Saya dalam dilema.
Semuanya gara-gara gigi geraham hadapan saya telah berlubang dengan dasyat!
Ceritanya begini...
Gigi taring sebelah kanan saya tumbuh ke atas sikit dari gigi-gigi lain. Maknanya tak selari dengan gigi-gigi lain la. Waktu kecik-kecik dulu saya pernah cakap kat doktor, nak cabut gigi tu. Tapi doktor tak bagi... Lepas tu, bila dah dewasa, pergi buat rawatan gigi beberapa tahun sekali.. Haha patutnya 6 bulan sekali kan? Dan tiap-tiap kali buat rawatan, soalan yang sama saya tanya kat doktor gigi.
"Doktor, boleh tak saya nak cabut gigi taring saya yang ternaik ni? Ada kesan buruk tak?"
Jawapan doktor gigi adalah tipikal...
"Gigi tu mengganggu awak tak? Gigi tu elok kan? (maknanya tak rosak la) Kalau elok, saya cadangkan biar je gigi tu... Awak masih muda... Akar gigi masih kuat... Risiko cabut gigi ni ada kaitan dengan hidung, telinga dan mata... Lagi pun, gigi tu pemanis bila awak senyum... Tak semua orang ada gigi macam tu..."
Erm... Ramai orang cakap camtu, dan ramai juga yang cakap sebaliknya... Dan gigi taring tu masih ada sampai sekarang...
Tapi lebih kurang 3-4 tahun lepas, gigi geraham hadapan saya berlubang. Gigi geraham ni pulak letaknya betul-betul bawah gigi taring saya... Saya rasa, punca gigi geraham tu berlubang sebab susah nak gosok sebab terlindung kat belakang gigi taring yang degil tumbuh tak nak 'geng' dengan gigi-gigi lain...
Saya pun jumpa doktor lagi dengan harapan nak cabut je gigi tu... Mana la tau kot-kot ada peluang nak bawak turun gigi taring saya tu, ganti tempat gigi yang dah berlubang tu kan? Tapi doktor tetap jawap benda yang sama... Dia cadangkan tampal je gigi yang berlubang tu... Ok, saya pun ikut je la...
Tapi lepas beberapa tahun, baru-baru ni tampalan gigi tu dah tercabut... Saya pun pergi lagi jumpa doktor... Saya tanya lagi kalau-kalau gigi tu boleh dicabut, ada tak kebarangkalian supaya gigi taring saya dibawa ke bawah?
Doktor tu kata, gigi geraham yang berlubang tu gigi depan, dan merupakan antara gigi yang aktif mengunyah makanan... So tampalan gigi tu akan mudah tercabut dalam masa 2 tahun. Lagi pun, lubang gigi tu dah melebihi separuh dari gigi yang ada. Dia tanya umur saya... Umur 27 dah agak lewat untuk pakai braces. Tapi lepas tu dia terangkan lagi sekali apa pendapat dia dari sudut pakar gigi. Dia kata kes gigi saya ni tak rumit. Dia cadangkan supaya gigi yang berlubang tu dicabut, dan gigi taring dibawa turun ke bawah, selari dengan gigi-gigi yang ada...
Disebabkan kes gigi saya tak rumit, dia cadangkan saya pakai braces yang jenis boleh cabut (bukan permanent la utk 2 tahun). Bentuknya macam retainer ni:
Bukan pakai yang permanent untuk 2 tahun macam ni:
Tapi yang saya tahu, risiko untuk pemakai braces ni, dia kena maintain gigi dia supaya tetap sama rata... Caranya, dia kena pakai 'retainer' macam kat gambar atas tu, tiap-tiap malam waktu nak tidur... Doktor tu kata, retainer tu perlu, sebab motif pakai braces ni sebenarnya gigi-gigi ditarik atau ditolak. Jadi sebenarnya, akar gigi tetap kekal tak berubah kat kedudukan asal. So, kalau orang yang pernah pakai braces tu malas nak maintain, malas pakai retainer tu, lama-lama nanti gigi dia akan kembali ke tempat asal... Yang jongang akan jadi jongang semula, Yang gigi renggang akan renggang semula... Itu yang saya faham la...
Ni pula artikel yang berkaitan dengan tempoh memakai retainer tu:
"You are the person in charge of keeping your teeth straight. Teeth are not set in concrete, they are in bone. Because the bone around your teeth is continually changing (breaking down and rebuilding), your teeth may shift after your braces are removed. Scientific articles published in the "American Journal of Orthodontics and Dentofacial Orthopedics" (AJO) from 1988 to the present, indicate that orthodontic researchers don't know how long you need to wear your retainer(s). These articles indicate that there is no way to predict how your teeth will react when retainer(s) are removed. About half of the undesired tooth movement takes place in the first two years after you stop wearing your retainer(s). Some crowding of the lower front teeth may be part of the aging process similar to gray hair and wrinkled skin. The only way to ensure continued satisfactory alignment is by the use of retainers to some degree, perhaps for life. They help keep everything straight. The amount of wear will vary from patient to patient. Orthodontists know from experience that you, the patient, actually decide when you think the retainer is unimportant and stop wearing it or ask to have it removed. The references below will give you more information that will allow you to make an informed decision when you are contemplating stopping your retainer. You must be willing to accept the fact and the risk that the degree of tooth position stability in your mouth is unknown. We expect changes in our bodies as we grow older, and teeth are no exception."
