Friday, November 26, 2010

I SEE RAINBOWS!

Last night was a memorable remembrance
With just a single press button
The betting of my future has just started
I know and definitely sure
That I will never regret
With the decision I've made
There will be no turning back
My heart beats faster
My hands shiver even greater
It was a very tough decision
But somehow, with faith towards HIM and HIS will
And with a little bit of strength left deep inside me
A "saya sudi terima" has been send
As the answer for a soulmate proposal
Three words that finally assure me
That I am now his


The fairytale love story has reach the end
Giving a way for us to draw rainbows on our piece of white future



"....perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..." (An-Nur: 26)


Thank you Aan for the special entry :)

Thursday, November 25, 2010

BETTING MY FUTURE

Thursday
25/11/2010
10.53pm

I already taken....

fuhhhhhh

Alhamdulillah

Wednesday, November 24, 2010

JUMPING HIGH!!

Fuhhhhh... Akhirnya tamat 1 tahun Part 2... Dan malam tadi baru terfikir, macam mana Sarah, Aan, Liya, Yan, Biy, Tracy, Mara, Hemi, Yus, Ayie, Keri, Mohsin, Awin, Syaren, ramai lagi la tu semua boleh kental, cekal, tabah, hebat, gembira, semangat, mampu dan berjaya habiskan dorang punye Part 2...haish... Aku ni, dengan beban belajar + beban kerja, rasa macam dah tak sanggup dan tak mampu dah nak teruskan lagi setahun. Wuuuu... miracle, please come to me!! Apa-apa hal pun, ni antara gambar kitorang untuk portfolio semalam... 18 of us in a class.












Lepas portfolio dan sesi post-moterm dengan Sir Richard Hyde dan arkitek-arkitek luar, macam biasa class-photo session pun bermula...




Puas formal, aktiviti lompat tinggi-tinggi kasi gegar koridor fakulti ikut stail masing-masing pun bermula....




Dan petang semalam, Kay Mee belanja makan satu kelas sebab dia menang RM3000 dari Nippon Paint! hahaha tahun depan hantar Kay Mee masuk sorang-sorang lagi, kasi dia menang! ;)

All photos, credit goes to Peja Tobat.

Tuesday, November 16, 2010

ABAH

Erm... Cuma nak kongsi kisah abah.

Semalam, sebelum masuk exam, aku telefon mak & abah macam biasa, mintak mereka doakan aku. Tapi semalam, telefon handphone mak & abah, dua-dua tak jawab. Kali kedua barulah mak jawab. Mak kata, mak kat hospital, hantar abah.. Aku terjerit, "Hantar abah? Kenapa dengan abah?" Mak suruh telefon adik dan suruh adik cerita.

Aku telefon rumah. Aku paksa adik cerita. Mulanya adik tak nak, sebab dia tahu lagi beberapa minit je aku nak masuk exam. Tapi aku lagi tak boleh tahan. Aku dapat rasakan ada sesuatu berlaku pada abah.

Rupa-rupanya malam semalam, pukul 1 pagi, abah sesak nafas. Ni kali kedua abah jadi macam ni. Kalau mengikut rekod doktor, kesihatan abah baik, memang tak ada penyakit selain gastrik. Bila adik beritahu abah sesak nafas, jantung aku rasa macam nak gugur! Kalaulah KL-Johor macam Bangi-Kajang, aku memang terus terbang. Waktu tu aku rasa sangat kuat untuk tak nak duduk jauh-jauh dari mak abah.. Aku rasa nak duduk dekat-dekat dengan mak abah.

Adik cerita sambil nangis... Adik kata, mulut abah berbuih-buih dan keluar darah. Bola mata hitam abah dah tak nampak, dah ternaik ke atas. Seluruh badan abah, kaki, tangan dah kejang. Abah tak mampu bertindakbalas. Abah hanya mengeluarkan bunyi "Krohhh..Krohhhh..." Beberapa jiran terdekat mak panggil minta tolong. Alhamdulillah, abah semakin bertindakbalas selepas abang dan pakcik aku yang kuat pegangan agama datang tolong mengurut tapak kaki abah sambil membaca ayat-ayat Al-Quran. Pak S** kata abah sedang nazak... Wak S**** kata ada sesuatu tak kena pada jantung abah.. Mak dan adik-adik dah tak mampu berdiri...lemah...

