Wednesday, January 9, 2013

anak





Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan anak lelaki yang dinanti-nanti selama 41 minggu 3 hari.

'Abdurrahman Awza'e bin Mahyuddin
3.000 kg
Isnin, 31 Disember 2012, 10.58 malam (Denmark)
Selasa, 1 Januari 2013, 5.58 pagi (Malaysia)

Semoga kami berdua sentiasa selamat dan dipermudahkan menjalani 44 hari tempoh berpantang.

Fresh from oven
A day old
4 days old



Wednesday, December 19, 2012

Pinjaman dari Allah




Beberapa hari lepas berbual-bual dengan suami tentang kegilaan orang mengepos macam-macam cerita pasal anak masing-masing di Facebook. Itu cara masing-masing, nak berkongsi dan meluahkan rasa kasih sayang pada anak-anak.

Cuma, aku dan suami rupanya berkongsi perasaan yang sama. Takut untuk bercerita lebih-lebih tentang anak. Tapi kadang-kadang memang tak boleh lari dari menjawab soalan-soalan orang sekeliling yang prihatin pada kami dan anak yang bakal lahir nanti. Lepas panjang lebar meleret-leret kitorang berbual, ada satu perkara yang berkali-kali suami ingatkan kat aku.

"Ingat tau yang... Kita kena sentiasa ingat dan semat dalam hati yang anak ni sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu bila Allah nak mula beri pinjaman, dan sampai bila Allah nak pinjamkan anak tu pada kita. Yang kita boleh buat, cuma berdoa. Perkahwinan kita pun sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu sampai bila Allah nak pinjamkan diri kita dan pasangan kita (suami dan isteri) ni sesama sendiri. Hargai dan jalankan tanggungjawab pada setiap pinjaman yang kita dapat sebaik mungkin. Pesanan ni memang kita sentiasa kena ingat, supaya bila tiba masanya pinjaman-pinjaman tu ditarik balik, kita masih waras, masih mampu mengawal perasaan kita dan redha dengan ketentuanNya."



Memang buat aku terdiam lama.



Pesanan tu sebenarnya rentetan daripada kisah seorang kawannya yang baru kematian anak berumur 3 bulan. Dia di Denmark, isteri dan anaknya di Mesir. Dia terima berita kematian anaknya di hari yang sepatutnya isteri dan anaknya terbang ke Denmark.




Nota kaki:

Teringat kat pinjaman PTPTN aku yang jumlahnya cecah RM33000 agaknya. Wahhh... Bila taktau baru boleh mula bayar semula. Harap-harap tak dipanggil balik Malaysia secara paksa sebab belum mula buat bayaran balik.    =_=



Wednesday, December 12, 2012

I'm on Pinterest!




Pertama sekali, terima kasih Ila sebab perkenalkan akak dengan Pinterest!

Memang syok. Boleh la simpan gambar-gambar sumber inspirasi yang menarik kat sini jer. Setakat ni baru ada 3 board. Tu pun main campak-campak je apa yang rasa menarik. Belum habis explore lagi. Lepas ni nak buat board scarf, blouse/dress, photography, f&b, travel, macam-macam la.


Keduanya, gembira sebab berjaya jugak 'print screen' kat Mac hari ni. Kenapa la selama ni tak terfikir nak google je caranya kat encik Google kan. Mengong.

Ketiganya, usaha mencari crack untuk Mac punya Adobe Photoshop, AutoCAD dan Sketcthup belum berjaya. Pening kepala aku. Huhu. Ni pun cuba google jugak ni.

Keempatnya, tengah seronok tengok encik suami menggila main game CitiesXL. Dah hampir setahun dia bina bandar New York nya virtually. Belum siap lagi tu. Sekarang ni tengah bina bandar Queen. Aku pulak, seronok bukan apa. Sebab rupa-rupanya, semua bangunan dalam game tu buat pakai Sketchup je weiiii. Tak sabar rasa aku nak share kan bangunan-bangunan yang pernah aku buat kat dalam 3D Warehouse. Pastu siapa yang main game tu pulak, boleh letak bangunan aku tu dalam game dia. Tak ke seronok tu? :)

Hokeh, till then... Bye!




Tuesday, December 11, 2012

nak panggil apa?




Abah... Memang dah pasti.



Pasangannya ni...




Mak?

Ummi?

Ibu?

Mama?

Mommy?

Bonda?




Lahirkan 6 orang anak. Setiap seorang panggil lain-lain. Boleh?






Monday, December 10, 2012

main salji la pulak




Bangun subuh semalam terus jenguk kat tingkap. Tak kira bumbung ke, kereta ke, basikal ke, jalan raya ke, pokok ke, putih je. Ni baru la "snow wash" namanya. Bayangkan la macam snow wash yang kita nampak kat car wash tu selalu yek. Waktu tu,salji masih turun lagi. Makin siang makin besar saiz saljinya yang turun.  Makin tergedik-gedik la hati ni rasa nak turun berhujan salji. Suami pulak macam dengar je aku bisik kat hati ni. Tiba-tiba dia tanya "nak turun jalan-jalan tak?" Mizi pun sama, tiba-tiba kata nak keluar sekejap beli barang. Hah.... Apa lagi, sekali jalan la kan. Hihi.



Jalan raya yang subuh-subuh tadi putih, dah mula mencoklat kena lenyek dek tayar. 

























Tahun ni insyaAllah tahun akhir Mizi bersalji di Denmark. Tahun depan sebelum masuk winter dia dah habis PhD dah. Semoga urusan pembelajaran dia dipermudahkan sampai akhir la. So, dia pun bersungguh-sunguh nak berkenangan main salji buat penguin man... Katanya.


Kitorang pun tak nak kalah, nak lawan Mizi punya penguin man. Tapi kitorang buat snow bear. Waktu ni tak la sejuk sangat. Aku boleh lagi melutut atas saljisebab kaki tak kuat nak bertinggung menampung berat badan macam lori 8 tan. Seronok punya pasal, sampaikan tak sedar yang seluar dan sarung tangan dah basah.

Kawasan ni sebenarnya adalah padang bola. Waktu kitorang bergembira main salji, ada juga matsaleh yang bergembira buat snowman. Tapi snowman diorang punya la besar! Kalau matsaleh pun tergedik-gedik keluar rumah main salji, kitorang ni orang Malaysia apatah lagi kan?


 Cantik kan pemandangan dalam gambar yang akhir ni? Macam yang kita tengok selalu dalam cerita-cerita fantasi matsaleh yek?