So lepas tu tadi, saya tanya doktor tu camni:
"So doktor, saya pun nanti kena pakai retainer tu seumur hidup ke??" Adeh... Sanggup ke saya?
Hahaha...Saya dah berjaya buat doktor tu terdiam dan tergelak dan tak tahu nak cakap apa untuk menjawab soalan saya yang sebenarnya adalah hakikat sebenar yang akan berlaku...
Jadi, keputusannya adalah....
Gigi geraham saya yang berlubang telah ditampal... Tentang braces, doktor tu mengalu-alukan kedatangan saya di Pusat Kesihatan UPM dalam masa 1-2 minggu lagi...
Mak abah dah bagi green light...
Kawan-kawan pulak? Tolong saya! Nak pakai braces ke tak yek????
Deconstructing Doldrums Detours Depression
3 years ago
12 comments:
wah, nak pakai braces?
sile dgr kate doktor..heheh
ehm...pkai la..sbb nmpak cute!!eheheh..:D
sila pakai tapi.......saya dan kami(saya n cik ya jer pun)mungkin lah tak nak kehilangan gg arnab kak nina 2 coz gg tu sgt keyuttt heeeee.... tp kalo dah terpaksa sgt kami pasrahhhhh...... huhu
'saya dan kami' itu sila include saya!!!!
sy juga tidak sanggup berpisah dgn itu simanis. uhuk. pelis pelis. tampal je la gigi geraham itu. 6 bulan skali pi cek tgk kondisi tidak lah begitu berat pon kan. pelis!
oh noooo! mula-mula mcm semangat dah nak pakai braces lepas exam. haishhh tapi statement aan yg 6 bulan skali tu...tsk tsk...aan dah berjaya ikut jejak langkah 'fadzil keriangandunia ikhwan' jadi psycho cemerlang...
hehe..kak nina rasa cmner? u know the best actually. jaja ikut dulu takmau pakai gak.jaja penah accident dulu.sekolah rendah. jatuh cantik, dapat cium tanah. hehe! so kesan accident ada kaco gigi dpn tu rasanya. skrg ni, berkira-kira nak buat crowing plak sbb kalu bebetoi tgk, satu gigi depan jaja pecah sikit sbb acccident tu and the colour is changing. dah rata, ada kes lain plak T_T. kes jaja gigi depan, kes kak nina gigi pemanis. agak sayang tu gigi pemanis tu. after braces, jaja pakai retainer gak waktu malam. for 6 months kot. before pakai braces ni, jaja terpaksa korbankan 4 btg gigi T_T. ada lg simpan :) cabut gigi ni, ikut case. kalu takde ruang bila gigi tu menarik, kenalar cabut. kalu ada, takyah cabut. all above nak share experience je :) tapi kan kak nina, keturunan kita mmg struktur gigi cmtular. i think in each family, there'll be at least a member with 'gigi pemanis'. in short, only u know the best for urself & since u have asked the expert, then now u ask urself yek. everything in this world, there'll be pros & cons. so doesn't matter any decision u make, i'll support u. chayok kak nina :)
wah panjangnye jaja!hehe btw, thanks ye share pengalaman tu :) oo so sbenanye jaja pakai braces dulu tu sbb accident la ye? huhu akk baru tau..eh, erm crowning tu ape jaja?ahaks i must agree with u that in each of our family memang ada at least 1 kan! haha tu kira a gift ke a curse tu?haha ngarut je...erm akk rasa akk nak pakai la braces tu. InsyaAllah targetnya lepas exam la, dlm cuti sem bulan 11 ni :)
of course lar,a gift! hehehe! maybe kot, that's the main reason. kalu tak accident, mungkin tak teruk sgt kan jadinya. crowning/ crown teeth tu, process dia lbh kurang dentist tu akan buat sarung gigi yang akan menyarung gigi yg tak berapa elok tu.tak dpt the exact lines to describe this process lar kak nina. i lost the words. hehe! jaja dah tny orthodontist yg buat braces jaja dulu. kes jaja, akar gigi dia masih ada, cuma buat sarung je utk sarung gigi yg mslh tu. masalah cost tu yg membantutkan nak buat benda ni.takpelar, ada rezeki ada lar kan.kak nina nanti buat dgn kerajaan ke? bestnya! jimat tu :)
owh camtu..so ekceli crowning ni mcm letak 1 layer kat gigi utk cover gigi yang ada kesan pecah tu la ye?xpe, x lama lg kan keje.keje gomen lak tu.leh la dpt murah kalo nk wat kat GH kan? hehe...akk wat dgn pusat kesihatan UPM je jaja..1st appmt nnti baru Dr. explain pasal cost in detail.
heheheh! insyaAllah. dah keje pun, byk misi yang perlu dijalankan ni kak nina. err, not really layer. how to explain ye? err, minta tlg miss google kot--taip 'dental crown'. perhaps u'll get better understanding there. takpe..takpe..slow and steady! come on kak nina! yeehaa :)
entri ni dah 2010. sekarang 2013. ada lagi x gigi taring awak tu? gigi taring jenis awk ni cute.. hehe
Post a Comment