Tuesday, November 16, 2010

ABAH

Erm... Cuma nak kongsi kisah abah.

Semalam, sebelum masuk exam, aku telefon mak & abah macam biasa, mintak mereka doakan aku. Tapi semalam, telefon handphone mak & abah, dua-dua tak jawab. Kali kedua barulah mak jawab. Mak kata, mak kat hospital, hantar abah.. Aku terjerit, "Hantar abah? Kenapa dengan abah?" Mak suruh telefon adik dan suruh adik cerita.

Aku telefon rumah. Aku paksa adik cerita. Mulanya adik tak nak, sebab dia tahu lagi beberapa minit je aku nak masuk exam. Tapi aku lagi tak boleh tahan. Aku dapat rasakan ada sesuatu berlaku pada abah.

Rupa-rupanya malam semalam, pukul 1 pagi, abah sesak nafas. Ni kali kedua abah jadi macam ni. Kalau mengikut rekod doktor, kesihatan abah baik, memang tak ada penyakit selain gastrik. Bila adik beritahu abah sesak nafas, jantung aku rasa macam nak gugur! Kalaulah KL-Johor macam Bangi-Kajang, aku memang terus terbang. Waktu tu aku rasa sangat kuat untuk tak nak duduk jauh-jauh dari mak abah.. Aku rasa nak duduk dekat-dekat dengan mak abah.

Adik cerita sambil nangis... Adik kata, mulut abah berbuih-buih dan keluar darah. Bola mata hitam abah dah tak nampak, dah ternaik ke atas. Seluruh badan abah, kaki, tangan dah kejang. Abah tak mampu bertindakbalas. Abah hanya mengeluarkan bunyi "Krohhh..Krohhhh..." Beberapa jiran terdekat mak panggil minta tolong. Alhamdulillah, abah semakin bertindakbalas selepas abang dan pakcik aku yang kuat pegangan agama datang tolong mengurut tapak kaki abah sambil membaca ayat-ayat Al-Quran. Pak S** kata abah sedang nazak... Wak S**** kata ada sesuatu tak kena pada jantung abah.. Mak dan adik-adik dah tak mampu berdiri...lemah...

Aku masuk exam dengan fikiran yang kosong. Segala yang dibaca hilang. Hilang bersama air mata yang telah disapu... Aku hanya tawakkal kepadaNya dengan jawapan yang mampu aku tulis. Selepas exam, aku telefon abang untuk bertanyakan keadaan abah. Keadaan abah lemah ketika dibawa ke hospital pakar. Abang kata, salah satu injap di jantung abah tersumbat. Ya Allah, tabahkan hati abah. Kuatkan semangat abah...

Aku masih berbaki presentation dan report untuk subjek Research esok pagi.. Namun hatiku sudah di kampung merisaukan tentang abah. Aku nyata tak sekuat mana. Aku hanya menyiapkan report untuk Research Proposal sekadar yang mampu. Mujur Prof. E**** bertimbang rasa memberi perlepasan untuk aku tidak membentangkan Research Proposal aku. Gred A B C D? Aku tak peduli, asalkan bukan GAGAL... Dan pagi tadi, selepas hanya menghantar report, aku terus bergerak pulang ke Johor.

Abah sudah di rumah. Alhamdulillah, aku berasa sangat lega apabila kepulanganku disambut dengan senyuman abah. Abah mampu berjalan walaupun kelihatan lemah. Mak nampak sugul..
Esok hari raya aidiladha. Kami tetap mengadakan persiapan seadanya. Esok juga mak & abah akan menumbangkan seekor lembu.

Abang kata, abah ada menunjukkan tanda-tanda stroke... Dan sebagai langkah selanjutnya, kami berusaha mencari cara untuk memastikan kesihatan abah bertambah baik...

Abah... Kuat semangat ye... Harap abah kembali sihat seperti biasa... Amin.

Kawan-kawan, doakan kesihatan yang baik untuk abah saya...
Ada info tentang strok atau jantung? email saya: anirazanin@yahoo.com
Terima kasih...

10 comments:

ila ni said...

takziah & alhamdulillah dah beransur pulih. ayah ila pun ila risau jugak ni, ada tanda-tanda stroke otak..

EimaruSi|ence™ said...

Kuatkan semangat.

Memang kita tak dapat nak mengelak kalau time final datang masalah yang menimpa.

Moga abah sihat semula seperti biasa:)

aan176 said...

sebagai follower blog anda, saya mendoakan agar abah anda panjang umur,diberikan kesihatan yang baik,insyallah....

aan176

ninazarina said...

Ila:Thanks. Ila, stoke otak tu camne? ape beza dgn stroke biasa?

Eima:Thanks. Satu-satu dugaan...

Aan176: Thanks. InsyaAllah..

lei aziz said...

salam nina

semoga pkcik sihat dan ceria kembali seperti yg ako jumpa hari itu.
Alhamdulillah klihatan pkcik beransur pulih. ako doakan semua sihat2 dan sentiasa dalam peliharaan Allah swt.Amin..
di hari raya aidil adha ini ku sampaikan salam buat semua...

lei

ila ni said...

tak tau la betul ke tak tapi orang cakap dia akan attack bahagian otak dulu pelan pelan. macam sekarang, paling ketara, memori ayah ila sngat la tak kuat. ila balik rumah, dah siap salam dengan dia, turun nak lunch, dia tanya " aik bila balik?" huuusedihsayee

ninazarina said...

yeke ila? hurm...sabar k.. so, apa usaha family ila?

akk x pernah la tgk abah akk camtu lg. tapi, mak akk ada crita camtu.. mak kata, bila abah tgh ada masalah, fikiran dia tak tenang, kesannya dia jadi mcm blur..mcm terlupa apa yg berlaku walaupun baru semalam..

abah akk sbelum ni sihat, tak pernah ada sakit yg serius..sbb tu akk risau..

kita doa sama2 utk abah kita k...

ninazarina said...

lei: doakan abah aku sihat k..thanks..

munerQ said...

sedih plak sy bce cite nih..hrap akk tabah yer...Allah xkn mnguji lbih dr kemampuan kite...sme2 la brdoa yg trbaik..amin...

ninazarina said...

thank you mun mun..