Erm... Cuma nak kongsi kisah abah.
Semalam, sebelum masuk
exam, aku telefon mak & abah macam biasa, mintak mereka doakan aku. Tapi semalam, telefon
handphone mak & abah, dua-dua tak jawab. Kali kedua barulah mak jawab. Mak kata, mak kat hospital, hantar abah.. Aku terjerit,
"Hantar abah? Kenapa dengan abah?" Mak suruh telefon adik dan suruh adik cerita.
Aku telefon rumah. Aku paksa adik cerita. Mulanya adik tak nak, sebab dia tahu lagi beberapa minit je aku nak masuk
exam. Tapi aku lagi tak boleh tahan. Aku dapat rasakan ada sesuatu berlaku pada abah.
Rupa-rupanya malam semalam, pukul 1 pagi, abah sesak nafas. Ni kali kedua abah jadi macam ni. Kalau mengikut rekod doktor, kesihatan abah baik, memang tak ada penyakit selain gastrik. Bila adik beritahu abah sesak nafas, jantung aku rasa macam nak gugur! Kalaulah KL-Johor macam Bangi-Kajang, aku memang terus terbang. Waktu tu aku rasa sangat kuat untuk tak nak duduk jauh-jauh dari mak abah.. Aku rasa nak duduk dekat-dekat dengan mak abah.
Adik cerita sambil nangis... Adik kata, mulut abah berbuih-buih dan keluar darah. Bola mata hitam abah dah tak nampak, dah ternaik ke atas. Seluruh badan abah, kaki, tangan dah kejang. Abah tak mampu bertindakbalas. Abah hanya mengeluarkan bunyi "Krohhh..Krohhhh..." Beberapa jiran terdekat mak panggil minta tolong. Alhamdulillah, abah semakin bertindakbalas selepas abang dan pakcik aku yang kuat pegangan agama datang tolong mengurut tapak kaki abah sambil membaca ayat-ayat Al-Quran. Pak S** kata abah sedang nazak... Wak S**** kata ada sesuatu tak kena pada jantung abah.. Mak dan adik-adik dah tak mampu berdiri...lemah...
Aku masuk exam dengan fikiran yang kosong. Segala yang dibaca hilang. Hilang bersama air mata yang telah disapu... Aku hanya tawakkal kepadaNya dengan jawapan yang mampu aku tulis. Selepas
exam, aku telefon abang untuk bertanyakan keadaan abah. Keadaan abah lemah ketika dibawa ke hospital pakar. Abang kata, salah satu injap di jantung abah tersumbat. Ya Allah, tabahkan hati abah. Kuatkan semangat abah...
Aku masih berbaki
presentation dan
report untuk subjek
Research esok pagi.. Namun hatiku sudah di kampung merisaukan tentang abah. Aku nyata tak sekuat mana. Aku hanya menyiapkan
report untuk
Research Proposal sekadar yang mampu. Mujur Prof. E**** bertimbang rasa memberi perlepasan untuk aku tidak membentangkan
Research Proposal aku. Gred A B C D? Aku tak peduli, asalkan bukan GAGAL... Dan pagi tadi, selepas hanya menghantar
report, aku terus bergerak pulang ke Johor.
Abah sudah di rumah. Alhamdulillah, aku berasa sangat lega apabila kepulanganku disambut dengan senyuman abah. Abah mampu berjalan walaupun kelihatan lemah. Mak nampak sugul..
Esok hari raya aidiladha. Kami tetap mengadakan persiapan seadanya. Esok juga mak & abah akan menumbangkan seekor lembu.
Abang kata, abah ada menunjukkan tanda-tanda
stroke... Dan sebagai langkah selanjutnya, kami berusaha mencari cara untuk memastikan kesihatan abah bertambah baik...
Abah... Kuat semangat ye... Harap abah kembali sihat seperti biasa... Amin.
Kawan-kawan, doakan kesihatan yang baik untuk abah saya...
Ada info tentang strok atau jantung? email saya:
anirazanin@yahoo.comTerima kasih...