Monday, August 29, 2011

tentang 'terakhir'

semuanya berlabel 'terakhir' untuk tahun ini...

tahun 'terakhir' dan semester 'terakhir' sekolah senibina...
tahun 'terakhir' berkhidmat di ARSB KL...
tahun 'terakhir' menyewa rumah bersama teman2...
tahun 'terakhir' bermastautin di KL/Selangor, setelah 10 tahun 'dewasa' dan memahami erti kehidupan sebenar bersama sahabat2, keluarga hangen bayu...
tahun 'terakhir' berbuka puasa, tengok wayang, shopping, makan2, tidur rumah cheras, pergi spa dan sebagainya bersama hangen bayu...
tahun 'terakhir' berlibur bersama teman2 lain juga...
tahun 'terakhir' bermalam 24 jam setiap hari di studio, mandi di studio, makan di studio, solat di studio, main internet di studio...studio kadang2 dah jadi macam rumah pertama berbanding rumah sewa...
tahun 'terakhir' minum di Bismillah, Maulana longkang, Maulana sekolah, padang serdang, makcik kompleks niaga bangsar, maybank bangsar...ouhhh... tak cukup muka surat kalau nak senarai semua...
tahun 'terakhir' memandu sejauh ±350km selama ±4jam sendirian...

ouhhh...banyaaaaaaak lagi kalau nak dilabelkan 'terakhir' tu...

tapi yang paling syahdu, ini ramadhan terakhir berpuasa sebagai bujang, dan syawal terakhir diraikan sebagai bujang... tahun ini juga tahun terakhir diri ini jadi milik keluarga sepenuhnya dan berbakti sepenuhnya untuk mak abah... semangat tiba2 melonjak berhempas pulas tolong keluarga buat persiapan raya...

ye...tahun yang amat berbeza...

perasaan gembira, perasaan sedih bercampur baur... syahdu sungguh~~~~

mungkin kalau kita tahu tentang tarikh kematian kita, kita juga akan berhempas pulas memohon ampun dan mengumpul pahala...

salam aidilfitri semua..mohon maaf zahir batin...



nota kaki:
abah semakin sihat... alhamdulillah :)

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan bersama Raihan


Salam Ramadhan...

Monday, July 18, 2011

...

jiwa kacau

titik

Wednesday, June 29, 2011

cemburu

Cemburu tu satu perasaan yang normal.
Siapa yang takde perasaan cemburu, memang termasuk dalam kategori manusia tak normal.
Jadi, hati-hati.


Honey Madu once said, jealousy in a relationship may lead one to do a crazy funny things.
She said there was a story about a wife accidentally murdered her husband after she found out he messaging his ex-girlfriend.

Another crazy story about being jealous is that there was a man who hacked his girlfriend's ex-boyfriend's "university student account". He changed her ex-boyfriend's password which caused him being kicked out from university when he could not register for his new semester.



Nota kaki:

Cemburu kat seorang pakcik ni dok bergembira jejalan sana-sini sambil berseminar.
Pakcik, beli magnet cecantik yek!
Buat wall deco nanti, atau letak kat peti ais ;)

Monday, June 27, 2011

kisah kasih

1 Syawal 1430 H

Seperti tahun-tahun yang sudah, raya tahun ini tidak banyak bezanya. Masih lagi juadah yang sama disediakan bersama-sama. Yang berbeza hanyalah cara masakan, sama ada dimasak rendang, masak kicap, masak kari, masak merah, asam pedas dan pelbagai lagi. Juga yang ketara bezanya, raut wajah ayah dan ibu yang semakin ketara kedutannya, dan kudrat mereka yang jelas kian sirna. Namun, ibu masih lagi gagah bertanya pada setiap anak akan makanan raya yang ingin dinikmati kali ini. Ibu tidak pernah jemu untuk memasak yang terenak, biarpun ada ketika anak-anak seperti dibutakan mata tidak melihat pengorbanan dan kesungguhan ibu demi mencetus gembira mereka.

