Wednesday, December 19, 2012

Pinjaman dari Allah




Beberapa hari lepas berbual-bual dengan suami tentang kegilaan orang mengepos macam-macam cerita pasal anak masing-masing di Facebook. Itu cara masing-masing, nak berkongsi dan meluahkan rasa kasih sayang pada anak-anak.

Cuma, aku dan suami rupanya berkongsi perasaan yang sama. Takut untuk bercerita lebih-lebih tentang anak. Tapi kadang-kadang memang tak boleh lari dari menjawab soalan-soalan orang sekeliling yang prihatin pada kami dan anak yang bakal lahir nanti. Lepas panjang lebar meleret-leret kitorang berbual, ada satu perkara yang berkali-kali suami ingatkan kat aku.

"Ingat tau yang... Kita kena sentiasa ingat dan semat dalam hati yang anak ni sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu bila Allah nak mula beri pinjaman, dan sampai bila Allah nak pinjamkan anak tu pada kita. Yang kita boleh buat, cuma berdoa. Perkahwinan kita pun sebenarnya cuma pinjaman. Kita tak tahu sampai bila Allah nak pinjamkan diri kita dan pasangan kita (suami dan isteri) ni sesama sendiri. Hargai dan jalankan tanggungjawab pada setiap pinjaman yang kita dapat sebaik mungkin. Pesanan ni memang kita sentiasa kena ingat, supaya bila tiba masanya pinjaman-pinjaman tu ditarik balik, kita masih waras, masih mampu mengawal perasaan kita dan redha dengan ketentuanNya."



Memang buat aku terdiam lama.



Pesanan tu sebenarnya rentetan daripada kisah seorang kawannya yang baru kematian anak berumur 3 bulan. Dia di Denmark, isteri dan anaknya di Mesir. Dia terima berita kematian anaknya di hari yang sepatutnya isteri dan anaknya terbang ke Denmark.




Nota kaki:

Teringat kat pinjaman PTPTN aku yang jumlahnya cecah RM33000 agaknya. Wahhh... Bila taktau baru boleh mula bayar semula. Harap-harap tak dipanggil balik Malaysia secara paksa sebab belum mula buat bayaran balik.    =_=



Wednesday, December 12, 2012

I'm on Pinterest!




Pertama sekali, terima kasih Ila sebab perkenalkan akak dengan Pinterest!

Memang syok. Boleh la simpan gambar-gambar sumber inspirasi yang menarik kat sini jer. Setakat ni baru ada 3 board. Tu pun main campak-campak je apa yang rasa menarik. Belum habis explore lagi. Lepas ni nak buat board scarf, blouse/dress, photography, f&b, travel, macam-macam la.


Keduanya, gembira sebab berjaya jugak 'print screen' kat Mac hari ni. Kenapa la selama ni tak terfikir nak google je caranya kat encik Google kan. Mengong.

Ketiganya, usaha mencari crack untuk Mac punya Adobe Photoshop, AutoCAD dan Sketcthup belum berjaya. Pening kepala aku. Huhu. Ni pun cuba google jugak ni.

Keempatnya, tengah seronok tengok encik suami menggila main game CitiesXL. Dah hampir setahun dia bina bandar New York nya virtually. Belum siap lagi tu. Sekarang ni tengah bina bandar Queen. Aku pulak, seronok bukan apa. Sebab rupa-rupanya, semua bangunan dalam game tu buat pakai Sketchup je weiiii. Tak sabar rasa aku nak share kan bangunan-bangunan yang pernah aku buat kat dalam 3D Warehouse. Pastu siapa yang main game tu pulak, boleh letak bangunan aku tu dalam game dia. Tak ke seronok tu? :)

Hokeh, till then... Bye!




Tuesday, December 11, 2012

nak panggil apa?




Abah... Memang dah pasti.



Pasangannya ni...




Mak?

Ummi?

Ibu?

Mama?

Mommy?

Bonda?




Lahirkan 6 orang anak. Setiap seorang panggil lain-lain. Boleh?






Monday, December 10, 2012

main salji la pulak




Bangun subuh semalam terus jenguk kat tingkap. Tak kira bumbung ke, kereta ke, basikal ke, jalan raya ke, pokok ke, putih je. Ni baru la "snow wash" namanya. Bayangkan la macam snow wash yang kita nampak kat car wash tu selalu yek. Waktu tu,salji masih turun lagi. Makin siang makin besar saiz saljinya yang turun.  Makin tergedik-gedik la hati ni rasa nak turun berhujan salji. Suami pulak macam dengar je aku bisik kat hati ni. Tiba-tiba dia tanya "nak turun jalan-jalan tak?" Mizi pun sama, tiba-tiba kata nak keluar sekejap beli barang. Hah.... Apa lagi, sekali jalan la kan. Hihi.