Aku masuk exam dengan fikiran yang kosong. Segala yang dibaca hilang. Hilang bersama air mata yang telah disapu... Aku hanya tawakkal kepadaNya dengan jawapan yang mampu aku tulis. Selepas exam, aku telefon abang untuk bertanyakan keadaan abah. Keadaan abah lemah ketika dibawa ke hospital pakar. Abang kata, salah satu injap di jantung abah tersumbat. Ya Allah, tabahkan hati abah. Kuatkan semangat abah...

Aku masih berbaki presentation dan report untuk subjek Research esok pagi.. Namun hatiku sudah di kampung merisaukan tentang abah. Aku nyata tak sekuat mana. Aku hanya menyiapkan report untuk Research Proposal sekadar yang mampu. Mujur Prof. E**** bertimbang rasa memberi perlepasan untuk aku tidak membentangkan Research Proposal aku. Gred A B C D? Aku tak peduli, asalkan bukan GAGAL... Dan pagi tadi, selepas hanya menghantar report, aku terus bergerak pulang ke Johor.

Abah sudah di rumah. Alhamdulillah, aku berasa sangat lega apabila kepulanganku disambut dengan senyuman abah. Abah mampu berjalan walaupun kelihatan lemah. Mak nampak sugul..
Esok hari raya aidiladha. Kami tetap mengadakan persiapan seadanya. Esok juga mak & abah akan menumbangkan seekor lembu.

Abang kata, abah ada menunjukkan tanda-tanda stroke... Dan sebagai langkah selanjutnya, kami berusaha mencari cara untuk memastikan kesihatan abah bertambah baik...

Abah... Kuat semangat ye... Harap abah kembali sihat seperti biasa... Amin.

Kawan-kawan, doakan kesihatan yang baik untuk abah saya...
Ada info tentang strok atau jantung? email saya: anirazanin@yahoo.com
Terima kasih...

Thursday, November 11, 2010

and the FINAL is over!

yes it's over today...
but still another hectic week to go, with DEADLINES!!

reminder untuk aku je...dan korang yang singgah terpaksa la baca...

fri, 12/11/10 - off to office, the competition is waiting!
sat & sun - study, do presentation research, report, presentation board, model, office task.
mon, 15/11/10 - exam
tue, 16/11/10 - Presentation for Research Proposal, off to hometown!
wed,17/11/10 - it's qurban day!
thu, 18/11/10 - off to KL back
fri, 19/11/10 - Submit Advance Building Technology Technical Report
sat & sun - do presentation board, do model
mon, 22/11/10 - do presentation board & model
tue & wed, 23&24/11/10 - Portfolio Review
25/11/10 onwards - SEMESTER BREAK!!!
and working month... T_T

penat penat penat penat penat penat penat penat penat penat penat penat penat penat penat



Monday, November 8, 2010

MASA

April...
yang sangat-sangat tak disangka
berikan saya MASA
masa untuk masa hadapan saya

dan Ogos...
yang sangat-sangat diimpikan
berikan saya KEPASTIAN
kepastian yang masih belum pasti

Tuesday, November 2, 2010

saiko tahap gaban z sampai dapat habuan ciom molot

Fuhhhh...Tajuk nak kasi orang baca berpeluh-peluh kan.

Baiklah, ceritanya begini...Sempena minggu bertungkus-lumus Year 4 & 5 nak siapkan presentation board, Nor Izyan Yankumie telah menyuruh saya mensaiko dia supaya menyiapkan board sebelum 31/10/2010. Dan dia sendiri telah menetapkan habuan-kalau-tak-siap-board yang sangat lumayan!

1 ciuman di mulut! hahahahahaha

Heh, hari ni dah 02/11/2010, dan Nor Izyan Yankumie telah tidak berjaya siapkan board dia! Heh...

So Nor Izyan Yankumie, jangan lari aaaaa...Nantikan cioman di molot dari saya!

HAHAHAHAHAAHAHAHAAHAAAA!!!!

Lya, sila ambek gambar.

hahahahahaha!!!

dan adalah ciskek, itu Ar. K***** telah dengan tiba-tiba menambah requirement supaya menghantar advance technology report skali waktu final presentation day nanti! deyyyyy....mati kite~~~~

dan nak tambah lagi:

dan tiba-tiba juga Encik Ar. Bos suruh betulkan design Rotery Club yang dari bekas tangan orang lain yang takda kena-mengena dengan saya dan deadline sebelum Jumaat...mati saya~~~

siapa boleh tolong buatkan 3d, compose board, detail drawing, advance building technology, model bla bla bla secara F.O.C. dan memastikan saya dapat A dengan hasilan kerja tangan anda???
saya bagi hadiah cioman di molot juga... deng~~~


rasakan padah belajar full time sambil bekerja part time