Ayah tidak pernah jemu membantu ibu. Dengan pergerakan yang terhad ekoran tenaga yang dipinjamkan untuk menggerakkan anggota badan seakan ditarik sedikit demi sedikit, ayah cekalkan hati menerjah arus kesibukan bandar mencari yang dikirim oleh ibu. Ayah tidak pernah merungut, malah terus cekal menyelinap hatta ke kedai kecil dan jauh sekalipun demi memenuhi hasrat ibu mengukir senyum dibibir permata hati.

1 Syawal, seusai solat sunat Aidil Fitri, majlis kesyukuran diadakan bermula dari rumah Allah, terus bergilir-gilir ke rumah-rumah tetangga yang ingin menurut serta. Hanya sesudah selesai tanggungjawab kepada masyarakat, ayah pulang mengetuai majlis yang satu ini. Namun kali ini, agenda ayah sedikit berubah. Agenda yang benar-benar meruntun jiwa si anak. Sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan ibu ayah, diikuti anak-anak.

Kakak hatinya kental. Kata ayah, hati kakak saling tak tumpah seperti hati ibu. Acapkali hatinya terluka dek kata-kata kesat berbaur cemburu yang entahkan dia sendiri tidak jelas bahagian mana silapnya. Untuk setiap yang dikurniakan oleh-NYA, dia hanya mampu bersyukur dan terus berdoa. Acapkali juga dia beralah demi menggembirakan hati mereka. Ibulah yang tidak pernah penat menenangkan hati kakak agar terus redha dan terus beralah demi darah yang suci itu. Kakak tidak mudah redup matanya berkaca hanya kerana sentuhan jiwa, cacian nista mereka. Namun mudah saja air jernih itu menampakkan kesetiaannya yang teguh di sebalik tembok besi, ekoran kisah melibatkan ayah ibu walau sebesar zarah.

Dalam ketenangan, kakak bersimpuh hormat lalu bersalaman mengucup tangan ayah, menyusun kata melafaz maaf dan doa buat ayah, satu persatu. Namun di pagi yang suci itu hati kakak benar-benar tersentuh. Tidak pernah terlintas dibenaknya mendengar rayuan maaf dari seseorang yang paling dihormati dan dikagumi. Kata pohonan maaf dari seorang ayah kepada si anak. Sungguh, hatinya terlalu hiba, terlalu tersentuh.


“Kakak, ayah minta maaf sebab ayah tak jaga kakak baik-baik.”


Mendengarkan sahaja ayat ayah yang pertama itu, mata kakak kabur, dipenuhi permata jernih yang kian lama bersembunyi. Esakan dan sedu-sedan kakak terus memecah sunyi.

Ayah turut menangis, namun tetapkan hati meneruskan kata. Sepatah demi sepatah.


“Ayah minta maaf sebab ayah biarkan kakak membesar sendiri. Ayah betul-betul minta maaf sebab ayah tak nampak kakak dewasa. Ayah menyesal sangat sebab ayah tak dapat besarkan kakak dengan tangan ayah sendiri. Kakak tinggal jauh dari ayah sejak kakak umur 13 tahun. Kakak belajar jadi anak yang baik dari cikgu-cikgu dan kawan-kawan, bukan dari ayah. Kakak belajar berdikari, belajar basuh baju sendiri dari kawan-kawan, dari pengalaman. Kakak jarang mengadu masalah yang berat, kakak belajar selesaikan masalah-masalah kecil sendiri. Ayah tak nampak kakak belajar dan berubah dari kanak-kanak kepada gadis. Kakak beli biskut sendiri, beli baju sendiri, beli sabun sendiri. Maafkan ayah, kakak."


"Bila masuk universiti, kakak semakin duduk jauh dari ayah ibu. Bila mula kerja, kakak dapat tempat yang jauh dari ayah ibu. Nanti bila kakak habis belajar, satu ayah minta, kalau kakak masih belum kahwin dan ayah masih ada, kakak baliklah, duduk dengan ayah ibu. Ayah nak tengok kakak membesar depan mata ayah. Ayah nak rasa nikmat jaga kakak hari-hari.”


.
.
.
.
.



Esakan berantai ke arah ibu, abang adik.



Hingga saat kini, kata-kata ayah masih jelas bermain-main di pendengaran kakak. Tiap kali itu jugalah, air mata kakak pasti tidak malu membasahi pipi kakak.


. . .


Selamat Hari Bapa, Abah.