Thursday, October 18, 2012

Oh it's already 30 weeks!




Well, I checked with pregnancy test kit when my monthly period was about 2 weeks late. It was such a funny, yet beautiful experience when we knows that there is Nina Jr. or Pilo Jr. or maybe both, inside my womb! :) My husband was the one whom pushing me to buy the tester, he checked and goggled on how to use it, and definitely he was more excited to know the result than me.. As for me, the feelings has gotten mixed up... Happy, nervous, excited, blessed, scared, unprepared...

At first I thought it was a little too soon, but later after my husband said that I should be thankful because Allah gave me a chance to experience a 9 months of pregnant whereas there are women out there whom really wanting to have it yet never had it once, I am thankful for the opportunity, and for being selected.
This is how he looks like during his 11th weeks inside my womb.

At his 19th weeks, we can see his face, hands and legs clearly.
My husband felt nausea and unwell during my first 5 weeks. I started with mild morning sickness later, about in my 3rd month. It was after he left me for Denmark. T_T.

It getting worse during my 5th month, maybe because it was Ramadhan so I had bloating, and vomit every after meal. I missed 6 days and it goes back to normal after 2 weeks of fasting.
I came to Denmark in my 25th weeks and now I am in 30th weeks of pregnant, which means there are only 10 weeks more to go before the date.. Some friend says it will be earlier and some other says later than the 40th, based on their experience. Until today, my weight added up 7 kg from before I was pregnant.


We are expecting to meet with our first hero (InsyaAllah, as what the doctor told us) near Christmas this year. Later after the confirmation of his gender we straight shopping his things and avoiding pinky stuff. Hehe... Even though we already bought some back in Malaysia, yet there are still a lot that we haven't buy for our little prince. Anyway, there are clothes and others he got it from his cousins too! Oh... and from his ummi's and abah's friends as well.. Thanks all! :)


.   .   .   .   .


Hmmm... This is my first time giving birth, and will be having it Denmark, away from family, only with my other half by my side.

Ya Allah... Permudahkanlah urusan kelahiran anak kami dan kehidupan kami di sini. Amin....



Monday, October 15, 2012

1 jam 1 hari




Hello peeps! Enjoy another set of my photos collection after walking for an hour a day.

I am ready for an hour of walking. :)


Almost all buildings along the street are at the same height (4-5 storeys). Therefore it gives advantage for not to have lamppost along the road line, since it has narrow width of road lane.



There are lots of greenery areas that can be found here. Mostly is just an empty green field with series of big trees. Tempat yang sesuai untuk berguling ala-ala filem Hindustan.


The other part of Aalborg River.




Some office blocks facing Aalborg River.




Again, the golden leaves are about to fall. I still didn't get my best shot of fall tree... Sigh...




Tuesday, October 9, 2012

1 jam 1 hari




Ya.. Misi yang perlu aku buat hampir setiap hari... Tapi setakat ni aku berjalan bergantung pada cuaca. Kadang-kadang tu tak sampai sejam pun aku berjalan. Sambil exercise sambil amek gambar... Ramai yang pesan, masuk 7 bulan kena banyak berjalan supaya senang bersalin nanti. So... ni la hasilnya. Aku baru buat aktiviti ni mulai minggu ni jer...

L-R: [1] & [2] Bangunan ni menempatkan cafe, pejabat, kedai. Tingkat bawah kaki lima tu columnless. Aku suka kat tangga tu. [3] Pandangan harbour daripada bangunan tadi. Ni Sungai Aalborg. Sangat lebar.

Ada banyak lagi lanskap yang cantik sepanjang sungai ni. Lain kali aku jalan lagi.


Sebahagian bangunan yang Aalborg Universitet sewa. 

Di sekitar Aalborg Universitet ni ada banyak juga lanskap yang cantik.  Lain kali aku jalan lagi. Heehhhhhh :P

Nama tempat ni Aalborg Nørresundby. Lokasinya cuma 5 minit berjalan dari rumah aku.  Tempat private yacht parking. Tak tau la macam mana punya kaya owner yacht-yacht ni...

L-R: [1] Rasanya bangunan ni bangunan pejabat pengurusan yang menjaga kapal-kapal kat gambar atas tu kot... Sebab kat tingkat bawah ada banyak la life-jacket bergantung, dan ada macam ruang rehat dengan sofa. [2] Taman yang terdapat di kejiranan kami.

Hari ni tak keluar sebab tengok pokok bergoyang kat bawah tu kuat betul.. Maknanya angin tengah kuat dan suhu 8ºC.