Jalan raya yang subuh-subuh tadi putih, dah mula mencoklat kena lenyek dek tayar. 

























Tahun ni insyaAllah tahun akhir Mizi bersalji di Denmark. Tahun depan sebelum masuk winter dia dah habis PhD dah. Semoga urusan pembelajaran dia dipermudahkan sampai akhir la. So, dia pun bersungguh-sunguh nak berkenangan main salji buat penguin man... Katanya.


Kitorang pun tak nak kalah, nak lawan Mizi punya penguin man. Tapi kitorang buat snow bear. Waktu ni tak la sejuk sangat. Aku boleh lagi melutut atas saljisebab kaki tak kuat nak bertinggung menampung berat badan macam lori 8 tan. Seronok punya pasal, sampaikan tak sedar yang seluar dan sarung tangan dah basah.

Kawasan ni sebenarnya adalah padang bola. Waktu kitorang bergembira main salji, ada juga matsaleh yang bergembira buat snowman. Tapi snowman diorang punya la besar! Kalau matsaleh pun tergedik-gedik keluar rumah main salji, kitorang ni orang Malaysia apatah lagi kan?


 Cantik kan pemandangan dalam gambar yang akhir ni? Macam yang kita tengok selalu dalam cerita-cerita fantasi matsaleh yek?

Thursday, December 6, 2012

Winter pertama... Hiks!




Ko ado? Kehkehkeh...

Baru beberapa hari salji mula turun di Denmark. Sama jugak kat negara - negara Eropah lain kot... Kawan kat Holland pun katanya baru turun salji. Hmmm... Hari ni suhu -7°C. Esok mungkin lagi sejuk... Jakun? Of course la aku jakun kan... Pertama kali tu... Aircond kat Malaysia pun paling rendah 16°C. Tu pun aku dah membebel kat siapa yang kulit tebal mengatal letak suhu tu kat 20°C. Dah sejuk sangat dah tu sampai biru kuku aku. Tapi kat sini, memula dulu memang sangat tak tahan. Tapi lama - lama Alhamdulillah... Dah boleh adapt dengan suhunya. Amazing kan manusia ni?

Hmmm... Dapat ucapan tahniah dari suami dan kawan-kawannya sebab dah dapat rasa winter pertama macam ntahapehapentah kan... Tapi suke juge! Hahah...


Dalam sarat - sarat memboyot 37 minggu ni aku gagahkan jugak nak ikut keluar berjalan sebab nak rasa camne la agaknya sejuknya kat luar tu bila salji dah turun ni... Waktu ni hari pertama salji turun. Baju winter yang aku ada semua memang camtu la gayanya aku pakai. Perut tersembul. Tapi lantak la. Yang penting angin tak masuk. Papehal pun, yang berjaket ungu dan yang berdiri sebelah aku tu pengantin baru. Baru sebulan kahwin. Namanya Rohaya dan Ismawar. Rohaya duduk Malaysia, datang sini honeymoon sebulan, takde masalah sebab Ismawar memang duduk sini. So diorang ni 'PJJ' la nanti... Dengarnya minggu depan diorang nak ke Paris. Wahhhh... Jealous! @.@ Aku dulu tak sempat nak honeymoon ke mana. Honeymoon ulang alik rumah mak dan mak mertua jer ada... Ni datang Denmark kira honeymoon la ni.. Hihih...

Balik dari jumpa midwife, aku ajak suami pergi amek gambar kat padang bola kat kawasan rumah kitorang. Sebabnya bila lagi kan... Suami layankan ajer, mungkin agaknya dia pun terfikir tak lama lagi aku dah nak meletup. Tak boleh dah nak pergi mana - mana. Lagipun jealous tengok gambar diorang tahun lepas cantik - cantik belaka berkubang atas salji. Tapi aku tak boleh la sampai nak baring macam diorang. Ada pulak kang yang tak boleh nak bangun nanti. Waktu ni tak sejuk sangat, berbanding waktu hari pertama keluar kat dalam gambar atas tu. Kalau tengok muka secara live, pipi tu dah macam terlebih pakai blusher... Ada bulat merah kat pipi... Hidung pulak, memang tiap - tiap pagi keluar darah la... 
























Beginilah rupanya pemandangan sekeliling kejiranan kami. Salji turun macam hujan jugak. Cuma bentuk dia macam kapas. Lembut je bila jatuh atas permukaan. Kalau berjalan atas salji, memang kaki tenggelam sebab lembut. Perasaannya pegang salji ni, macam pegang air batu campur (abc).

