarikat bas macam kat Pudu.. Semua kaunter atas nama TBS, jual tiket ke semua tempat arah selatan semenanjung.. Waktu beli tiket, cakap je nak pergi mana, pastu nanti dia senaraikan bas-bas yang ada. Tak payah dah nak risau ulat-ulat tiket dok sibuk kejar kita suruh beli tiket bas dengan dia macam kat Pudu tu…

Waktu aku beli tiket, aku dengan selambanya cakap kat kakak kaunter tu camni;

“Kak, saya pertama kali datang sini ni! Ape saya nak kene buat ni?”.

Jadi dia dengan baik hati bagitau aku cara-cara beli tiket..Ada 2 skrin computer, 1 menghadap penjual tiket, 1 lagi menghadap pembeli. Pembeli boleh pilih tempat duduk dalam bas. Lagi satu, skarang dah boleh beli tiket pergi-balik! Yeayyy!...Pastu tiba-tiba je…

Kakak kat kaunter tu cakap “Dik, mintak kad pengenalan?”.

Aku pun “Wah, nak buat ape kak?”.

Dia kata “Hehe…kata mini airport!”

Aku pun “Ooo ye gak kan…hehe”.


Naaaa...ni le dia tiket bas ghope baru, aku beli return ticket... Hah hamek, kat tiket siap ada nama aku beb! Nasib baik no. kad pengenalan dia tak print skali! Jap jap, ada lagi satu… Kat TBS ni bukan saja ada kaunter tiket bas gaya macam kaunter check-in kat airport tu, tapi siap ada kaunter pas berlepas tu! (boarding pass)

Sementara tunggu nak masuk Balai Perlepasan (ni bukan aku saja-saja panggil ek..memang tulis kat situ Departure Hall...), aku pegi le jejalan pusing tengok kedai ape yang ada.. ada restoran-restoran macam Kenny Rogers, kopitiam, 7e, kedai kasut, kedai kosmetik... Tapi aku tak jumpa kedai jual coklat macam kat airport... Masuk 7e, aku jumpa nasi lemak bungkus ala-ala dalam kapal terbang.. hehehe...nak feel punya pasal, beli la satu kononnya nak makan dalam bas.. Tapi pikir-pikir balik, kang tak pasal-pasal satu bas bau! so makan la kat situ jek.. Ada gaya kan?

Ni kat Lobi Perlepasan, nak turun ke Balai Perlepasan.. Siap ada polis cek tiket kita sama ada betul ke tak nak masuk ke pintu mana...

Haaa ni la rupe Balai Perlepasan tu, macam gaya tunggu nak naik flight kan? hehe.... Ada banyak gate, tak silap ada 26 pintu kot! Ada paparan jadual perlepasan skali... Kalau ikut pengalaman pertama aku ni, Alhamdulillah, bas memang on time..

Ok... tibalah giliran aku nak nak 'flight'... flight Mayang Sari... hehehe... kena queue beb, nak kene punch tiket dulu... Waktu ni aku dah terbayang bas yang cantik dan selesa dengan cabin crew skali walaupun untuk menyedapkan hati jek.. huhu...

Tapi tu la, yang tak best nye, aku dah biasa amek bas VIP (yang ada single seat), tetiba jek masa naik bas aku tengok tempat duduk dia yang couple-couple tu pulak... haish... terus hilang perasan gembira tadik! Rupa-rupanya bas yang selalu tu rosak, ganti dengan bas ni.. hmmmm.... hampeh jek...

Tapi takpe la... Yang pentingnya...

Dah takde lagi rasa sesak terpaksa hidu bau asap bas kat bawah Stesen Pudu tu...

Dah takde lagi kene kejar dengan ulat-ulat tiket...

Dah takde lagi kena follow oleh stranger sambil mintak duit buat-buat macam kenal aku... Ni pengalaman ngeri aku kat Pudu, 2 kali kena dalam waktu yang lain tapi oleh orang yang sama... Tobat!

Dah takde lagi kena tunggu bas lama sebab bas tak ikut jadual (yang ni tak brapa nak pasti sebab ni ikut pada disiplin driver memandu sbenanye, ye dak?)...

Dah takde lagi bersesak-sesak, berpanas-panas, berpeluh-peluh kat Pudu...

Dan dah takde lagi risau kena seluk poket...

Maka kesimpulannya, dalam usaha kerajaan nak jadikan Malaysia ni sebuah negara maju dan rakyat bertamadun macam rakyat Jepun yang masih boleh sabar beratur ikut giliran ambil makanan selepas mala petaka baru-baru ni, tak semua yang kerajaan buat untuk rakyat tu salah... Hahaha... Undilah aku :P

(Maaf, seumur hidup aku tak pernah turun mengundi lagi... Bukan sebab tak bertanggungjawab... Tapi atas sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan... Mengundi calon universiti aku tak pernah ketinggalan :)

Tapi dari segi senibinanya, aku nak komen satu ni, jambatan utama menghubungkan terminal ni dengan LRT goyang! perasaan waktu berjalan kat jambatan ni sama macam perasaan aku waktu pertama kali merasai kesan gempa bumi waktu tsunami kat Banda Acheh dulu...

Lagi, masih belum boleh mengalahkan Shanghai South Railway Station ni....

Gambar Shanghai South Railway Station ni aku download dari internet jek, ape ntah website dia.. Maaf! Cheers!