Monday, October 8, 2012

Aalborg In A Glance




Chewah.. Letak tajuk macam kau dah hebat sangat jer tau pasal Aalborg kan.. Pertama kali menjejakkan kaki ke Benua Eropah, waktu tu transit kat Copenhagen. Langit cerah, tapi anginnya sejuk, mencucuk-cucuk kena kat kulit muka. Sepanjang berjalan kaki dalam lapangan terbang Copenhagen, tengok bangunannya, terus terbayang gambar-gambar bangunan yang aku selalu rujuk kat buku-buku dan majalah-majalah dulu. Bangunan berkotak, panjang, steel fabrication, dengan dinding metal clad, tingkap jenis ribbon window, banyak guna elemen pengulangan (repetition), courtyard.. One word.. Teruja! Memang impian aku nak datang Copenhagen. Dapat pulak, suami sambung belajar di Denmark, negara yang sangat terkenal dgn sustainable architecture. Alhamdulillah rezeki Allah beri.

OkOk.. Dah hampir sebulan aku berada di Denmark.. To be specific, Aalborg. Nak specific lagi? Schleppegrellsgade.. Hah hamek kau berbelit lidah nak menyebutnya.. Ejaannya pun baru-baru ni je aku hafal :) Aalborg tu nama bandar tempat kami tinggal, bandar yang mempunyai populasi keempat tertinggi di Denmark. Schleppegrellsgade pulak nama jalan, boleh kata dalam bandar jugak la.. Denmark merupakan salah satu daripada negara-negara Eropah yang termasuk dalam rantau Scandinavia, atau orang panggil Nordic Country. Nak tau lebih lanjut, boleh KLIK SINI.

L-R: [1] Bus stop signboard di tepi blok rumah kami. Ejaan nama jalan tak muat sebab panjang sangat. [2] Rumah kami yang penthouse tu. Corner unit lagi hokeh.. Haaaa bunyinya grand jer kan duduk penthouse! Hehehe sebenarnya bukan penthouse pun la. Apartment biasa jer. Sewa lebih kurang RM3000/bulan. Syukur alhamdulillah,  disebabkan unit tepi, rumah ni ada tingkap menghadap matahari dari terbit sampai terbenam. Sangat bermanfaat di musim sejuk. [3] Suasana kejiranan kediaman kami. Nampak tak? Ada banyak basikal parking kat tepi bangunan.
Sebelum aku datang Denmark, encik suami dengan kawan dia pegi bandar naik basikal je.. (sebenarnya orang Denmark memang kebanyakannya suka jalan kaki dan berbasikal). Kat sini memang disediakan lorong khas untuk berbasikal, macam yang dipraktikkan di China, di mana kat sana diorang sediakan laluan khas untuk penunggang motor dan basikal.. Tapi kat Denmark takde la laluan dia selebar kat China tu.. Aku ada cerita pasal Shanghai kat dalam post ni. Lepas aku datang sini, encik suami kalau nak keluar dengan aku, kitorang akan berjalan kaki atau naik bas. Nak ke bandar kalau jalan kaki lebih kurang 20 minit la..(30-40 minit bagi yg memboyot macam aku). Tapi berbasikal dan berjalan kaki kat sini seronok, sebab cuacanya.. walaupun ada matahari, tapi angin yang bertiup sejuk.. Kalau naik bas, sekali naik 20dkk (lebih kurang rm10)...Memang mahal.. Kat sini semuanya pun mahal...

Ni jalan kat depan IKEA.

Kenderaan kat sini jenis left-side driver. So, jalan raya, laluan pejalan kaki, laluan basikal, escalator, semuanya opposite daripada apa yang kita dah biasa praktis kat Malaysia.. Sampai sekarang pun aku masih kekok lagi dengan benda ni.. 

Nak cerita banyak-banyak pun, aku belum berjalan sangat.. Gambar pun sikit jer. So kita cerita based on photo la yer...

Salah satu daripada shopping street yang ada di bandar Aalborg.
Butik H&M memang melambak-lambak kat sini.. Kat Bukit Bintang baru bukak kan? Kehkehkeh... Kalau korang perasan, baju-baju yang diorang pakai semuanya gelap-gelap kan? Kata encik suami, cuaca mempengaruhi warna pakaian kat sini.. Sekarang ni tengah musim luruh.. Nak masuk musim sejuk.. Cuaca pun ala-ala mendung la kalau kat Malaysia. Sebab tu la baju pun gelap-gelap jer... Kalau satu hari tu langit biru jer dan matahari memancar-mancar, memang jakun la sangat nak bukak blind/curtain luas-luas bagi cahaya panas masuk... 