Bila turun salji, bandar jadi kotor, sebab adakalanya salji mencair. Bila bercampur dengan kotor bekas tayar, bekas tapak kasut, salji yang putih jadi hitam... Nampak cantik bila awal pagi, putih suci bersih je... Bila mula jer hari, mula la dia kotor... Jalan pun licin.. So aktiviti berjalan 1 jam 1 hari aku pun dihentikan serta - merta. Takut tergelincir. Gambar ni diambil antara pukul 8 - 9 pagi. 


Hari pertama salji turun, sempat jugak la kami berjimba - jimba ke Jule Expo (ekspo krismas). Sebutnya Yul Expo. Sebenarnya diorang panggil tempat ni lain. Apa ntah. Takde apa sangat pun. Macam funfair kat Malaysia je. Ada la mary go around, eye of Aalborg, train, stall jual christmas souvenir, christmas ginger cookies... Haaa tapi ada satu benda sedap yang diorang jual khas cuma untuk waktu krismas ni. Diorang jual badam digoreng bersalut gula. Memang sedap!!!

Christmas decoration kat sekitar Aalborg ni pun biasa je... Diorang kata tiap - tiap tahun macam ni la jugak. Takde perubahan! Hahah... Berjimat - cermat betul... Rasanya kat Malaysia dekor nya lagi mantap kan? Katanya, dah beberapa tahun sebelum ni, Denmark sambut krismas 25 Disember tu tanpa salji. (maknanya salji belum turun la...). Salji turun cuma mula bulan Januari gitu. Tapi tahun ni, salji turun seawal 29 November! Memang dia nak sambut aku pertama kali datang Europe kot... Hahah... So Danes semua bergembiralah depa, dapat white christmas tahun ni...

Wednesday, December 5, 2012

Ultrasound




Ni mungkin ultrasound terakhir, mungkin juga kedua terakhir.. Sebabnya, next appoinment for ultrasound was set to be on 20th of December 2012 which is two days before the EDD. Kalau budak comel ni nak keluar lebih awal, so takde la ultrasound lagi kan... Minggu ni minggu ke 37. Berat baby is approximately 2.6 - 2.7 kg, as predicted by the midwife. Hebat tau midwife ni... Minggu lepas, dia estimate berat baby 2.4 kg. Caranya, dia cuma pegang-pegang perut aku je... Selang beberapa hari pastu, pergi ultrasound kat hospital... Bacaan berat baby sama dengan yang midwife anggarkan... Hebat kan...


Yang seronoknya, ultrasound kali ni kami dapat tengok budak comel ni dengan jelas! Alhamdulillah... Dia dah sempurna. Tinggal tunggu masa yang sesuai je untuk dia jumpa kami... :)


Tak sangka dah 9 bulan aku bawa ke sana ke mari makhluk Allah yang membesar dalam rahim aku. Terbayang waktu mak aku mengandungkan aku dulu. Macam ni la agaknya perasaannya. Lepas ni, InsyaAllah aku dapat rasa macam mana pula mak aku melahirkan aku dulu... Semoga Allah permudahkan kelahirannya nanti... Amin.




Saturday, December 1, 2012

Santapan kala perut lapar



Haloooooooo!!!


Tujuan membelog hari ni sebenarnya lebih kepada seronok main kamera... Waktu dulu-dulu pernah jugak terfikir jadi photographer specialised in food and beverage. Hehehe...

Sesambil tu nak bagi korang-korang yang baca ni meleleh air liur tengok gambar-gambar makanan ni... Ni la antara makanan yang sempat aku ambil... Yang lain-lain, tak sempat nak ambil gambar dah habis kena ngap.... (Sebenarnya aku malu nak ambil gambar bila ada orang lain kat rumah ni, walaupun cuma pada suami aku... :p).

Memandangkan adobe photoshop dalam komputer ni dah expired, so tak boleh la nak gabung-gabungkan gambar nak jimat ruang... kena la letak sekeping-sekeping gambarnya...

Ok, papehal pun.... Jemputla tengok gambar :)


Lauk harian jer pun....

Potato gratin.

Wholemeal bread.

Selepas percubaan yang entah ke berapa entah, baru la jadi lembut. Kalau tak... Memanjang keras macam batu.. Huhu... Akhirnya aku dah tau punca, disebabkan oleh yis tu dah mati.. Heh....

Kuih sagu.
Bubur kacang hijau.
Kek lobak merah.



Puding roti.


Mungkin sebab duduk luar negara, menjadikan aku rajin nak cuba masak macam-macam. Ye la.. Kalau tak masak kang, perut lapar la kan. Nak harap makan roti je tiap-tiap hari, muak kot... Roti pulak, mahal sangat... Cecah RM10 sebungkus saiz roti gardenia besar tu.. Mujurla kat sini senang sangat nak dapat makanan mentah yang halal. Hmmm... Mungkin balik Malaysia nanti aku tak serajin ni kot... Semua nak, beli jer... Order jer... Makan luar jer... Hahaha...