Salah satu daripada taman (pocket garden) yang ada di bandar Aalborg. Daun emas dah mula luruh. Bangunan yang kanan tu hotel.
Ladang kuda.. Sebenarnya aku nak ambil gambar wind turbine tu. Nampak? Tapi jauh sangat.
L-R: [1] Gereja.. Nama sebenar gereja ni tak pasti la pulak. Tapi mereka panggil White Church. [2-atas] Stesen keretapi. Aku belum pernah naik lagi. [2-bawah] Kennedy Arkaden. Tingkat atas ada pejabat. Tingkat bawah sekali ada kedai-kedai.
Ok, itu saja untuk kali ni. Lain kali aku blog lagi. Daaaaa.....



Wednesday, October 3, 2012

hai! hai! hai semua!!!






Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua...
Dah lama betul rupanya tak membelog. Kali terakhir Februari 2012. Hehehe... Sebenarnya salah satu sebab ialah aku pernah tukar password blog ni, dan lepas tu bila nak membelog, terlupa password barunya... ni baru la dapat masuk semula..

Mana nak mula yek? Banyak betul cerita baru ni..

Ok, mula-mula sekali aku nak umumkan kat sini yang aku dah pun selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta pada 10 Mac 2012 yang lalu.. haaaa baru ingat.. ni la jugak penyebab aku tak sempat nak membelog! sibuk yang amat buat persediaan majlis...

Gambar? Of course la aku letak yang paling cantik kan.. heheh.. Sekeping ni cukupla yer... :)


Yang kedua, aku nak umumkan kat sini bahawasanya sekarang ni aku adalah surirumah sepenuh masa.. Sejak Februari 2012... Dah nak masuk 9 bulan dah rupanya... Tapi kalau boleh tu taknak la jadi surirumah selamanya... Penat jer pulun belajar kan... So, bila dah duduk rumah tu, macam-macam la dalam kepala otak ni aku nak buat kan... Tapi belum sepenuhnya terlaksana la.. Sekarang ni aku tengah mengasah skill memasak.. Encik suami la yang setia jadi tukang rasa dan tukang komen. :)
Yang seronoknya, yang selalu keluar dari mulut suami bila makan, "mmm, sedap yang!", "thank you yang sebab masak..", "baru lah rasa makan kat rumah...".. Kata-kata tu la yang selalu buat aku rasa dihargai dan yang selalu beri aku semangat untuk masak lagi untuk dia..

Gambar? Takde amek gambar la... Ade amek satu ni jer. Fruit tart versi gergasi punya.. Sebabnya, kat umah ni takde loyang yang berkenaan.


Yang ketiga, sukacitanya aku nak sampaikan berita gembira kat sini bahawa sekarang ni ada budak comel sedang tendang-menendang dengan aktifnya dalam rahim aku... ^^.. Pengalaman pertama.. memang seronok tau perasaannya bila kita tengok ade pergerakan kat permukaan perut kita, dan kita juga dapat rasakan dengan jelas yang budak comel ni bergerak-gerak ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah...berpusing-punsing... Alhamdulillah sekarang ni kandungan aku baru masuk minggu ke 28. Ada lagi 12 minggu untuk dia keluar dan bergaya dengan baju baru yang abah & ummi sediakan untuk dia... ^^ Ramai yang pesan supaya rajin-rajin berbual dengan bayi dalam kandungan.. Ade banyak kali jugak aku praktiskan.. Tapi biasanya, aku macam rasa malu sendiri sebab macam bercakap sorang-sorang jek.. Pastu pulak, macam janggal sangat rasa sebab dok la membahasakan diri ni ummi.. ummi.. Kikikiki... Sorry baby...

Gambar? Ni gambar terbaru aku.. Perut tak berapa nampak besarnya sebab tertutup dengan jaket... Tapi boleh nampak mukaku yang membulat dan tangan yang penuh isi..uhuk..


Seterusnya... hmm, sekarang ni aku dah pun selamat sampai di Denmark.. InsyaAllah akan terus berada di sisi suami di sini sampai dia tamat buat phD. All the best Yang!

Ini gambar aku kat depan Sekolah Senibina di Aalborg Universitet. Universiti tempat suami belajar... 


Cerita tentang pengalaman di sini, post akan datang nanti la baru sambung yer... Gambar-gambar pun insyaAllah akan di upload sekali nanti... Khas untuk tatapan bestest friend, Warda.. :) Bak kata encik suami, "jangan risau, panjang lagi masanya nak pusing-pusing kat sini... Amek ler gambar sampai muntah.." Hehehe...